solat jamak maghrib isyak

CARA SOLAT JAMAK MAGHRIB ISYAK MUSAFIR

CARA SOLAT JAMAK MAGHRIB ISYAK MUSAFIR

Berikut adalah panduan lengkap syarat sah solat dan cara melakukan solat jamak dan qasar dengan mudah untuk musafir di Malaysia.

Bagaimanakah cara solat jamak qasar maghrib isyak? Apakah tatacara solat jamak takdim dan jamak takhir isyak maghrib? Tidak tahu niat solat jamak qasar rujuk di bawah ini.

Baca juga :

SYARAT SOLAT JAMAK DAN QASAR UNTUK MUSAFIR

  1. Tempat yang ingin dituju melebihi dua marhalah iaitu dianggarkan sejauh 85 km hingga 90 km atau bersamaan 56 batu.
  2. Mengetahui destinasi yang dituju.
  3. Musafir bukan untuk tujuan maksiat.

SYARAT SOLAT JAMAK

Solat ini terbahagi kepada dua iaitu solat jamak taqdim/ takdim dan jamak takhir :

  1. Jamak Takdim bermaksud menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama (Zohor dan Maghrib).
  2. Jamak Takhir bermaksud menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu solat kedua (Asar dan Isyak).
JAMAK TAKDIM JAMAK TAKHIR
Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghribBerniat mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama
Niat jamak pada waktu solat yang pertamaBerkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat
Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat (kecuali iqamah dan berwuduk)
Berkekalan musafirnya sehingga mengangkat takbir solat kedua

SYARAT SOLAT QASAR

Berikut adalah beberapa Syarat Sah Solat Qasar untuk musafir di Malaysia :

SOLAT QASAR
1. Mestilah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal
2. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan Solat Qasar
3. Hendaklah solat fardu yang empat rakaat
4. Hendaklah berniat qasar ketika takbiratulihram
5. Tidak berniat untuk bermukim melebihi 4 hari (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik). Tempoh boleh qasar & jamak untuk musafir ialah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari datang dan pulang.
6. Jika niat untuk tinggal di satu tempat empat hari / lebih, tak boleh qasar & jamak ketika sampai di tempat itu kerana dikira bermukim.

CARA SOLAT JAMAK MAGHRIB ISYAK

Rujukan artikel : http://kemusykilan.islam.gov.my/index_jawapan.php?ids=26595&q=.

CARA SOLAT JAMAK TAKDIM QASAR MAGHRIB ISYAK

NIAT JAMAK TAKDIM QASAR MAGHRIB ISYAK

NIAT SOLAT JAMAK QASAR MAGHRIB ISYAK

Maksudnya : Sahaja aku solat fardhu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

  • Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niat solat jamak (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram).
  • Sewaktu takbiratul ihram, niat di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
  • Kerjakan solat fardhu maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain. Nota : Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan.
  • Teruskan dengan lafaz niat untuk jamak qasar fardhu Isyak :
NIAT SOLAT JAMAK TAKDIM QASAR MAGHRIB ISYAK

Maksudnya : Sahaja aku solat fardhu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala

  • Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
  • Kerjakan solat fardhu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

CARA SOLAT JAMAK TAKHIR MAGHRIB ISYAK

PERHATIAN : Sebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu maghrib dalam waktu isyak. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu maghrib lagi.

NIAT SOLAT JAMAK TAKHIR MAGHRIB ISYAK

NIAT SOLAT JAMAK TAKHIR QASAR MAGHRIB ISYAK

Maksudnya : Sahaja aku solat fardhu isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

  • Mulakan dengan solat fardhu isyak. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram).
  • Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
  • Kerjakan solat fardhu isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
  • Nota : Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan.
  • Teruskan dengan lafaz niat untuk solat fardhu maghrib :
NIAT SOLAT QASAR

Maksudnya : Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

  • Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
  • Kerjakan solat fardhu maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

Leave a Reply