KATA LALUAN BKM MALAYSIA : TERLUPA PASSWORD BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (PANDUAN LENGKAP)
Untuk pengetahuan anda, untuk Login BKM atau Log Masuk Online Portal Bantuan Keluarga Malaysia bagi penerima sedia ada Bantuan BPR sebelum ini mestilah menggunakan Password dari akaun MyBPR sebelum ini. Untuk pemohon baru BKM, anda mestilah daftar akaun MyBKM terlebih dahulu barulah dapat menggunakan kata laluan untuk masuk ke portal myBKM.
Pemohon Baru BKM yang masih belum mempunyai akaun MyBKM boleh rujuk panduan di sini : https://kerajaanonline.com/apply-mybkm/.
Jika anda terlupa kata laluan BPR/BKM untuk login masuk ke Portal MyBKM, boleh ikuti panduan di bawah ini.
Bagaimana cara dapatkan balik kata laluan BKM 2022? Macam mana nak reset password myBKM? Apakah perlu dibuat jika terlupa kata laluan dan akaun Bantuan Keluarga Malaysia di sekat atau di block?
CARA RESET KATA LALUAN BKM MALAYSIA
CARA RESET ATAU DAPATKAN BALIK KATA LALUAN/PASSWORD BKM MALAYSIA 2022 JIKA TERLUPA ATAU DIBLOCK.
- Klik Link Reset Kata Laluan myBKM di sini : https://bkm.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx.
- (PERHATIAN) Terdapat 3 Situasi yang berbeza untuk Dapatkan Balik atau Reset Kata Laluan yang terlupa. Sila lihat Situasi yang sama dengan masalah anda di dalam panduan ini.
- (Situasi 1) : Anda telah berjaya daftar MyBKM, tetapi anda terlupa Kata Laluan semasa Log Masuk MyBKM. Apa tindakan yang perlu anda lakukan?
- Klik Link Lupa Kata Laluan di atas.
- Anda akan dibawa ke Soalan Keselamatan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MyKad.
- Klik [Semak].
- Kemudian, anda dikehendaki memasukkan Emel yang telah didaftarkan.
Emel tersebut adalah emel yang anda daftar semasa Bantuan BPR sebelum ini ataupun emel daftar akaun MyBKM.
- Klik [Seterusnya].
- Anda akan menerima Notifikasi seperti ini jika Emel yang dimasukkan berdaftar di myBPR atau myBKM “Sila semak emel anda untuk kata laluan baharu.” Password baru anda akan dihantar ke Emel anda yang didaftarkan.
- Check Emel anda dan Log Masuk semula MyBKM menggunakan Kata Laluan Sementara yang dihantar ke Emel anda sebentar tadi.
- Log Masuk BKM semula di link ini : https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login.
- Set Semula Kata Laluan BKM baru anda. Pastikan anda SIMPAN Password myBKM baru yang direset semula tadi.
- (Situasi 2) : Jika anda menerima Notifikasi seperti ini “Alamat Emel anda tidak didaftarkan sewaktu permohonan. Sila cuba menggunakan frasa keselamatan.”. Bermaksud Emel yang anda daftar Bantuan BPR atau Daftar akaun myBKM menggunakan Emel yang berlainan.
Sama ada anda cuba ingat balik Emel yang anda pernah gunakan untuk Daftar Akaun myBPR atau myBKM sebelum ini atau anda teruskan dengan langkah di bawah.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan dipaparkan adalah kepunyaan anda.
- Anda dikehendaki Jawab 3 Soalan Keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini semasa Bantuan BPR atau semasa Permohonan Baru BKM.
- Jika berjaya menjawab 3 Soalan Keselamatan yang dinyatakan, anda akan diminta untuk isi Kata Laluan Baru.
- Sila isi [Kata Laluan Baru] anda dan isi sekali lagi Kata Laluan Baru di ruangan [Pengesahan Kata Laluan].
- Kemudian, klik [Tukar Kata Laluan].
- Anda akan menerima Notifikasi seperti ini “Kata laluan telah berjaya ditukar. Sila ke halaman Log Masuk untuk ke MyBKM (MyBPR)”.
- Anda sudah boleh Log Masuk BKM menggunakan Password baru tadi. Link Log Masuk di Langkah 11.
- (Situasi 3) : Anda telah tersilap menjawab 3 Soalan Keselamatan dan paparan Notifikasi “Id Permohonan anda telah disekat/diblock. Sila cuba semula selepas 24 jam”. Jika anda masih lupa jawapan bagi 3 Soalan Keselamatan berkenaan, apakah yang perlu anda lakukan?
- Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKM 1-800-88-2747 atau hadir ke cawangan LHDN yang berdekatan untuk reset semula akaun myBKM/myBPR anda.
- Kemudian, selepas akaun myBKM telah direset semula, anda perlu mendaftar semula akaun Portal MyBKM dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan. Barulah anda dapat Log Masuk semula menggunakan Kata Laluan BKM yang baru.
Panduan daftar akaun MyBKM baru di sini : https://kerajaanonline.com/register-mybkm/.
- Selesai.
Sila join Telegram Channel Bantuan BKM 2022 di sini : https://t.me/bantuankeluargamalaysia2022.
NOMBOR BANTUAN BANTUAN BKM MALAYSIA 2022
Sebarang soalan dan juga pertanyaan masalah berkaitan dengan Bantuan Keluarga Malaysia ini boleh rujuk kepada pihak berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi info yang terkini untuk memudahkan anda menyelesaikan urusan BKM ini. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747.
Hotline BKK MoF : 03 8882 4565.
e-Mel : bkm@treasury.gov.my.
Terlupa kata laluan
X ingat kata laluan bkm
Lupa kata laluan & email yang telah saya daftar
email yang telah saya daftar