SEMAKAN CUKAI TANAH SELANGOR : CARA CHECK DAN PEMBAYARAN SECARA ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN CUKAI TANAH SELANGOR : CARA CHECK DAN PEMBAYARAN SECARA ONLINE

Untuk pengetahuan anda, jika anda memiliki tanah sendiri anda dikehendaki membuat pembayaran cukai tanah yang dikenakan bagi setiap tanah yang anda miliki. Anda bertanggungjawab untuk membuat bayaran kepada kerajaan negeri masing-masing dalam tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun.

Melalui pengutun cukai ini dapat membantu kerajaan Negeri mendapatkan pendapatan untuk pengurusan serta pembangunan di sesebuah Negeri tersebut. Jadi, menjadi tanggungjawab anda yang memiliki tanah untuk membayar cukai tanah yang telah dikenakan berdasarkan negeri masing-masing.

Untuk makluman anda, jika anda tidak membuat pembayaran atau mengelak daripada membayar cukai tanah ini boleh menyebabkan hartanah anda akan di rampas oleh pihak Negeri. Ini tertakluk di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara. Oleh itu, anda sebagai rakyat yang bertanggungjawab boleh melunaskan tax yang dikenakan melalui pemilikan hartanah anda.

Berita gembira untuk anda,sekarang anda sudah tidak perlu lagi ke pejabat tanah Selangor semata-mata untuk membuat semakan cukai tanah. Kini anda boleh melakukan semakan menerusi online sahaja serta boleh juga membuat pembayaran. Senangkan.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk check nilai cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah yang anda miliki serta cara pembayaran melalui online.

Baca juga : CARA TUKAR KAD MAYBANK ONLINE JIKA ROSAK DAN EXPIRED (DI POS TERUS KE ALAMAT ANDA)

SEMAKAN CUKAI TANAH SELANGOR MELALUI ONLINE

Ini adalah Panduan Lengkap Cara Membuat Semakan Dan Bayaran Cukai Tanah di Selangor Melalui Online.

  1. Sila layari laman web rasmi Semakan Cukai Tanah Selangor di pautan ini : https://ehasil.selangor.gov.my/app/search.

  2. Terdapat 4 Pilihan Carian yang anda boleh buat. Pertama adalah menggunakan Nombor Akaun.

  3. Pilihan semakan carian menggunakan nombor akaun baharu.

  4. Paparan nombor akaun baharu di dalam cetakan bil cukai tanah.

  5. Masukkan Nombor Akaun Baharu di dalam kotak yang disediakan.

  6. Kemudian, tekan butang Cari.

  7. Hasil carian akan dipaparkan.

  8. Sekiranya terdapat cukai yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah/petak
    yang perlu dibayar akan dipaparkan dan butang “Bayar” akan kelihatan.

  9. Jika tiada cukai yang belum dibayar, skrin pembayaran secara atas talian tidak di
    paparkan.

  10. Semakan menggunakan Nombor Akaun anda telah berjaya anda boleh ikuti panduan di bawah untuk teruskan proses pembayaran secara online.

  11. Tekan Butang Bayar.

  12. Pilih Jenis Bank di perbankan internet FPX.

  13. Masukkan alamat Emel anda.

  14. Tekan butang “Bayar” dan anda akan terus ke halaman perbankan online yang
    telah dipilih.

  15. Jika anda sudah selesai membuat pembayaran, pastikan anda Cetak Salinan Resit Pembayaran untuk tujuan rujukan dan bukti pembayaran.

  16. Selesai.

NOTA : Sekiranya anda tidak temui hasil carian menggunakan Nombor Akaun baru di panduan di atas, anda boleh ikuti panduan di bawah ini menggunakan ID Hakmilik, Nombor Akaun 14 Digit dan Nombor Akaun Lama 21 Digit.

CARA CHECK CUKAI TANAH SELANGOR MENGGUNAKAN ID HAKMILIK

  1. Sila masuk ke pautan ini : https://ehasil.selangor.gov.my/app/search.
  2. Pilih jenis bil Cukai tanah.
  3. Pilih jenis carian menggunakan “Id Hakmilik”.
  4. Pilih daerah, mukim, jenis hakmilik dan no. Hakmilik. Kesemua ruangan carian tersebut perlu di isi.
  5. Tekan butang “Cari” dan keputusan carian akan dipaparkan.
  6. Sekiranya terdapat cukai yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah/petak yang perlu dibayar akan dipaparkan dan butang “Bayar” akan kelihatan.
  7. Paparan mesej “Maaf, Carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.” sekiranya hakmilik gagal ditemui.
  8. Selesai anda boleh membuat pembayaran jika hasil carian anda berjaya dijumpai dan terdapat tunggakan yang perlu di lansaikan.

CARA SEMAKAN CUKAI TANAH SELANGOR MENGGUNAKAN NOMBOR AKAUN 14 DIGIT

  1. Sila masuk ke pautan ini : https://ehasil.selangor.gov.my/app/search.
  2. Pilih jenis bil Cukai tanah.
  3. Pilih Jenis Carian No Akaun (14 Digit).
  4. Masukkan no akaun dan tekan butang “Cari”.
  5. Keputusan carian akan dipaparkan.
  6. Sekiranya terdapat cukai yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah/petak yang perlu dibayar akan dipaparkan dan butang “Bayar” akan kelihatan.
  7. Paparan mesej “Maaf, Carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.” sekiranya hakmilik gagal ditemui.ekiranya hakmilik gagal ditemui.
  8. Selesai anda boleh membuat pembayaran jika hasil carian anda berjaya dijumpai dan terdapat tunggakan yang perlu di lansaikan.

CARA SEMAKAN CUKAI TANAH SELANGOR MENGGUNAKAN NOMBOR AKAUN LAMA 21 DIGIT

  1. Sila masuk ke pautan ini : https://ehasil.selangor.gov.my/app/search.
  2. Pilih Jenis Bil Cukai Tanah.
  3. Pilih “No Akaun Lama (21 Digit)”.
  4. Pilih “Daerah”.
  5. Masukkan nombor akaun lama (21 digit) dan tekan “Cari”.
  6. Keputusan carian akan dipaparkan.
  7. Sekiranya terdapat cukai yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah/petak yang perlu dibayar akan dipaparkan dan butang “Bayar” akan kelihatan.
  8. Paparan mesej “Maaf, Carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.” sekiranya hakmilik gagal ditemui.ekiranya hakmilik gagal ditemui.
  9. Selesai anda boleh membuat pembayaran jika hasil carian anda berjaya dijumpai dan terdapat tunggakan yang perlu di lansaikan.

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Jika anda mempunyai masalah dan soalan anda boleh ajukan pertanyaan anda kepada pihak berwajib di bawah ini.

Pejabat Tanah dan Galian Selangor,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40576 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Pejabat : 03-5544 7343 / 03-5544 7328 / 03-5520 5636
No. Bebas Tol : 1800-88-2624
Faks: 03-5513 6707

Emel : hasilptg@selangor.gov.my.

Leave a Comment