PERMOHONAN PAKEJ 5G RAHMAH 2023 : CARA BELI TELEFON RM120 B40

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN PAKEJ 5G RAHMAH 2023 : CARA BELI TELEFON RM120 B40

Terkini, melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dengan Syarikat penyedia khidmat telekomunikasi serta Pengeluar peranti Samsung Malaysia & Honor Malaysia telah memperkenalkan Pakej 5G Rahmah, Insentif Pospaid Rahmah.

Perkara ini diperkenal untuk membantu golongan B40 mendapatkan peranti telefon bimbit dan liputan internet 5G dengan harga yang sangat murah.

Bagaimanakah permohonan dan cara beli Pakej 5G Rahmah serta telefon RM120 untuk B40 Malaysia? Info lanjut di sini.

Baca juga : ETUNAI RM100 : CARA TEBUS, CLAIM, SEMAKAN, DAFTAR

APA ITU PAKEJ 5G RAHMAH

Ia adalah pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 sempena Bulan Kebangsaan. Pakej ini turut beserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5GRAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00.

Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.

KELEBIHAN PERANTI TELEFON 5G

Berikut adalah beberapa kelebihan peranti telefon 5G yang anda boleh menikmati:

  • Kelajuan internet yang tinggi.
  • Kadar lengahan yang rendah (1milisaat).
  • Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi.

CIRI-CIRI PAKEJ 5G RAHMAH

Berikut merupakan antara ciri-ciri pakej yang dikenalkan:

  • Telefon jenama Samsung A14 5G & Honor 90 Lite 5G berharga RM240 dengan pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan (untuk semua rakyat).
  • 100,000 pelanggan terawal akan nikmati Pakej 5GRahmah dengan harga telefon serendah RM120 (untuk B40).
  • Rebat RM10 sebulan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam.
  • Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti 2 tahun berbanding hanya 1 tahun sebelum ini.

TARIKH PERMOHONAN PAKEJ 5G RAHMAH 2023

Untuk makluman anda, pakej telefon RM120 B40 boleh didapati di pasaran bermula pada 31 Ogos 2023.

CARA PERMOHONAN & PEMBELIAN PAKEJ 5G RAHMAH 2023

Anda boleh mula membuat permohonan dan pembelian bermula pada 31 Ogos 2023. Layari laman sesawang telco pilihan anda dan pilih Pakej 5G Rahmah.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh hubungi pihak yang berwajib tersebut.

Facebook : https://www.facebook.com/KEMENTERIANKOMUNIKASIDANDIGITAL

Twitter : https://twitter.com/kkd_gov?lang=en

Leave a Comment