cara renew lesen guna myeg

Cara Renew Lesen Guna MYEG : Panduan Lengkap Renew Lesen Memandu Online 2021 Dan Terus Hantar Ke Rumah Tanpa Perlu Ke JPJ

Cara Renew Lesen Guna MYEG : Panduan Lengkap Renew Lesen Memandu Online 2021 Dan Terus Hantar Ke Rumah Tanpa Perlu Ke JPJ

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memaklumkan bahawa sebarang urusan memperbaharui Lesen Memandu atau Competent Driver’s License (CDL) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilakukan secara dalam talian atau secara online. Bermula tarikh 9 Oktober 2020 untuk renew lesen kenderaan motor (LKM) dibuat secara online. Dan bermula 16 Oktober 2020 untuk renew lesen memandu atau competent driver’s license (CDL) dibuat secara online.

Baca juga : RiVAC : Registration/Pendaftaran Program Vaksinasi Barisan Hadapan Ekonomi Bagi Sektor Peruncitan

Apakah Syarat Untuk Renew Lesen Secara Online?

  1. Hanya Lesen Memandu atau Competent Driver’s License (CDL) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilakukan secara dalam talian.
  2. Lesen Belajar Memandu(LDL) dan Lesen Memandu Percubaan(PDL) tidak boleh dilakukan secara dalam talian.

Cara Renew Lesen Guna MYEG

cara renew lesen guna myeg

  1. Layari laman web rasmi MYEG dan scroll ke bawah pilih FEATURED SERVICES, lihat LOGO JPJ dan tekan MORE
  2. Pergi ke sebelah kanan anda akan lihat LOGO JPJ dan ada butang GO TO E-SERVICES, sila tekan butang GO TO E-SERVICES
  3. Masukkan username anda dan password anda jika pernah mendaftar dan jika belum berdaftar sila daftar di REGISTER NOW
  4. Jika selesai Register pendaftaran baharu sila login masuk masuk dengan id pendaftaran anda tadi
  5. Klik pilihan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  6. Klik pilihan Perbaharui Lesen Memandu (CDL) atau Driving License Renewal (CDL)
  7. Isikan maklumat seperti tempoh perbaharuan yang anda mahukan dan kaedah pengambilan atau penghantaran ke rumah untuk memudahkan lagi urusan anda, sila pilih penghantaran ke rumah dan beri alamat untuk penghantaran terus ke rumah anda.
  8. Klik Submit/Hantar jika semua borang sudah diisi dengan betul terutama alamat rumah untuk di hantar lesen memandu
  9. Buat pembayaran secara online pilih pilihan pembayaran online banking untuk terus buat pembayaran
  10. Selesai bayaran, anda cetak resit dan simpan resit tersebut untuk rujukan jika ada masalah selepas ini
  11. Selesai dan tunggu pihak MYEG untuk hantar lesen memandu anda di rumah dalam masa 2-3 hari bekerja tertakluk kepada kawasan yang anda berada. Jika berada luar kawasan bandar mungkin mengalami sedikit kelewatan sedikit.

Berapakah Caj Penghantaran Dan Caj Renew Lesen Memandu Menggunakan MYEG?

Caj Penghantaran dan Caj Renew Lesen :

Caj renew lesen : RM30 – Untuk Tempoh Setahun

Caj Penghantaran :

  • RM6 – Lembah Klang (2 hari bekerja)
  • RM8 – Semenanjung Malaysia – Kawasan Bandar (2-3 hari bekerja)
    Kawasan Luar Bandar (5 hari bekerja)
  • RM10 – Sabah & Sarawak (5 hari bekerja)

Orang ramai yang memperbaharui lesen menerusi kedua-dua laman sesawang itu sepanjang tempoh PKPP tidak perlu hadir ke kaunter untuk mendapatkan lesen memandu secara fizikal.

Nota : Bukti pembayaran fi lesen menerusi portal sudah memadai untuk digunakan sebagai bukti sementara menunggu lesen sebenar sampai kepada anda.

Leave a Reply