FAQ BKC : CARA SEMAK DAN CARA DAFTAR BANTUAN KHAS COVID19 SEPTEMBER 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

FAQ BKC : CARA SEMAK DAN CARA DAFTAR BANTUAN KHAS COVID19 SEPTEMBER 2021

Untuk makluman anda, Bantuan Khas Covid19 boleh mula disemak bermula pada 6 September 2021. Hal ini berikutan daripada pengumuman yang dibuat daripada Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul yang telah mempercepatkan proses pembayaran BKC ini.

Anda semua boleh mula menyemak status permohonan dan kelayakan menerusi portal khas yang disediakan. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu masyarakat supaya dapat meringankan bebanan akibat daripada pandemik Covid19 yang telah melanda di seluruh Malaysia.

BKC HASIL COM MY : BORANG ONLINE PENDAFTARAN DAN SEMAKAN BANTUAN KHAS COVID19

SOALAN LAZIM (FAQ BKC)

Apakah Bantuan Khas Covid19 (BKC)?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Siapakah yang layak menerima BKC?

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM) dengan klasifikasi seperti ini iaitu miskin tegar, B40 dan M40.

Adakah perlu membuat permohonan bantuan BKC ini?

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti ini. Miskin tegar iaitu penerima permohonan BPR 2021 yang didaftar secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih. B40 penerima permohonan BPR 2021 dan M40 percukaian LHDNM.

Bila dan bagaimana semakan boleh dibuat?

Semakan status BKC boleh dibuat mulai 6 September 2021 di Portal Rasmi BKC (https://bkc.hasil.gov.my). Portal rasmi BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021. Untuk panduan lengkap semakan BKC boleh masuk ke artikel ini untuk dapatkan panduan tersebut.

Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin (GKP). Adakah saya layak menerima BKC?

Penerima GKP tidak layak untuk menerima BKC.

Saya tidak memohon BPR 2021, adakah saya akan layak menerima BKC?

Penerima BKC adalah merujuk kepada jawapan bagi soalan 3. Sekiranya tuan tergolong dalam kategori data berkenaan dan menepati syarat, tuan akan menerima BKC.

CARA SEMAKAN BKC

Orang ramai boleh mula membuat semakan menerusi cara semakan BKC seperti di bawah ini :

  1. Layari ke laman web rasmi Semakan BKC di pautan ini : https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?.
  2. Di halaman utama pautan tadi, sila ke Semakan Status.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan Icon Search.
  5. Status Permohonan anda akan dipaparkan
  6. Sama ada Lulus, Tidak Berjaya atau Tiada Dalam Permohonan.
  7. Selesai.

Baca juga : Semakan Bantuan Khas Covid BKC

CARA MOHON BKC 2021

Kepada mereka yang masih lagi membuat permohonan dan tidak tahu cara membuat permohonan boleh lihat penjelasan di bawah ini.

Baca juga : Cara Mohon BKC 2021

Untuk makluman anda, sebenarnya permohonan BKC ini adalah automatik berdasarkan data yang diambil atau direkod daripada permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Jika anda merupakan penerima bantuan BPR dari kategori miskin tegar, B40 dan M40 percukaian LHDN, anda boleh terus membuat semakan tanpa perlu membuat permohonan.

Dan jika anda ingin mencuba untuk membuat permohonan, anda boleh membuat permohonan bantuan BPR kerana kelayakan untuk mendapatkan BKC adalah dari data permohonan BPR. Cara-caranya adalah seperti di bawah ini.

  1. Sila layari laman web rasmi BPR di sini : https://bpr.hasil.gov.my/.
  2. Anda boleh membuat pendaftaran di pautan di atas ini.
  3. Jika portal BPR tersebut masih lagi di buka.

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan pertanyaan, anda boleh hubungi pihak berwajib seperti di bawah.

Sekretariat BPR,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia(MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.

Nombor Hotline BPR/BKC : 1-800-88-2747

Email : bpr@treasury.gov.my.

5 thoughts on “FAQ BKC : CARA SEMAK DAN CARA DAFTAR BANTUAN KHAS COVID19 SEPTEMBER 2021”

Leave a Comment