CARA CHECK STATUS STR 2023 : FASA 4 (SEMAKAN)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA CHECK STATUS STR 2023 : FASA 4 (SEMAKAN)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai kerajaan Malaysia yang ditambahbaik berbanding bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Bantuan ini merangkumi lebih ramai penerima yang layak dan lebih bersasar mengikut kategori yang lebih terperinci.

Bagaimanakah cara check status str fasa 4 2023? Adakah semakan secara online boleh dilakukan? Maklumat lanjut rujuk di sini.

CARA CHECK STATUS STR

PANDUAN LENGKAP CARA CHECK STATUS STR.

  1. Tekan Pautan Portal Rasmi Online Check Status STR 2023 Di Sini.

    Klik link Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

  2. Taip Nombor Kad Pengenalan Di Log Masuk MySTR.

    Isi No MyKad penerima diruangan yang disediakan.

  3. Tekan Butang Log Masuk.

    Login untuk cek status. Selepas itu, sekiranya anda perlu daftar akaun MySTR, sila ikuti panduan di https://kerajaanonline.com/register-mystr/.

  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan.

    Tekan butang “Ya” jika Frasa Keselamatan adalah betul.

  5. Isi Kata Laluan / Password MySTR.

    Isi password yang anda gunakan semasa login myBKM atau semasa daftar akaun mystr. Klik butang “Log Masuk”.

  6. Tekan Butang Log Masuk.

    Jika berjaya login MySTR, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna.

  7. Paparan Skrin Laman Utama MySTR.

    Terdapat menu yang boleh anda gunakan.

  8. Tekan Butang Semakan.

    Sila tekan “Semakan Pembayaran”.

  9. Paparan Maklumat Status / Maklumat Bayaran.

    Butiran Status akan dipaparkan kepada anda. Sekiranya Status Kredit “Berjaya”, tunggu sahaja duit bantuan tunai STR masuk ke akaun bank. Jika gagal kredit, anda boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

  10. Cara Check Status STR Secara Online Selesai.

    Semakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah anda telah berjaya dilakukan!

CARA SEMAKAN BANTUAN STR SECARA ONLINE

CARA SEMAKAN STATUS STR SECARA ONLINE

Berikut adalah cara semakan status STR secara online sama ada lulus atau tidak untuk bayaran :

  1. Klik Portal Rasmi STR Semakan Status di atas.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
  3. Klik [Semak].
  4. Jika Status Semakan menunjukkan “Tidak Layak Fasa 1 STR”, anda tidak boleh log masuk. Jika “Layak Fasa 2 STR” maka teruskan daftar akaun MySTR untuk Log Masuk MySTR.
  5. Klik [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
  6. Masukkan Kata Laluan pemohon.
  7. Klik [Log Masuk].
  8. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  9. Klik [Semakan].
  10. Kemudian, lihat [Maklumat Pembayaran].
  11. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut :
    • Nombor Pengenalan Akaun dikredit.
    • Nama Penerima.
    • Fasa Pembayaran.
    • Jumlah dikredit.
    • Status Kredit.
    • Nama Bank.
    • Nombor Akaun Bank.
  12. Selesai.

CHECK TARIKH BAYARAN STR

TARIKH BAYARAN STR 2023

PERKARATARIKH
Tarikh Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 20237 hingga 9 November 2023

CARA PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Sepertimana yang diumumkan, pengkreditan dan penunaian STR Fasa 4 2023 akan dikreditkan bayarannya bermula pada :

  • Ada Akaun – Pengkreditan mulai 7 Nov 2023 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN mulai 7 Nov 2023 (termasuk di Sabah / Sarawak).

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika pemohon ingin mengetahui maklumat lanjut & membuat pertanyaan tentang check status STR. Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut : 1-800-88-2747 atau 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.

Baca juga : CARA LOGIN STR : LOG MASUK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (PORTAL RASMI 2023)

STR : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

STR HASIL GOV MY : SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

11 thoughts on “CARA CHECK STATUS STR 2023 : FASA 4 (SEMAKAN)”

  1. Nak semak pun bkn mudah klu terlupa password…patutnya mudahkan urusn rkyt yg semakin dihimpit mslh ekonomi….bapa tunggal yg merayu agar bantuan berbeza dgn kategoru bujang pun dipandang sepi…sedangkan status mereka adalh duda yg perluu menanggung nafkah anak2 dibwh jagaan bekas isteri.
    Kerajaan manakah yg perihatin Rakyat yg memilih mereka utk membela rakyat??

    Reply

Leave a Comment