egraduan.moe.gov.my (CARA ISI EGRADUAN DAN PENDAFTARAN SERTA SEMAKAN PENEMPATAN GURU DG41)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

egraduan.moe.gov.my (CARA ISI EGRADUAN DAN PENDAFTARAN SERTA SEMAKAN PENEMPATAN GURU DG41)

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat pengumuman kepada calon seperti di lampiran yang telah lulus temu duga lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP) Gred DG41 tetapi masih belum mendaftar di eGraduan, calon dikehendaki mendaftar di aplikasi eGraduan dalam kadar segera bagi tujuan semakan penempatan guru DG41 yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Baca juga : CARA PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 1

APA ITU E GRADUAN

E Graduan adalah merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan kerjasama beberapa agensi sektor awam iaitu KPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP), JobsMalaysia, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Universiti Awam (UA).

CARA ISI E GRADUAN (egraduan.moe.gov.my)

Berikut adalah cara isi e graduan :

  1. Layari portal rasmi EGraduan di bawah.

    Sila masuk ke pautan ini : https://egraduan.moe.gov.my/.

  2. Tekan Pendaftaran Pengguna.

  3. Isi Maklumat Butiran yang diminta.

  4. Masukkan Nama Penuh anda.

  5. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  6. Cipta ID Pengguna anda.

  7. Kemudian, cipta Kata Laluan atau Password anda.

  8. Masukkan Emel anda.

  9. Sila isi Tarikh Lahir anda.

  10. Pilih Soalan Keselamatan anda.

    Pastikan anda pilih soalan yang anda senang ingat soalan serta jawapannya.

  11. Isi Jawapan kepada Soalan anda tadi.

  12. Tekan Simpan.

  13. Selepas itu, bila dah berjaya daftar sebagai pengguna EGraduan. Sila masuk semula ke pautan rasmi di step 1.

  14. Di bahagian Log Masuk.

  15. Masukkan Nombor ID Pengguna anda.

  16. Isi Kata Laluan atau Password anda.

  17. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  18. Tekan Login.

  19. Log Masuk Berjaya.

    Sila ke panduan di bawah untuk pendaftaran egraduan.

Di bawah ini adalah cara pendaftaran egraduan setelah anda berjaya login egraduan.

CARA PENDAFTARAN EGRADUAN (egraduan.moe.gov.my)

Jika anda adalah calon yang ingin membuat pendaftaran kali pertama bagi egraduan untuk semakan penempatan guru PPP, sila ikuti cara pendaftaran egraduan ini dan di bawah ini juga adalah cara kemaskini e graduan :

  1. Sila layari : https://egraduan.moe.gov.my/
  2. Log Masuk ID Pengguna dan Password anda.
  3. Tekan Login.
  4. Paparan Skrin di Kemaskini Maklumat Graduan.
  5. Sila muat turun panduan pengguna di bahagian atas sebelah kanan “Muat Turun Manual Pengguna”. Manual ini adalah rujukan untuk anda kemaskini dan isi butiran yang diminta di bawah.
  6. Pastikan anda isi maklumat lengkap di bahagian Kemaskini Maklumat Graduan.
  7. Isi Butiran Peribadi anda.
  8. Maklumat Pasangan jika sudah berkahwin.
  9. Maklumat Kesihatan anda.
  10. Maklumat Pengajian anda.
  11. Maklumat Kokurikulum dan Bakat anda.
  12. Maklumat Pekerjaan anda sebelum ini.
  13. Pilihan Negeri Penempatan. Sila masukkan pilihan Negeri yang anda ingin ditempatkan.
  14. Sila SAHKAN Pengesahan Pengakuan anda.
  15. Bila anda sudah membuat Pengesahan, pendaftaran egraduan anda telah berjaya.
  16. Sila rujuk artikel di bawah untuk membuat semakan penempatan guru dg41 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP).

SEMAKAN PENEMPATAN GURU DG41

Kepada calon yang berjaya lulus temu duga lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP) Gred DG41, untuk membuat semakan penempatan guru DG41 adalah seperti di bawah :

  1. Pastikan anda sebelum ini sudah register egraduan.
  2. Untuk semakan penempatan guru dg41 sila layari portal egraduan : egraduan.moe.gov.my
  3. Sila log masuk sebagai pengguna.
  4. Masukkan Login ID, Kata Laluan, Nombor Kad Pengenalan.
  5. Tekan Login.
  6. Tab Semakan Penempatan pula akan dipaparkan setelah hebahan berkaitan semakan dibuat di Portal KPM dan e-Graduan.
  7. Jika belum lagi ada pengumumam berkenaan dengan semakan penempatan guru spp sila tunggu sehingga pihak KPM membuat hebahan.
  8. Jika pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sudah membuat hebahan di dalam portal, maka anda sebagai calon yang telah lulus boleh membuat semakan penempatan guru spp di dalam ini. Pilihan Semakan Penempatan akan muncul.
  9. Sila klik “Semakan Penempatan” untuk membuat semakan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP) DG41.
  10. Paparan status semakan anda dipaparkan.
  11. Selesai.
Apa itu e graduan?

Modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan kerjasama beberapa agensi sektor awam.

Bagaimana cara nak isi e graduan?

Anda boleh muat turun manual pengguna egraduan di dalam artikel ini. Sila ke artikel cara nak isi e graduan.

Macam mana cara buat semakan penempatan guru DG41 di egraduan?

Anda boleh membuat semakan penempatan melalui portal rasmi egraduan.moe.gov.my. Sila login masuk dan cari Semakan Penempatan.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda ada sebarang pertanyaan dan masalah anda boleh rujuk kepada pihak berwajib di bawah :

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62590 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.

Lama web rasmi KPM : https://www.moe.gov.my/en/

Nombor Customer Service KPM : 0388846456

Sila emel pertanyaan anda di : adukpm@moe.gov.my

Leave a Comment