CARA NAK TUKAR KAD DEBIT EXPIRED ATAU ROSAK SECARA ONLINE MAYBANK/CIMB/BANK RAKYAT/HONG LEONG/PUBLIC BANK/AFFIN BANK
Untuk makluman anda, kad atm atau kad debit anda mempunyai tarikh luput yang telah ditetapkan. Jika kad atm anda sudah melebihi tarikh luput, anda dikehendaki membuat penukaran dengan kadar segera kerana anda tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi jika menggunakan kad yang telah expired.
Begitu juga jika kad anda mengalami kerosakan sama ada patah atau tercalar. Anda dikehendaki membuat penukaran untuk mengelakkan dari sebarang masalah semasa melakukan transaksi di mesin atm bank pilihan anda.
Di bawah ini pihak kami akan berkongsi kepada anda cara untuk tukar kad debit atau atm anda secara online tidak perlu hadir ke cawangan hanya semata mata untuk tukar kad.
Baca juga : CARA LINK AKAUN TABUNG HAJI DENGAN BANK ISLAM/MAYBANK/CIMB/BANK RAKYAT MENGGUNAKAN KAD ATM
CARA NAK TUKAR KAD DEBIT EXPIRED ATAU ROSAK
Pihak kami akan kongsikan kepada anda cara nak tukar kad debit expired atau rosak melalui online untuk pengguna bank MAYBANK, CIMB, Bank Rakyat, Hong Leong, Public Bank dan Affin Bank. Untuk makluman kepada anda, Kad ini akan di hantar secara pos kepada anda di alamat rumah yang anda mahukan.
Anda boleh ikuti panduan lengkap yang kami sediakan di bawah ini dan pilih bank pilihan yang anda ingin tukarkan. Semoga perkongsian ini memudahkan lagi urusan anda.
CARA NAK TUKAR KAD DEBIT EXPIRED ATAU ROSAK MAYBANK
Berikut adalah panduan lengkap untuk tukar secara online bagi MAYBANK.
- Sila layari laman web rasmi MAYBANK di pautan ini : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
- Masukkan Username dan Password anda untuk login.
- Tekan Login.
- Pada halaman utama, pergi ke bahagian Setting.
- Pilih Cards.
- Di bahagian Manage Debit Card sila pilih Debit Card-Replace, Activate & Block.
- Sila tekan “…”
- Klik Replace Card.
- Sila masukkan Alamat Penuh anda.
- Klik Request TAC dan masukkannya di ruangan yang disediakan untuk Sahkan Penukaran Kad anda.
- Dan Submit.
- Selesai, Kad baru anda akan dihantar ke alamat yang anda masukkan tadi dalam masa 3 hari bekerja jika tiada apa-apa masalah.
- Jika anda sudah menerima Kad yang baru, pastikan anda tekan Activate di Step 6 tadi untuk membolehkan anda menggunakan ini. Jika anda tidak melakukan activate, kad anda akan tidak boleh digunakan. Jadi pastikan anda activate terlebih dahulu selepas kad itu sampai di tangan anda.
- Selamat dan Mudah kan.
Baca juga : Cara Mohon Moratorium MAYBANK Pinjaman Kereta
CARA NAK TUKAR KAD DEBIT EXPIRED ATAU ROSAK CIMB
Untuk pengguna CIMB bank yang ingin membuat penukaran Kad Debit atau ATM boleh ikuti panduan lengkap di bawah ini.
- Sila layari laman web rasmi CIMB di pautan ini : https://www.cimbclicks.com.my/.
- Tekan Login To Clicks.
- Masukkan User ID dan Password anda.
- Tekan Login.
- Sekiranya keluar pada paparan utama cimbclicks anda “your debit card needs to be replace by following card for continues smooth usage. Please clik here for delivery at no cost”.
- Tekan Yes, I Want To replace My Debit Card Now.
- Masukkan alamat kediaman anda untuk Kad Debit yang baru di pos ke rumah anda.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Klik Request TAC dan masukkan Nombor TAC tersebut.
- Tunggu Kad baru anda sampai ke rumah anda.
BANK RAKYAT
Berikut adalah cara pengganti Kad Debit Bank Rakyat secara online:
- Layari pautan i-Rakyat : https://www.irakyat.com.my/.
- Log masuk akaun anda.
- Klik pada Card Replacement.
- Lengkapkan butiran anda.
- Pastikan alamat penghantaran betul untuk proses penghantaran.
- Klik Request tac dan masukkan no tac tersebut.
- Selesai, anda hanya tunggu proses penghantaran kad anda.
HONG LEONG
Berikut adalah cara ganti Kad Debit Hong Leong Bank secara online :
- Layari pautan HLB Connet : https://s.hongleongconnect.my/rib/app/fo/login.
- Log masuk akaun anda.
- Pergi ke Other Services.
- Klik pada Request Card Replacement.
- Pilih pada no kad debit anda.
- Klik Replace dan masukkan TAC.
- Ikuti arahan untuk menyelesaikan langkah penukaran kad debit baru anda.
PUBLIC BANK
Berikut adalah cara pengganti Kad Debit Public Bank secara online:
- Layari pautan PBe Bank : https://www.pbebank.com/.
- Log masuk akaun anda.
- Pilih pada Card Management.
- Di bahagian Card Management, pilih kad yang perlu diganti dan pilih untuk membuat permohonan semula kad ATM.
- Ikuti arahan selanjutnya sehingga permohonan anda selesai.
AFFIN BANK
Berikut adalah cara pengganti Kad Debit Affin Bank secara online:
- Layari pautan Affin online : https://rib.affinonline.com/retail/.
- Log masuk akaun anda.
- Pilih “e-perkhidmatan” Kemudian pilih “Perkhidmatan Kad ATM”.
- Klik “Minta ATM / Kad Debit” Mengesahkan permintaan dengan OTP yang dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
- Ikuti arahan selanjutnya sehingga permohonan anda selesai.
Tuan/Puan boleh membuat penukaran di cawangan ataupun melalui online. Jika melalui online Kad baru akan diposkan ke alamat kediaman yang anda isi semasa penukaran online. Untuk panduan lengkap cara tukar kad MAYBANK expired atau rosak boleh ke artikel ini.
Untuk pengetahuan Tuan/Puan, jika kad ATM anda sudah melepasi tamat tempoh, anda tidak boleh melakukan sebarang transaksi sehingga anda membuat penukaran kad baru sama ada di cawangan bank atau menerusi online. Untuk panduan penukaran kad ATM secara online boleh ke artikel ini.