CARA TUKAR KAD MAYBANK ONLINE JIKA ROSAK DAN EXPIRED (DI POS TERUS KE ALAMAT ANDA)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA TUKAR KAD MAYBANK ONLINE JIKA ROSAK DAN EXPIRED (DI POS TERUS KE ALAMAT ANDA)

Untuk pengetahuan anda, di zaman serba canggih ini dan juga di zaman teknologi untuk proses penukaran kad ATM atau kad Debit boleh dilakukan secara atas talian atau online.

Jika kad ATM atau Debit anda sudah mencapai tamat tempoh dan juga rosak anda boleh melakukan penukaran hanya menggunakan online dan tidak lagi perlu pergi ke kaunter untuk membuat penukaran kad baru.

Di sini pihak kami kongsikan kepada anda cara nak tukar kad ATM atau Debit Maybank secara online jika mengalami kerosakan dan juga expired.

Sebagai pengetahuan untuk anda, melalui penukaran kad baru secara online, kad anda akan diposkan ke alamat yang anda isikan di ruangan permohonan nanti.

Baca juga : CARA NAK TUKAR KAD DEBIT EXPIRED ATAU ROSAK SECARA ONLINE MAYBANK/CIMB/BANK RAKYAT/HONG LEONG/PUBLIC BANK/AFFIN BANK

CARA TUKAR KAD MAYBANK ONLINE JIKA ROSAK DAN EXPIRED

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda Cara Nak Tukar Kad Maybank Secara Online Jika Kad ATM atau Debit anda Rosak dan Expired.

  1. Sila layari laman web rasmi MAYBANK2U di pautan ini : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.

  2. Sila login masuk Maybank2U anda terlebih dahulu.

  3. Pada paparan utama Maybank2U, sila pergi ke bahagian Setting di sebelah kanan atas anda.

    Pastikan anda guna browser sahaja untuk proses ini dan untuk aplikasi tidak boleh.

  4. Klik “CARDS”.

  5. Kemudian, pilih Manage Debit Cards.

  6. Seterusnya, tekan Debit Card – Replace, Activate & Block.

  7. Paparan akan menunjukkan Card Details dan Status.

  8. Sila klik butang “…” di sebelah Status.

  9. Dan Klik Replace Card.

  10. Sila masukkan Alamat Penuh anda.

  11. Tick Agreement.

  12. Tekan Replace Card.

  13. Kemudian Request TAC dan masukkan Nombor TAC diruangan yang diminta.

  14. Proses Penukaran Kad Baru anda telah berjaya.

  15. Sila tunggu dalam masa 3 hari bekerja untuk pihak MAYBANK proses dan hantar melalui pos ke alamat yang anda berikan tadi.

  16. Selesai.

  17. Jika anda sudah menerima Kad Baru anda pastikan anda membuat Activate terlebih dahulu. Ikuti panduan di bawah ini cara untuk activate kad baru anda.

CARA ACTIVATE KAD ATM ATAU DEBIT BARU MAYBANK

Panduan ini untuk anda yang sudah menerima Kad Debit atau ATM yang telah diposkan oleh pihak Maybank.

  1. Pertama sekali, sila login masuk ke Maybank2U anda terlebih dahulu.
  2. Selepas itu, pergi ke Setting.
  3. Pilih CARDS.
  4. Kemudian, pilih Manage Debit Cards.
  5. Tekan Debit Card – Replace, Activate & Block.
  6. Sila klik titik “…” di sebelah Status.
  7. Klik Activate.
  8. Pastikan anda ikuti arahan yahg diminta.
  9. Anda berjaya untuk activate kad baru dan anda boleh mula menggunakannya.
  10. Selesai.
Macam mana cara nak tukar kad ATM atau Debit Maybank jika sudah rosak ataupun expired?

Untuk makluman Tuan/Puan, anda boleh melakukan proses penukaran secara online. Kad tersebut akan diposkan ke alamat yang anda berikan. Untuk panduan lengkap cara membuat penukaran kad Maybank secara online boleh ke artikel ini.

Macam mana nak tahu kad Maybank saya expired bila?

Tuan/Puan boleh lihat di kad ATM atau kad Debit anda di bahagian hadapan. Di situ ada tertulis tarikh Expired Date kebiasaannya seperti 11/22 bermaksud bulan 11 tahun 2022.

Leave a Comment