CARA LINK AKAUN TABUNG HAJI DENGAN BANK ISLAM/MAYBANK/CIMB/BANK RAKYAT MENGGUNAKAN KAD ATM

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA LINK AKAUN TABUNG HAJI DENGAN BANK ISLAM/MAYBANK/CIMB/BANK RAKYAT MENGGUNAKAN KAD ATM

Untuk memudahkan urusan semakan baki akaun Tabung Haji serta membuat transaksi, kebanyakan bank di Malaysia telah membuat kerjasama dengan pihak Tabung Haji. Sekarang sebagai pengguna Bank Islam, Maybank, Cimb dan Bank Rakyat telah boleh link akaun Tabung Haji mereka dengan bank yang mereka miliki.

Di bawah ini pihak kami telah berkongsi panduan bagaimana untuk anda linkkan akaun TH anda dengan bank yang anda kehendaki.

CARA LINK AKAUN TABUNG HAJI DENGAN BANK CIMB

Kenyataan di bawah adalah cara untuk anda link akaun TH anda dengan Bank CIMB :

  1. Sila ke mesin ATM CIMB.
  2. Masukkan Kad ATM anda ke mesin.
  3. Masukkan Nombor Pin anda.
  4. Di paparan Menu Utama sila pilih Lain-Lain.
  5. Pilih Menu Tabung Haji.
  6. Kemudian pilih Pautan Akaun.
  7. Sila masukkan Nombor Akaun Tabung Haji anda.
  8. Kemudian pilih Ya untuk pengesahan.
  9. Terima slip transaksi anda jika pendaftaran anda berjaya.

Jika anda ingin cara link melalui cimbclicks sila ke artikel ini : SEMAK BAKI TABUNG HAJI CIMBCLICKS/MAYBANK2U/BANK ISLAM/iRAKYAT

CARA LINK AKAUN TABUNG HAJI DENGAN BANK ISLAM

Panduan di bawah ini adalah cara link akaun Tabung Haji anda dengan Bank Islam :

  1. Sila hadir ke mesin ATM Bank Islam.
  2. Masukkan Kad ATM anda.
  3. Sila masukkan Nombor Pin ATM anda.
  4. Paparan Menu Utama ATM, sila pilih Tabung Haji.
  5. Pilih “DAFTAR AKAUN TH-SENDIRI”.
  6. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  7. Sila tekan butang “Tekan Jika Betul”.
  8. Kemudian, sila masukkan Nombor Akaun Tabung Haji anda.
  9. Tekan “TERUSKAN”.
  10. Nombor akaun Tabung Haji anda akan dipapar di skrin ATM.
  11. Dan tekan “SAHKAN” untuk pengesahan.
  12. Selesai.
  13. Sekarang akaun TH anda sudah link dengan Bank Islam.
  14. Anda boleh membuat transaksi semak baki, transfer duit, withdraw duit.

CARA LINK AKAUN TABUNG HAJI DENGAN MAYBANK2U DAN ATM

Berikut adalah panduan untuk link akaun TH dengan Maybank2U dan link di atm mesin :

  1. Sila ke mesin ATM Maybank
  2. Masukkan kad ATM anda pada mesin ATM tersebut.
  3. Masukkan nombor PIN anda seperti biasa
  4. Pilih TABUNG HAJI
  5. Kemudian masukkan nombor akaun TH anda dan tekan YA.
  6. Sila sahkan nombor akaun TH yang tertera, serta nombor siri buku akaun TH. Jika kedua-dua nombor ini adalah milik anda, tekan pada YA.
  7. Proses di ATM MAYBANK selesai, kini anda perlu buka komputer anda.
  8. Sila masuk ke laman web rasmi Maybank2u : https://www.maybank2u.com.my
  9. Isi Username anda.
  10. Tekan Login.
  11. Masukkan Password anda.
  12. Tekan Login.
  13. Sila pergi ke “Pay & Transfer”.
  14. Pilih Tabung Haji. (Pastikan anda link akaun Tabung Haji dengan Maybank dahulu)
  15. Pergi ke Favorites
  16. Cari dan tekan “Link New Tabung Haji Account”.
  17. Pilih Apply
  18. Pilih Services
  19. Dan pilih Link Tabung Haji Account.
  20. Sila masukkan Nombor Akaun Tabung Haji anda atau anak anda.
  21. Sila buat Pengesahan Nombor Akaun Tabung Haji, Nama dan Nombor Akaun Maybank anda.
  22. Masukkan Verifikasi “TAC NO” yang dihantar di telefon anda.
  23. Klik Confirm.
  24. Sekarang anda boleh ke Accounts & Banking.
  25. Anda boleh semak baki Tabung Haji anda ataupun anak anda menerusi paparan di sini.
  26. Selesai.

CARA LINK AKAUN TABUNG HAJI DENGAN BANK RAKYAT

Toturial untuk link Tabung Haji anda dengan Bank Rakyat Menggunakan ATM Mesin serta link dengan iRakyat :

  1. Masukkan kad ATM Bank Rakyat beserta nombor PIN kad di mesin ATM Bank Rakyat.
  2. Pilih menu LAIN-LAIN.
  3. Pilih menu TERUSKAN.
  4. Pilih menu LINK AKAUN TABUNG HAJI / PENDAFTARAN HAJI.
  5. Pilih menu LINK AKAUN SENDIRI.
  6. Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda.
  7. Sila klik TERUSKAN.
  8. Maklumat pemegang akaun dipaparkan di skrin utama.
  9. Dan klik SAHKAN.
  10. Selesai.

Untuk link akaun TH dengan iRakyat atau Bank Rakyat online sila rujuk di bawah ini :

CARA LINK TABUNG HAJI DENGAN iRAKYAT

  1. Sila masuk ke laman web rasmi : https://www.irakyat.com.my/
  2. Tekan Login.
  3. Pilih Personal Banking.
  4. Untuk Syarikat sila pilih Corporate Banking.
  5. Masukkan Username anda.
  6. Tekan Login.
  7. Masukkan Password anda.
  8. Tekan Login.
  9. Sila pilih Tabung Haji.
  10. Pilih menu Account Linkage.
  11. Tekan butang Next.
  12. Sila masukkan Nombor Akaun Tabung Haji anda.
  13. Tekan Submit.
  14. Tekan butang Request TAC. Masukkan kod TAC yang diterima di telefon bimbit anda.
  15. Tekan Confirm.
  16. Sekarang akaun Tabung Haji anda sudah berdaftar di iRakyat.
  17. Untuk buat semakan baki akaun TH anda, sila ke Personal Banking.
  18. Pilih Tabung Haji.
  19. Sekarang akaun anda telah wujud di paparan.
  20. Selesai.

 

5 thoughts on “CARA LINK AKAUN TABUNG HAJI DENGAN BANK ISLAM/MAYBANK/CIMB/BANK RAKYAT MENGGUNAKAN KAD ATM”

Leave a Comment