DAFTAR AKAUN BPR 2021 ONLINE : CARA BUAT PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT MYBPR

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

DAFTAR AKAUN BPR 2021 ONLINE : CARA BUAT PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT MYBPR

Untuk pengetahuan anda, sebelum wujudnya Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ia dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Penjenamaan kepada BPR adalah untuk memastikan bantuan ini lebih berkesan dan dapat mengurangkan bebanan rakyat yang telah terjejas terus tambahan di waktu atau musim pandemik Covid19 ini.

Permohonan baru BPR ini di buka pada 15 Januari 2021. Dan sekarang jika anda ingin membuat permohonan baru anda dikehendaki untuk memohon di MyBPR. MyBPR adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan BPR 2021 untuk tujuan kemaskini permohonan, semakan status permohonan, cetakan permohonan, peti mel dan maklum balas.

Baca juga : Cara Semak Kelulusan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Untuk B40

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Pemohon BPR 2021 perlulah memenuhi kelayakan mengikut kategori seperti berikut :

ISI RUMAHBUJANG
Pemohon

1. Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja.

2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Pemohon

1. Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja.

2. Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.

3. Lelaki atau wanita yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU.
Pasangan

1. Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/MyKAS) atau

2. Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/MyKAS)
Anak (jika mempunyai anak)

1. Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja.

2. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/ MyKid) sahaja dan Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan dan Had umur adalah 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta.

Di bawah ini adalah cara untuk pendaftaran online akaun BPR untuk tahun 2021. Sila ikuti langkah yang telah di sediakan.

CARA DAFTAR AKAUN BPR 2021 ONLINE

Berikut adalah panduan untuk pendaftaran baru MyBPR :

  1. SILA KLIK MENU MYBPR DI BAWAH

    Masuk ke pautan rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/account/Login.aspx

  2. SILA MASUKKAN NOMBOR KAD PENGENALAN ANDA

  3. JAWAB 2 SOALAN KESELAMATAN DI BAHAGIAN MAKLUMAT KESELAMATAN

    Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BPR 2021. Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan.

  4. PROSES PENDAFTARAN ANDA BERJAYA SETELAH MENJAWAB 2 SOALAN KESELAMATAN TADI

  5. MASUKKAN KATA KUNCI KESELAMATAN YANG MUDAH UNTUK DIINGATI

    Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan. Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBPR.

  6. SILA JAWAB 5 SOALAN YANG DISEDIAKAN

    Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan. Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan.

  7. PENGESAHAN SOALAN DAN JAWAPAN YANG TELAH DIPILIH AKAN DIPAPARKAN DAN SEMAK

  8. KLIK BUTANG TERUSKAN

  9. DAFTAR KATA LALUAN/PASSWORD ANDA

  10. SAHKAN SEKALI LAGI KATA LALUAN/PASSWORD ANDA

  11. TEKAN DAFTAR

  12. ANDA AKAN MENDAPAT PAPARAN MESEJ PENDAFTARAN BERJAYA

    Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”.

  13. SILA LOG MASUK KE MYBPR UNTUK SEMAKAN ATAU KEMASKINI

Baca juga : Cara Semak dan Tarikh Kelulusan Bantuan Khas Covic19 (BKC) Untuk Penerima BPR

SOALAN LAZIM

Adakah semua penerima e-bantuan JKM tidak perlu mendaftar BPR 2021?

Penerima e-bantuan yang berdaftar dengan e-bantuan JKM sebelum atau pada bulan November 2020 tidak perlu mendaftar bagi permohonan BPR 2021.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat Permohonan BPR 2021?

Anda boleh membuat permohonan melalui online dengan ikuti sahaja panduan yang disediakan di dalam artikel ini. Anda juga boleh memohon menerusi borang yang boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi BPR LHDNM atau Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Jika saya tidak mempunyai maklumat akaun bank, bagaimanakah saya perlu menghantar Permohonan BPR 2021?

Anda boleh menghantar permohonan BPR 2021 dengan mengemukakan Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) ke Cawangan LHDNM berhampiran.

41 thoughts on “DAFTAR AKAUN BPR 2021 ONLINE : CARA BUAT PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT MYBPR”

  1. Nak buat permohonan tpi TAK BOLEH
    dah Klik Log Masuk
    dah Masukkan no IC (lepas tu nanti ada pop up keluar kata takde rekod, kena Daftar Akaun)
    lpas Klik Daftar Akaun, tulis situ TIADA REKOD PERMOHONAN
    MACAM MANA TU ??

    Reply
  2. Saye dh daftar akaun 28/6/2021 sampai sekarang tak ada info apa2 saye try check pun tak ada saye tahun ni 21 member saye dah dpt…. tarikh lahir dia 9hari bulan saye 3hari bulan..tpi dia dpt dlu..ptut saye pun dapat cuma saye kurang tahu link2 bantuan kerajaan ni

    Reply
  3. Saya tk ingt paswod..dh cba banyak kli tkar ktalaluan dan buat ktalaluan baru teap juga tk dapat sya dh cuba brpuluh kli tetap juga tk berjaya.macam mana nak buat

    Reply
  4. Saya ibu tunggal dan BPR saya tidak lulus,alasan tidak lulus sebab tiada bukti cerai.Saya ada mohon BPN dan lulus. Dari BPN ke BPR bukan auto dapat ke,atau perlu kemas kini? Harap dapat makluman dari pihak berwajib TERIMA KASIH.

    Reply
  5. Saya punya rayuan bpr tidak Di Lulus so MCM mana bpn 2.0 boleh dapat duit bantuan Bpn 2.0 Sekarang Baru punya kerajaan Mari Sekarang bpr saya tidak Lulus so Kita mau makan anak saya Baru 1 tahun

    Reply

Leave a Comment