CARA MOHON BKC 2021 : CARA SEMAK BANTUAN KHAS COVID
Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan berita gembira kepada rakyat Malaysia bahawasanya pembayaran Bantuan Khas Covid (BKC) akan mula disalurkan kepada penerima bermula 6 September 2021.
Pengumuman ini membuatkan rakyat merasa lega akibat daripada persoalan sama ada bantuan ini akan diteruskan atau pun tidak disebabkan peralihan kuasa Perdana Menteri yang baru.
Kepada mereka yang masih lagi tidak tahu bahawasanya sebelum ini di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yasin telah melancarkan bantuan ini. Dan sekarang Datuk Seri Ismail Sabri telah pun meluluskan pemberian bantuan ini.
Untuk anda yang masih lagi belum memohon ataupun tidak tahu cara untuk dapatkan bantuan ini boleh lihat di bawah ini pihak kami telah kongsikan kepada anda.
Baca juga : Cara Semak Baki LPPSA
CARA MOHON BKC 2021
Untuk makluman anda, cara mohon BKC 2021 sebenarnya dibuat secara automatik berdasarkan data bantuan yang diterima sebelum ini. Anda boleh lihat kategori di bawah ini sama ada anda termasuk di dalam penerima bantuan tersebut dan anda akan layak secara automatik jika anda tergolong dalam senarai kategori ini.
KATEGORI YANG LAYAK MOHON BKC 2021
Di bawah ini pihak kami kongsikan senarai kategori yang akan layak dapat bantuan ini berdasarkan rekod bantuan yang pernah di terima oleh setiap kategori.
- Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang di kategori sebagai Miskin Tegar akan mendapat bantuan ini secara automatik berdasarkan data yang telah direkodkan.
- Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) yang di dalam kategori B40 juga akan mendapatkan kelayakan secara automatik berdasarkan data yang telah direkodkan sebelum ini.
- Untuk M40 yang berdaftar Percukaian (LHDNM) dengan pihak LHDN akan juga menerima bantuan ini berdasarkan rekod.
CARA MOHON BKC 2021 JIKA TIDAK PERNAH DAFTAR BPR
Jika anda daripada 3 kategori di atas tetapi tidak pernah memohon bantuan BPR atau BPN, sila ke laman web di pautan ini untuk pendaftaran bantuan BPR : https://bpr.hasil.gov.my/. Apabila anda layak menerima bantuan daripada bantuan BPR, anda secara automatik akan mendapat bantuan BKC ini. Maklumat ini berdasarkan apa yang dinyatakan di dalam laman web tersebut.
JUMLAH BAYARAN BKC
Untuk jumlah bayaran bantuan ini akan disalurkan berdasarkan kategori yang dinyatakan di bawah.
ISI RUMAH MISKIN TEGAR
- Untuk Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan September, 500 ringgit pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
BUJANG MISKIN TEGAR
- Bagi Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September dan RM300 pada bulan November
ISI RUMAH B40
- Dan Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 ringgit pada bulan September dan RM300 ringgit pada bulan Disember.
BUJANG B40
- Serta Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September.
ISI RUMAH M40
- Begitu juga, Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan September nanti.
CARA SEMAK BKC
Untuk makluman anda, cara semak BKC adalah seperti berikut :
- Layari lama web rasmi SEMAKAN STATUS BKC di pautan ini : https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
- Tekan butang Search.
- Maklumat Status Lulus atau Tidak akan dipaparkan.
- Selesai.
BKC 2021 TARIKH BAYARAN
BKC 2021 tarikh bayaran adalah bermula pada 6 September 2021 untuk kategori miskin tegar dan 9 September 2021 untuk kateogri M40 Percukaian (LHDNM). Pembayaran BKC ke akaun akan di lakukan secara berperingkat. Anda boleh membuat semakan pembayaran di dalam akaun anda berdasarkan tarikh yang telah dinyatakan di atas. Untuk mereka yang tiada akaun boleh buat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 6 September 2021.
SOALAN LAZIM CARA MOHON BKC 2021
Jika Tuan/Puan adalah penerima bantuan BPR dan juga Percukaian (LHDNM) untuk M40, berdasarkan data yang telah direkodkan anda akan menerima bantuan itu secara automatik layak. Untuk lebih lanjut sila ke artikel ini.
Anda boleh membuat semakan sama ada anda layak menerima bantuan BPR di https://bpr.hasil.gov.my/. Jika ada layak menerima bantuan BPR, untuk bantuan BKC ini akan automatik layak tanpa perlu memohon. Untuk maklumat lanjut sila ke artikel ini.
Untuk maklumat Tuan/Puan tarikh bayaran telah diumumkan bermula pada 6hb 2021 untuk Miskin Tegar dan bermula 9hb 2021 untuk M40. Anda boleh ke artikel ini untuk tahu tarikh bayaran yang lebih tepat bagi memudahkan anda untuk semak kemasukan ke akaun anda.
Memohon daftar bkc bantuan bujang B40
Untuk panduan permohonan boleh rujuk di sini : https://kerajaanonline.com/faq-bkc/
Saya dah mohon bkc tapi kenapa kerajaan tak luluskan,dengan syarat yang kerajaan tetapkan memang saya layak dapat.saya tak bekerja&saya harap kerajaan dapat pertimbangkan rayuan saya
Mohoh daftar bkc bujang B40 kerana tiada rekod.tolong check rekod permohonan terdahulu.trima kasih.