LPPSA SEMAK BAKI : CHECK PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN ONLINE DAN SMS
Untuk makluman, jika anda adalah penjawat awam yang mempunyai pinjaman dengan Lembaga Pembiayaan Pinjaman Sektor Awam, anda boleh check baki pinjaman perumahan anda secara online dan juga melalui SMS.
Caranya mudah sahaja. Portal online dan SMS diperkenalkan untuk memudahkan para peminjam LPPSA lihat baki loan rumah mereka dengan mudah dan cepat.
Baca juga : Semakan PSU 4.0
LPPSA SEMAK BAKI
LPPSA Semak Baki adalah tempat untuk check balance loan yang dibuat oleh peminjam LPPSA. Semakan boleh dibuat menerusi online atau atas talian dan juga menerusi SMS. Panduan lengkap adalah seperti di bawah.
LPPSA SEMAK BAKI ONLINE
Panduan Lengkap Cara Semakan Baki Pinjaman LPPSA untuk Penjawat Awam.
- Sila layari laman web rasmi Check Baki LPPSA di pautan ini : https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/index.php?menu=HOMESC.
- Untuk Pengguna Kali Pertama, sila tekan “Daftar di sini”. Jika anda sudah berdaftar sila ke Langkah Nombor 14 untuk teruskan Check Balance Loan anda.
- Sila Daftar Akaun untuk teruskan.
- Masukkan Nama Penuh anda.
- Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tarikh Lahir anda.
- Nombor Telefon Bimbit anda.
- Alamat Emel anda.
- Untuk Butiran Masuk, sila cipta Kata Laluan/Password anda.
- Pengesahan Kata Laluan/Password (Tulis sekali lagi).
- Tick Kotak Terma dan Syarat.
- Tekan Daftar.
- Pendaftaran Kali Pertama anda sudah berjaya.
- Sekarang anda perlu login masuk ke laman web langkah 1 tadi untuk teruskan Semakan Baki Pinjaman anda.
- Sila masukkan ID Pengguna anda.
- Kemudian, masukkan Kata Laluan/Password anda.
- Tekan “Log Masuk”.
- Untuk Login Pertama Kali anda dikehendaki membuat Kemaskini maklumat yang diminta terlebih dahulu.
- Jika anda sudah membuat kemaskini, sila lihat di Menu Utama anda.
- Lihat di Inkuiri Status.
- Pilih dan Klik Status Baki Pembiayaan.
- Paparan akan menunjukkan Baki Pinjaman anda di bahagian ini.
- Selesai.
Baca juga cara Mohon Kemasukan Ke MRSM 2022 untuk anak anda.
CHECK BALANCE LPPSA SMS
Di bawah ini adalah Panduan Lengkap untuk anda check balance loan LPPSA melalui SMS.
LPPSA<JARAK>BAKI<JARAK>No Kad Pengenalan
Contoh : LPPSA BAKI 770311556854
Selepas itu hantar mesej atau SMS tersebut ke 15888.
CHECK STATUS PINJAMAN PERUMAHAN LPPSA SMS
Untuk check status pinjaman perumahan LPPSA SMS boleh menggunakan format seperti di bawah ini :
LPPSA<JARAK>STATUS<JARAK>No Kad Pengenalan
Kemudian hantar mesej atau SMS tersebut ke 15888.
Contoh : LPPSA STATUS 770311556854
Untuk makluman, Caj penghantaran SMS ini iaitu RM0.15 untuk caj penerimaan RM0.20, perkhidmatan ini tersedia bagi Maxis, Celcom, Digi, U Mobile dan Tune Talk.
Tuan/Puan boleh membuat semakan menerusi online di pautan lms.lppsa.gov.my. Dan juga boleh membuat semakan menerusi SMS. Untuk panduan lengkap cara semak menerusi SMS dan Online boleh ke artikel ini dan ikuti langkah yang disediakan.
Tuan/Puan boleh check menerusi SMS yang di hantar mengikut format ini. LPPSA<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan. Untuk panduan lengkap sila ke artikel.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang masalah dan pertanyaan, anda boleh hubungi pihak di bawah ini.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan,
Persiaran Perdana,
Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya.
Laman web : http://www.lppsa.gov.my/v2/.
Hotline LPPSA : 03 – 8880 1600