myresult spm

MYRESULT SPM GOV MY 2022 ONLINE & SMS

MYRESULT SPM GOV MY 2022 ONLINE & SMS

Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 akan diumumkan pada tarikh berikut.

Tarikh : 16 JUN 2022 (KHAMIS)

Masa : 10 PAGI

Artikel berkaitan : SEMAK KEPUTUSAN SPM 2022 : SEMAKAN ONLINE DAN SMS/RAYUAN SEMAK SEMULA

CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM 2022

Berikut adalah cara semak keputusan SPM 2022 online/sms :

  1. Melalui online di portal Lembaga Peperiksaan di https://myresultspm.moe.gov.my atau https://myresult1.moe.gov.my/ atau https://myresult2.moe.gov.my/ untuk mendapatkan keputusan penuh.
  2. Menerusi khidmat SMS untuk mendapatkan pesanan ringkasan keputusan SPM 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun hingga 6.00 petang pada 22 Jun 2022.
  3. Bagi calon yang tidak mempunyai talian internet di rumah, pihak sekolah akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk membuat semakan.

CARA MUAT TURUN SLIP KEPUTUSAN SPM PENUH 2022

Berikut dikongsikan cara muat turun slip keputusan SPM untuk rujukan ibu bapa dan calon.

Slip keputusan awal boleh dimuat turun melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my.

Manakala Slip Keputusan Penuh hanya boleh dimuat turun mulai (akan dikemaskini) di laman web http://myresult3.moe.gov.my/.

SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM 2022

CARA SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM 2022

Jika anda rasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, anda boleh membuat rayuan untuk semak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Biasanya anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2022.

Permohonan online semak semula keputusan SPM boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut :-

  1. Sila layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di : https://elp.moe.gov.my/.
  2. Pilih Menu Perkhidmatan
  3. Pilih tab > Semak Semula
  4. Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’

PERHATIAN : Tarikh buka permohonan semak semula SPM 2022 akan dimaklumkan oleh KPM dari semasa ke semasa. Bayaran yang dikenakan adalah RM100.00 untuk setiap mata pelajaran.

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah nak semak result SPM 2022?

Pelajar/Ibu bapa boleh semak menerusi laman web rasmi myresult spm. Sila ke artikel ini untuk maklumat lengkap.

Bolehkah saya check result SPM melalui SMS?

Boleh. Anda perlu taip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Macam mana cara nak semak semula keputusan SPM?

Anda boleh membuat permohonan semakan semula keputusan melalui online di portal elp.moe.gov.my. Boleh rujuk panduan lengkap yang disedia di sini.

Berapakah kadar bayaran yang dikenakan untuk semakan semula SPM?

Sebelum ini kadar bayaran yang dikenakan adalah RM100 bagi setiap subjek.

Leave a Reply