SEMAK BAKI TABUNG HAJI CIMBCLICKS/MAYBANK2U/BANK ISLAM/iRAKYAT

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAK BAKI TABUNG HAJI CIMBCLICKS/MAYBANK2U/BANK ISLAM/iRAKYAT

Untuk pengetahuan anda, sekarang sebagai pemilik akaun Tabung Haji anda sudah boleh membuat semak baki Tabung Haji setiap bank yang anda miliki. Dengan adanya fungsi semak baki ini akan lebih memudahkan pengguna atau pemilik akaun untuk membuat semakan tanpa perlu ke cawangan TH.

Di bawah ini pihak kami berkongsi kepada anda bagaimana caranya untuk anda membuat semakan baki tabung haji CIMBCLICKS, MAYBANK2U, BANK ISLAM DAN i-RAKYAT. Sebelum itu, pastikan anda mempunyai salah satu akaun bank yang telah dinyatakan.

Baca juga : Cara Daftar Akaun Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Online 2021

SEMAK BAKI TABUNG HAJI CIMBCLICKS

Bagi pengguna CIMBCLICKS anda boleh ikuti panduan ini untuk link akaun CIMBCLICKS dengan Tabung Haji dan juga untuk semakan baki akaun TH.

  1. Sila login masuk ke laman web rasmi : https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/
  2. Masukkan Username anda.
  3. Tekan Login.
  4. Tick “Yes, this is my Secureword”.
  5. Masukkan Password/Kata Laluan anda.
  6. Tekan Login.
  7. Pergi ke My Accounts.
  8. Di bahagian My Accounts Overview sila lihat ke bawah sekali.
  9. Terdapat pilihan Tabung Haji di situ.
  10. Klik “Here” untuk link akaun anda dengan Tabung Haji.
  11. Sila masukkan Nombor Akaun Tabung Haji anda.
  12. Tekan Yes di bahagian Term & Conditions (T&C)
  13. Dan tekan Submit
  14. Sekarang di paparkan ” Link Tabung Haji Account Confirmation”.
  15. Semak semua maklumat yang diisi tadi pastikan semuanya betul.
  16. Sila masukkan TAC NO yang dihantar di Nombor Telefon anda untuk pengesahan.
  17. Okey sekarang anda sudah berjaya link akaun Cimbclicks dengan Tabung Haji anda.
  18. Sekarang untuk membuat semak baki akaun Tabung Haji (TH).
  19. Pergi ke My Accounts
  20. Di bahagian My Accounts Overview, sila ke Tabung Haji bawah sekali.
  21. Tekan Tabung Haji dan baki akaun TH anda sudah berjaya dipaparkan.
  22. Selesai.

SEMAK BAKI TABUNG HAJI MAYBANK2U

Berikut adalah cara membuat semakan baki TH untuk pengguna MAYBANK2U.

  1. Sila masuk ke laman web rasmi : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Isi Username anda.
  3. Tekan Login.
  4. Masukkan Password anda.
  5. Tekan Login.
  6. Sila pergi ke “Pay & Transfer”.
  7. Pilih Tabung Haji. (Pastikan anda link akaun Tabung Haji dengan Maybank dahulu)
  8. Pergi ke Favorites
  9. Cari dan tekan “Link New Tabung Haji Account”.
  10. Pilih Apply
  11. Pilih Services
  12. Dan pilih Link Tabung Haji Account.
  13. Sila masukkan Nombor Akaun Tabung Haji anda atau anak anda.
  14. Sila buat Pengesahan Nombor Akaun Tabung Haji, Nama dan Nombor Akaun Maybank anda.
  15. Masukkan Verifikasi “TAC NO” yang dihantar di telefon anda.
  16. Klik Confirm.
  17. Sekarang anda boleh ke Accounts & Banking.
  18. Anda boleh semak baki Tabung Haji anda ataupun anak anda menerusi paparan di sini.

SEMAK BAKI TABUNG HAJI BANK ISLAM

Di bawah ini merupakan cara semak baki akaun TH Bank Islam.

  1. Masuk ke laman web online Bank Islam : https://www.bankislam.biz/
  2. Pergi ke pilihan “My Accounts”.
  3. Tekan Tabung Haji.
  4. Tekan Add.
  5. Sila pilih ATM/Debit Card No.
  6. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji anda.
  7. Tekan Submit.
  8. Buat Pengesahan “TAC NO” yang di hantar ke nombor telefon anda.
  9. Sekarang anda sudah link akaun TH anda dengan Bank Islam online.
  10. Untuk semak baki, sila masuk ke My Accounts.
  11. Pilih Tabung Haji.
  12. Dan sekarang akaun TH anda sudah ada di dalam sistem online Bank Islam.
  13. Di sini anda boleh lihat baki akaun TH anda.
  14. Selesai.

SEMAK BAKI TABUNG HAJI iRAKYAT

Ini adalah panduan bagaimana untuk anda sebagai pengguna Bank Rakyat ingin menyemak baki akaun TH di portal iRakyat.

  1. Sila masuk ke laman web rasmi : https://www.irakyat.com.my/
  2. Tekan Login.
  3. Pilih Personal Banking.
  4. Untuk Syarikat sila pilih Corporate Banking.
  5. Masukkan Username anda.
  6. Tekan Login.
  7. Masukkan Password anda.
  8. Tekan Login.
  9. Sila pilih Tabung Haji.
  10. Pilih menu Account Linkage.
  11. Tekan butang Next.
  12. Sila masukkan Nombor Akaun Tabung Haji anda.
  13. Tekan Submit.
  14. Tekan butang Request TAC. Masukkan kod TAC yang diterima di telefon bimbit anda.
  15. Tekan Confirm.
  16. Sekarang akaun Tabung Haji anda sudah berdaftar di iRakyat.
  17. Untuk buat semakan baki akaun TH anda, sila ke Personal Banking.
  18. Pilih Tabung Haji.
  19. Sekarang akaun anda telah wujud di paparan.
  20. Anda boleh membuat semakan baki akaun TH hanya menerusi iRakyat.
  21. Selesai.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat kepada pengguna Cimbclicks, Maybank2u, Bank Islam dan iRakyat.

 

 

Leave a Comment