SEMAKAN TARIKH LUPUT LESEN MEMANDU 2023 : KERETA DAN MOTOR
Untuk makluman anda, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memaklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawasanya tempoh moratorium penangguhan renew lesen memandu bakal tamat. Jadi kepada mereka yang masih lagi belum membuat pembaharuan lesen diharap segera melakukannya.
Andai kata anda tidak tahu tarikh sebenar lesen anda tamat tempoh, jadi anda boleh membuat semakan tarikh luput lesen memandu untuk kereta dan motor seperti yang dikongsikan oleh kami di bawah.
Baca juga : Cara Buat Temujanji JPJ Online
SEMAKAN TARIKH LUPUT LESEN MEMANDU
Di bawah ini adalah cara untuk anda membuat semakan tarikh luput lesen memandu anda.
- Layari laman web rasmi JPJ di sini : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama.
- Di bahagian Transaksi Dalam Talian, tekan Lesen Memandu (Semak Tarikh Luput).
- Kini anda berada di Halaman Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu.
- Sila Pilih Kategori ID.
- Untuk orang awam sila pilih ORANG AWAM MALAYSIA (MyKad).
- Sila isi Nombor Kad Pengenalan anda di bahagian No.ID.
- Masukkan Kod Sekuriti yang diberikan didalam kotak hitam.
- Tekan Semak.
- Lihat di bawah di bahagian HASIL CARIAN.
- Paparan Hasil Carian akan menunjukkan tarikh luput lesen memandu anda dan jenis lesen anda.
- Selesai.
- Jika lesen anda telah tamat tempoh, segeralah perbaharuinya sebelum operasi JPJ dijalankan.
Jika anda ingin renew lesen menggunakan MYEG sila ikuti panduan lengkap di sini : Cara Renew Lesen Guna Myeg
HARGA RENEW LESEN MEMANDU
Di sini pihak kami kongsikan kepada anda harga renew lesen memandu terkini untuk lesen JPJ. Sila pastikan anda renew lesen memandu anda dengan harga yang anda mampu milik. Jika anda ingin tempoh yang lama terus renew dengan harga RM150 untuk 5 tahun.
Tempoh | Harga Renew |
1 Tahun | RM30 |
2 Tahun | RM60 |
3 Tahun | RM90 |
4 Tahun | RM120 |
5 Tahun | RM150 |
Tuan/Puan boleh membuat semakan melalui portal semakan dari pihak JPJ.Tuan/Puan boleh dapatkan pautan semakan pihak JPJ di dalam artikel ini.
Tuan/Puan boleh renew lesen guna MYEG dan juga di mySikap. Semuanya dilakukan secara online tanpa anda perlu keluar rumah. Anda boleh dapatkan panduan lengkap cara untuk renew lesen guna MYEG dan mySikap di dalam artikel ini.
Harga renew lesen untuk 5 Tahun adalah RM150 dan untuk 3 Tahun ialah RM90. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang harga renew lesen memandu sila masuk ke artikel ini untuk senarai penuh harga renew lesen memandu terkini.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang soalan dan kemuyskilan, anda boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Aras 3-5, No. 26,
Jalan Tun Hussien, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya.
Laman web rasmi JPJ : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama
Customer Service JPJ : +60 3 8000 8000 (Umum)
Emel : aduantrafik@jpj.gov.my