BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2023 : PERMOHONAN / SEMAKAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2023 : PERMOHONAN / SEMAKAN

Terkini, berkenaan dengan Bantuan BMT 2023 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Makluman kepada warganegara Malaysia yang merupakan pekebun kecil atau penoreh yang berdaftar dengan RISDA, anda boleh mula memohon dan buat semakan secara online.

Apa itu bantuan musim tengkujuh? Bagaimanakah permohonan dan semakan BMT RISDA 2023 online? Info lanjut boleh lihat di sini.

Baca juga : SEMAKAN BANTUAN SARA : CHECK SUMBANGAN ASAS RAHMAH

APA ITU BMT

Untuk makluman, BMT adalah singkatan bagi Bantuan Musim Tengkujuh. Bantuan ini diberikan oleh pihak RISDA kepada penerima yang berdaftar dan memenuhi syarat kelayakan. Bantuan ini diwujudkan bagi meringankan bebanan pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatan mereka akibat tidak dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa setiap kali tibanya musim hujan.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

Asas :

  • Satu (1) Lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan.
  • Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

SYARAT PERMOHONAN BMT RISDA PEKEBUN KECIL

Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah.

  • Warganegara Malaysia.
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA.
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar.
  • Pemilik tanah yang sah.
  • Satu (1) lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan.

Bukan Pemilik Tanah dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah.

  • Warganegara Malaysia.
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
  • Satu (1) lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2023

Kepada pemohon yang berkelayakan boleh memohon BMT RISDA ini bermula pada 15 Jun 2023 Hingga 15 September 2023.

JUMLAH/KADAR BAYARAN BANTUAN BMT RISDA 2023

Penerima bantuan ini akan diberikan sebanyak RM800 seorang kepada mereka yang layak dan akan dibayar sebanyak RM200 sebulan selama tempoh 4 bulan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2023

  • November 2023
  • Disember 2023
  • Januari 2024
  • Februari 2024

PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Kepada pemohon yang berkelayakan, anda boleh memohon bantuan BMT RISDA ini secara online ataupun terus ke pejabat RISDA yang berdekatan dengan anda. Pastikan anda membawa segala dokumen yang sepatutnya bagi melancarkan urusan permohonan anda.

PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH ONLINE

  1. Klik link rasmi Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA di sini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama.
  2. Klik [Daftar Pengguna].
  3. Sekiranya anda masih lagi belum membuat pendaftaran pengguna pertama kali. Anda boleh rujuk panduan pendaftaran pengguna di sini.
  4. Klik [Log Masuk].
  5. Untuk pengguna yang sudah membuat pendaftaran.
  6. Isi Nombor Kad Pengenalan.
  7. Masukkan Kata Laluan.
  8. Seterusnya, tekan butang [Log Masuk].
  9. Pengguna akan dibawa ke Halaman Dashboard.
  10. Sila klik pada butang [Mohon Bantuan BMT] di halaman papan pemuka (Dashboard).
  11. Sistem akan menyemak status pengemaskinian Profil Pengguna dan Profil Tanah di Portal Pekebun Kecil RISDA.
    • Jika anda masih lagi tidak melengkapkan maklumat yang diminta, anda akan menerima peringakatan ini “Sila Lengkapkan Profil Pengguna & Profil Tanah Anda”.
  12. Profil Pengguna dan Tanah lengkap diisi.
    • Skrin akan memaparkan halaman Maklumat Pemohon dan Pengguna perlu melengkapkan butiran maklumat yang diperlukan di halaman tersebut.
  13. Lengkap butiran maklumat yang diperlukan di halaman tersebut.
    • Maklumat Pemohon.
    • Maklumat Tanah.
    • Akaun Penerima.
    • Dokumen Sokongan.
    • Pengesahan.
  14. Klik butang [Seterusnya] untuk ke halaman berikutnya.
  15. Buat [Pengesahan] permohonan Bantuan BMT.
  16. Klik butang [Hantar].
  17. Terima notifikasi “Permohonan Anda Telah Berjaya Dihantar”.
  18. Selesai.

CARA MEMOHON BANTUAN BMT DI PEJABAT RISDA

Anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.

(Peringatan) : Anda diminta untuk sertakan bersama dokumen sokongan semasa memohon di pejabat. Oleh itu, pastikan anda sediakan dokumen sokongan yang dinyatakan di bawah untuk memudahkan proses permohonan bantuan BMT ini.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang perlu di bawa sekiranya permohonan BMT ini di buat di pejabat atau kaunter :

  1. Pekebun Kecil Pemilik Tanah.
    • Kad pengenalan pemohon dan berserta salinan.
    • Geran asal tanah dan juga salinan.
    • Salinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank penerima.
  2. Penoreh Bukan Pemilik Tanah.
    • Salinan kad pengenalan penoreh serta pemilik tanah.
    • Geran asal tanah dan salinan.
    • Salinan kad PAT-G.
    • Salinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank penerima.

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Pemohon boleh check status kelulusan melalui online atau bertanya kepada pihak RISDA di cawangan berdekatan.

CARA SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH ONLINE

Anda boleh check status bmt secara online untuk lihat status bayaran atau kelulusan di sini :

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
  1. Pergi ke portal rasmi Semakan BMT di sini : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/.
  2. Tekan [Log Masuk].
  3. Isi Nombor Kad Pengenalan.
  4. Isi Kata Laluan.
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Pergi menu [Profil BMT].
  7. Paparan akan menunjukkan seperti di bawah.
    • Maklumat Pemohon.
    • Maklumat Tanah.
    • Akaun Penerima.
    • Dokumen Sokongan.
    • Status.
  8. Sila lihat di bahagian [Status].
  9. Jika paparan menunjukkan Status Dalam Proses Pengesahan ini bermakna permohonan dalam proses semakan dan kelulusan permohonan oleh Pejabat RISDA di mana pilihan telah dibuat.
  10. Jika paparan menunjukkan Status Lulus / Gagal itu bermakna keputusan permohonan BMT.
  11. Sekiranya semakan BMT anda berstatus lulus, maka anda akan menerima duit Bantuan Musim Tengkujuh mengikut tarikh dan jadual yang ditetapkan oleh pihak RISDA.
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak berwajib di bawah. Pihak kami hanya berkongsi informasi di atas bagi memudahkan urusan pelawat yang sedang mencari.

Talian Bantuan RISDA : 03-42510171
E-mel : portalpk@risda.gov.my.

SOALAN LAZIM BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

Apakah jenis bantuan musim tengkujuh Malaysia?

Terdapat bantuan yang dikenali sebagai BMT yang diberikan oleh pihak RISDA kepada pekebun kecil yang memiliki tanah getah atau yang mengusahakan tanah getah tetapi milik orang lain.

Bagaimanakah cara memohon bantuan BMT RISDA?

Pemohon mestilah membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu jika ingin memohon melalui online. Pemohon juga boleh ke pejabat yang berdekatan beserta dengan dokumen sokongan yang dinyatakan di dalam ini.

Bilakah tarikh semakan bayaran bantuan musim tengkujuh RISDA 2023?

Buat masa ini pembayaran akan dilakukan selama 4 bulan. Bermula pada November 2023. Untuk memudahkan urusan chech status boleh ikuti panduan lengkap di sini.

Leave a Comment