semak cukai tanah pahang

SEMAK CUKAI TANAH PAHANG : CARA CHECK DAN BAYAR MELALUI ONLINE FPX

SEMAK CUKAI TANAH PAHANG : CARA CHECK DAN BAYAR MELALUI ONLINE FPX

Untuk pengetahuan anda, jika anda memiliki tanah sendiri anda dikehendaki membuat pembayaran cukai tanah yang dikenakan bagi setiap tanah yang anda miliki. Anda bertanggungjawab untuk membuat bayaran kepada kerajaan negeri masing-masing dalam tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun.

Melalui pengutan cukai ini dapat membantu kerajaan Negeri mendapatkan pendapatan untuk pengurusan serta pembangunan di sesebuah Negeri tersebut. Jadi, menjadi tanggungjawab anda yang memiliki tanah untuk membayar cukai tanah yang telah dikenakan berdasarkan negeri masing-masing.

Untuk makluman anda, jika anda tidak membuat pembayaran atau mengelak daripada membayar cukai tanah ini boleh menyebabkan hartanah anda akan di rampas oleh pihak Negeri. Ini tertakluk di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara. Oleh itu, anda sebagai rakyat yang bertanggungjawab boleh melunaskan tax yang dikenakan melalui pemilikan hartanah anda.

Berita gembira untuk anda,sekarang anda sudah tidak perlu lagi ke pejabat tanah Pahang semata-mata untuk membuat semakan cukai tanah. Kini anda boleh melakukan semakan menerusi online sahaja serta boleh juga membuat pembayaran. Senangkan.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk check nilai cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah yang anda miliki serta cara pembayaran melalui online.

Baca juga : Cara Check Cukai Tanah di Selangor dan Cara Bayar Online

SEMAK CUKAI TANAH PAHANG

Panduan Lengkap Cara Semak Dan Bayar Cukai Tanah Pahang Melalui Online.

  1. Sila layari laman web rasmi Semakan Cukai Tanah Pahang di pautan ini : https://ptg.pahang.gov.my/.

  2. Klik “Bayaran Cukai Atas Talian” seperti gambar di bawah ini.

    cukai tanah pahang

  3. Baca Terma dan Syarat. Kemudian klik “Saya setuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan di atas”. Rujuk gambar di bawah.

    check cukai tanah pahang

  4. Klik Butang Setuju.

  5. Untuk Mengisi Maklumat Cukai, sila rujuk Bil Cukai Tanah atau Geran Hakmilik anda. Rujuk gambar di bawah.

    cukai tanah pahang online

  6. Masukkan Maklumat Cukai yang di minta.

  7. Klik butang Semak Cukai.

  8. Maklumat Cukai anda berada di bahagian bawah “Semakan Maklumat Cukai Tanah”. Perlu digerakkan (Scroll) ke bawah.

  9. Maklumat Cukai Tanah akan dipaparkan.

  10. Bagi status ”BELUM DIBAYAR”, anda boleh membuat pembayaran
    dengan menekan butang Bayar untuk membuat pembayaran melalui FPX.

  11. Bagi status bayaran ”TELAH DIBAYAR”, anda tidak perlu lagi
    menekan butang bayar untuk membuat pembayaran.

  12. Bagi status bayaran ”TELAH DIBAYAR” tetapi masih ada baki bayaran, pembayaran tidak dapat dilakukan melalui FPX. Pembayar hendaklah menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan untuk penjelasan lanjut.

  13. Skrin pengesahan akan dipaparkan.Sila klik butang ”Klik Untuk Membayar” untuk meneruskan pembayaran.

  14. Pop-up page bagi Skrin ”Page and Condition” MEPS akan dipaparkan. Sila Klik pilihan ”I accept …” dan masukkan alamat email. Jika tiada, sila masukkan alamat email [email protected] dan pilih Bank. Bagi dokumentasi manual ini, contoh pembayaran FPX menggunakan Bank Islam akan dipaparkan.(Perhatian : Sila jangan klik X di pop-up page ini). Rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas.

    bayar

  15. Sila masukkan User ID dan Password Online Banking anda dan klik Login.

  16. Maklumat berkenaan pembayaran akan dipaparkan.Sila Klik Pay untuk meneruskan proses pembayaran.

  17. Sila klik Confirm untuk pengesahan pembayaran.Selepas itu, sila masukkan iAccess Code yang akan diterima melalui SMS dan klik OK.

  18. Skrin pengesahan pembayaran daripada Bank akan dipaparkan. Sila cetak penyata ini untuk simpanan pembayar.

  19. Jika anda selesai membuat pembayaran sila Cetak maklumat cukai, pilih arahan Cetak melalui browser.

  20. Pembayaran Cukai Tanah Pahang anda selesai.

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan juga persoalan anda boleh ajukan kepada pihak di bawah.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang
Bangunan PTG,
Bandar Indera Mahkota,
25990 Kuantan, Pahang.

Nombor Telefon : 09-5712600

Emel : [email protected].

Leave a Reply