DAFTAR BANTUAN B40 2024 : PERMOHONAN ONLINE SEKARANG
Kerajaan komited untuk membantu rakyat Malaysia terutama dari golongan sasar yang memerlukan dengan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan. Kadar peruntukan bantuan juga akan dinaikkan bermula tahun 2024. Justeru rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan digalakan untuk memohon.
Bagaimanakah cara daftar permohonan bantuan b40 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM1200 DALAM IC : CHECK STATUS
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan umum yang ditetapkan seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia.
- Had umur tidak kurang 21 tahun (semasa tarikh permohonan) dan ke atas.
- Status berkahwin atau bujang.
- Berpendapatan bawah RM2,500 (golongan B40) sehingga tidak melebihi RM5,000 sebulan (golongan M40).
*untuk mengetahui syarat kelayakan secara speksifik mengikut bantuan (anda boleh rujuk artikel-artikel berkaitan di sini : https://kerajaanonline.com/).
SENARAI BANTUAN B40 2024
Berikut merupakan senarai Bantuan B40 seperti di bawah :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Program Skim Perubatan Madani (SPM).
- Bantuan Awal Persekolah (BAP).
- Program Jualan Rahmah.
- Program Rebat Bil Elektrik.
- Program MyLesen.
- Helmet Percuma.
- Projek Perumahan Rakyat (PPR).
*Untuk senarai bantuan lebih terperinci boleh rujuk di sini : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.
JUMLAH BANTUAN B40 2024
Berikut adalah jumlah Bantuan B40 yang akan disalurkan mengikut jenis bantuan seperti di bawah :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- STR 2024 akan disalurkan ke akaun bank penerima yang berkelayakan secara berperingkat dan berfasa. Berikut adalah jumlah bayaran keseluruhan mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah :
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN | BIL.PENERIMA |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan >RM2,500 | -RM1,000 (0 anak). -RM1,500 (1-2 anak). -RM2,000 (3-4 anak). -RM2,500 (5 ke atas). | 3.1j |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – Rm5,000 | -RM500 (0 anak). -RM750 (1-2 anak). -RM1,000 (3-4 anak). -RM1,250 (5 ke atas). | 1.0j |
Warga Emas | RM600 | 1.3j |
Bujang Pendapatan >RM2,500 | RM350 | 3.3j |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Semua penerima STR akan turut menerima SARA (menurut data e-kasih dan JKM). Akan disalurkan menerusi MyKad penerima yang layak untuk memberi keperluan asas. Berikut adalah jumlah bantuan SARA :
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 |
STR Miskin | RM1,200 |
STR Warga Emas | RM300 |
STR Bujang | RM150 |
- Skim Perubatan Madani (SPM) :
- Penerima STR akan layak menerima SPM untuk dapatkan rawatan percuma di klinik Swasta yang terpilih.
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Berkeluarga | RM250 |
Warga Emas | RM125 |
Bujang dan OKU Bujang | RM75 |
- Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
- Bantuan yang akan disalurkan seawal Januari 2024 untuk semua murid/pelajar sekolah rendah dan menengah.
JUMLAH BANTUAN |
---|
RM150 (diberikan secara one-off) |
DAFTAR BANTUAN B40 2024
*Sila rujuk cara pendaftaran Bantuan B40 2024 mengikut pautan disetiap jenis bantuan.
- Program Jualan Rahmah :
- Penawaran barangan keperluan asas pada harga sehingga 30% lebih rendah ke lebih banyak kawasan DUN di seluruh negara.
- Program Rebat Bil Elektrik :
- Sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dan pengecualian bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.
- Program MyLesen :
- Bayaran ujian lesen memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi bagi belia daripada keluarga kurang mampu. Cara permohonan rujuk di sini : https://kerajaanonline.com/borang-bantuan-lesen-memandu/.
- Program Helmet Percuma :
- Pemberian 100,000 helmet kepada keluarga kurang mampu termasuk agihan percuma kepada kanak-kanak.
- Projek Perumahan Rakyat (PPR) :
- Meneruskan Program Perumahan Rakyat (PPR), Program Rumah Mesra Rakyat dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat bagi pembinaan baru dan pembaikpulih rumah kediaman kumpulan miskin tegar. Cara permohonan rujuk di sini : https://kerajaanonline.com/permohonan-bantuan-rumah-pprt-online/.
memohon bantuan tunai B40 2024
memohon bantuan tunai B40 2023