CARA TEBUS BKM

CARA TEBUS BKM DI BSN (GAGAL KREDIT BKM FASA 3)

CARA TEBUS BKM DI BSN (GAGAL KREDIT BKM FASA 3)

Terkini, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 dan semakan status Permohonan Rayuan BKM telahpun diumumkan.

Pembayaran akan dilakukan kepada penerima sedia ada Lulus BKM 2022 dan permohonan Lulus Rayuan.

TARIKH BAYARAN BKM FASA 3

PERKARATARIKH
Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 202220 September 2022 secara berperingkat

KAEDAH PEMBAYARAN BKM FASA 3

  • Ada Akaun – Pengkreditan mulai 20 September 2022 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN mulai 20 September 2022.

DUIT BKM FASA 3 GAGAL KREDIT

Sekiranya, pemohon berstatus LULUS, tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif ataupun maklumat akaun bank terdapat kesilapan, maka duit BKM tidak akan masuk ke akaun bank anda. Dan Status Pembayaran BKM Fasa 3 anda akan dipaparkan GAGAL KREDIT.

Bagaimanakah cara tebus bkm di BSN jila duit BKM Fasa 3 gagal kredit? Anda boleh rujuk di sini.

APA ITU NOMBOR BAUCER BKM

Nombor Baucer BKM adalah nombor siri yang akan diberikan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kepada pemohon yang LULUS Bantuan Keluarga Malaysia tetapi duit bantuan BKM Gagal Kredit dimana pemohon mempunyai masalah dengan akaun bank yang tidak aktif ataupun mempunyai masalah perbankan yang lain.

Dengan adanya Nombor Baucer BKM ini, pemohon yang Gagal Kredit boleh mengeluarkan duit BKM yang diberikan melalui penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagaimanakah cara dapatkan no baucer BKM dan cara tebus di BSN?

CARA TEBUS BKM DI BSN

PANDUAN LENGKAP CARA TEBUS BKM DI BSN (DUIT BKM GAGAL KREDIT)

  1. Klik Link Rasmi Tebus BKM di BSN di sini : https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login

  2. Anda akan dibawa ke Laman Log Masuk myBKM.

  3. Sila isi Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No MyKad/ID Pengguna.

  4. Klik [Semak].

  5. Klik [Ya] jika Adakah ini kata kunci keselamatan anda?

  6. Masukkan Kata Laluan/Password anda.

  7. Klik [Log Masuk].

  8. Sekarang anda akan berada di Halaman Utama Portal Rasmi myBKM.

  9. Untuk mendapatkan Nombor Baucer BKM untuk tebus di BSN, sila klik [Semakan Status].

  10. Lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].

  11. Maklumat yang dipaparkan seperti di bawah ini.

    i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
    ii. Nama Penerima
    iii. Fasa Pembayaran
    iv. Jumlah dikredit
    v. Status Kredit
    vi. Nama Bank
    vii. Nombor Akaun Bank
    viii. Nombor Baucer

  12. Sekiranya dibahagian Status Kredit anda adalah GAGAL KREDIT, anda lihat dibahagian Nombor Baucer (jika ada) dan salin no tersebut untuk dibawa ke BSN untuk dapatkan duit BKM anda.

  13. Seandainya TIADA NOMBOR BAUCER, pada menu Maklumat Pembayaran MyBKM pemohon menunjukkan status pembayaran adalah gagal kredit ke akaun bank pemohon atau gagal kredit ke akaun bank pasangan, pemohon perlu hadir ke Cawangan BSN bersama Kad Pengenalan Asal pemohon bagi membuat tuntutan tunai bayaran BKM dan Bantuan Tunai Tambahan.

  14. Kesimpulannya, jika duit BKM Gagal Kredit tetapi tiada Nombor Baucer diberikan sila bawa IC Original anda ke cawangan BSN untuk proses penunaian duit Bantuan Keluarga Malaysia.

  15. Selesai.

SEMAKAN BAYARAN BKM FASA 3 ONLINE 2022

Kepada pemohon yang ingin membuat semakan pembayaran lebih mudah senang, anda hanya perlu check status BKM melalui online sahaja. Ikuti panduan yang diberikan dibawah ini.

PERKARAPAUTAN
Semakan Bayaran Bkm Fasa 3 Online 2022https://bkm.hasil.gov.my/Default.aspx
  1. Tekan Pautan Rasmi Semakan Bayaran BKM di pautan di atas.
  2. Kemudian, lihat disebelah kanan atas anda, sila tekan [Log Masuk].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian Log Masuk.
  4. Masukkan No IC diruangan tersebut.
  5. Tekan [Semak].
  6. Tekan [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan kepunyaan anda.
  7. Masukkan Kata Laluan anda. (Sekiranya lupa anda boleh rujuk di sini : KATA LALUAN BKM MALAYSIA : TERLUPA PASSWORD BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
  8. Tekan [Log Masuk].
  9. Anda akan berada di Halaman Utama Portal Online Semakan BKM.
  10. Untuk Semakan Bayaran melalui online, sila tekan [Semakan Status].
  11. Kemudian, lihat di bahagian Maklumat Pembayaran.
  12. Di bahagian Maklumat Pembayaran ini akan dipaparkan Status Pembayaran secara terperinci.
  13. Selesai.

SOALAN LAZIM

Siapakah wakil yang layak membuat penunaian duit BKM 2022?

Wakil yang layak penunaian duit BKM 2022 adalah seperti berikut :

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak Kandung
  • Anak Tiri
  • Anak Angkat
  • Adik-Beradik
  • Cucu

Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh wakil semasa tebus BKM 2022 di BSN?

PERKARADOKUMEN
Senarai Dokumen Yang Perlu Di Bawa Oleh Wakil Untuk Tebus Duit BKM
1. Kad Pengenalan baharu (asal atau salinan) pemohon dan Kad Pengenalan asal wakil dan Dokumen pembuktian pertalian antara pemohon dan wakil (asal atau salinan).
2. Dokumen tambahan mengikut situasi pemohon yang tidak hadir untuk penunaian contohnya, Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (salinan atau asal) jika pemohon berada di penjara atau Pusat Serenti atau Tempoh masa Surat Pengesahan. Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara atau sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan berkenaan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2022).
3. Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas pemohon yang menunjukkan bukti pemohon berada di luar negara.
4. Surat pengesahan hospital jika pemohon menerima rawatan di hospital.
5. Surat pengesahan yang menunjukkan pemohon uzur atau tidak berdaya untuk bergerak.
6. Kad Orang Kurang Upaya (OKU).

RUJUKAN

Sebarang soalan dan pertanyaan, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini.

Hotline BKM : 1-800-88-2747

Atau anda boleh terus berkunjung ke cawangan LHDN yang berdekatan dengan anda untuk penjelasan yang lebih terperinci.

2 Comments

  1. Sathiya AP ellanppen September 22, 2022
  2. Sitiaysha sathiya September 22, 2022

Leave a Reply