CARA BATAL AUTO DEBIT : CIMB / MAYBANK / RHB / BSN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA BATAL AUTO DEBIT : CIMB / MAYBANK / RHB / BSN

Sudah semestinya kita inginkan proses pemindahan atau pembayaran bulanan dilakukan secara automatik sebaik sahaja duit gaji masuk pada hujung bulan untuk selesaikan segala pembayaran secara terus dengan melaksanakan auto debit.

Bagaimanakah cara batal auto debit? Info lanjut cara untuk batalkan kembali auto debit Cimb Bank, Maybank, RHB dan BSN di sini.

APA ITU AUTO DEBIT

Auto Debit merupakan proses memindahkan wang/duit dari akaun simpanan anda ke akaun lain untuk tujuan seperti simpanan peribadi, pembayaran loan, credit card ataupun apa sahaja secara automatik setiap bulan. Hanya pihak bank saja boleh buat melaksanakan transaksi ini.

Baca juga: TIKTOK ADS MALAYSIA : CARA BUAT (LINK KE WHATSAPP & WEB)

CARA BATAL AUTO DEBIT MAYBANK

Sekiranya anda pelanggan kepada Maybank, berikut adalah cara batalkan auto debit:

  1. Layari website rasmi Maybank2u
  2. Log masuk menggunakan Username dan Password anda
  3. Pada menu utama klik pada Settings
  4. Seterusnya pilih pada Pay & Transfer > Transfer Future & Recurring
  5. Pilih pada pengebil pembayaran anda yang anda ingin batalkan, klik ‘X’ dan klik ‘Yes’ untuk pengesahan.
  6. Selesai.

CARA BATAL AUTO DEBIT CIMB BANK

Sekiranya anda pelanggan kepada CIMB Bank, berikut merupakan cara batalkan auto debit:

  1. Layari website rasmi CIMB Clicks
  2. Log masuk menggunakan Username dan Password anda
  3. Pada menu utama klik pada Pay & Tranfer > Scheduled Transaction
  4. Pada riwayat belum selesai, anda dapat lihat dan batalkan pembayaran berjadual semasa anda.
  5. Selesai.

CARA BATAL AUTO DEBIT BSN

Sekiranya anda pelanggan kepada Bank Simpanan Nasional, bagi Anda yang ingin batalkan auto debit BSN Anda boleh hubungi Customer Service auto debit BSN di 03-2162-3222 atau kunjungi cawangan BSN terdekat. Sila rujuk waktu operasi BSN terkini.

Setakat ini BSN belum lagi menawarkan terminate auto debit BSN melalui online.

RHB BANK

Sekiranya anda pelanggan kepada RHB Bank, berikut adalag merupakan cara batalkan auto debit:

  1. Layari website rasmi RHB Bank: https://logon.rhb.com.my/
  2. Log masuk menggunakan Username dan Password anda
  3. Pada bar menu utama klik pada BillPay > Other Biller.
  4. Pilih salah satu Pengebil kegemaran Anda dan klik Next.
  5. Teruskan dengan memasukkan butiran.
  6. Klik tanda tick Recurring (uncheck) untuk batalkan auto debit pada jenis pembayaran.
  7. Seterusnya klik Preview untuk melihat maklumat
  8. Kemudian masukkan kod OTP yang diterima secara SMS dan klik Submit.
  9. Selesai.

Leave a Comment