CARA LOG MASUK BKM : SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 2024

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA LOG MASUK BKM : SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 2024

Pembayaran Fasa 3 str 2024. Pembayaran kepada penerima sedia ada Lulus dan termasuk pemohon yang Lulus Rayuan.

Kaedah dan tarikh pembayaran adalah seperti berikut :

  • Ada Akaun – Pengkreditan mulai 26 Jun 2023 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN mulai 26 Jun 2023.

Semakan status pembayaran Fasa 4 str 2023 boleh disemak mulai 26 Jun 2023 dengan cara Log Masuk MySTR.

Baca juga :

Bagaimanakah cara log masuk BKM?

CARA LOG MASUK BKM

PANDUAN LENGKAP CARA LOG MASUK BKM.

  1. Klik Link Rasmi Log Masuk BKM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

  2. Anda akan dibawa ke Laman Log Masuk Pengguna STR.

  3. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda/pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.

  4. Tekan [Semak].

  5. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.

  6. Tekan [Ya] jika kata kunci keselamatan itu adalah kepunyaan anda.

  7. Kemudian, anda dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa anda boleh rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disediakan di bawah.

  8. Tekan [Log Masuk].

  9. Anda telah berjaya Log Masuk ke Halaman Utama MySTR.

  10. Untuk semakan bayaran sila tekan [Semakan Status].

  11. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].

  12. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti yang dinyatakan dibawah.

    i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
    ii. Nama Penerima
    iii. Fasa Pembayaran
    iv. Jumlah dikredit
    v. Status Kredit
    vi. Nama Bank
    vii. Nombor Akaun Bank

  13. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada pemohon yang berstatus LULUS. Dan yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter BSN.

  14. Selesai.

CARA DAPATKAN BALIK KATA LALUAN/PASSWORD BKM

Sekiranya anda terlupa atau hilang kata laluan BKM, anda boleh dapatkan balik seperti toturial yang disediakan di bawah ini :

PERKARAPAUTAN
Reset Kata Laluan/Password MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?
  1. Klik Pautan Reset Kata Laluan MySTR yang di sediakan di atas.
  2. Anda akan dibawa ke Laman Soalan Keselamatan.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  4. Klik [Semak].
  5. Masukkan Emel yang berdaftar pada Permohonan STR 2023.
  6. Klik [Seterusnya].
  7. Password baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan.
  8. Semak Emel anda dan Log Masuk semula MySTR.
  9. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan Kata Kunci Keselamatan.
  10. Masukkan Password Sementara yang telah diemelkan tadi dan sila set semula Password baharu anda.
  11. Setelah berjaya set semula Kata Laluan, anda boleh login masuk ke Portal seperti biasa berpandukan toturial cara log masuk bkm di atas.
  12. Selesai.

Sekiranya anda tidak mempunyai Emel atau Emel tidak sama seperti yang berdaftar pada STR 2023 ataupun Emel tidak sah :

  • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat.
  • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKM atau hadir ke LHDNM untuk set semula akaun STR. Selepas akaun STR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKM dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan yang ingin dikemukakan, anda boleh menghubungi pihak yang berwajib di bawah ini atau sila terus ke cawangan LHDN yang berdekatan anda.

Hotline BKM : 1-800-88-2747

Emel : bkm@treasury.gov.my

Leave a Comment