CARA UPDATE MYSEJAHTERA TERBARU 2021 (FUNGSI CHECK OUT DAN FULLY/PARTIALLY VACCINE)
Baca juga : Cara Guna Covid Test Kit/Kit Ujian Kendiri
Menteri Kesihatan, Khairi Jamaluddin telah mengumumkan bahawa aplikasi MySejahtera telah dikemaskini fungsi tambahan yang baru untuk membantu serta memudahkan masyarakat menyemak status.
Untuk makluman, MySejahtera kini digunakan secara meluas dalam penjejakkan kontak, selain menyimpan sijil vaksin. Orang ramai juga perlu menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas kod QR untuk daftar masuk di satu lokasi sebelum dibenarkan masuk.
Terbaru, melalui kemaskini aplikasi MySejahtera yang mula diperkenalkan, ia turut menambah sebuah butang “Check-Out” iaitu daftar keluar. Apabila meninggalkan sesuatu lokasi atau premis, pengguna hanya perlu tekan butang “Check-Out”.
Melalui fungsi tambahan ini dijangka akan dapat menambah baik proses penjejakkan kontak, selain mengetahui sehingga waktu bila seseorang itu berada di lokasi berkenaan. Kemaskini sama juga turut membawakan sokongan paparan status vaksin dan risiko yang lebih jelas berbanding sebelum ini.
Baca juga : Cara Nak Tukar Nombor Telefon Di MySejahtera
CARA BACA STATUS RISIKO COVID-19 DI MYSEJAHTERA
LOW RISK BERWARNA BIRU | HIGH RISK BERWARNA MERAH |
Status Risiko Anda Rendah | Status Risiko Anda Tinggi (Sama ada anda salah seorang yang dijangkiti atau kontak rapat) |
BEZA WARNA SIJIL DIGITAL MYSEJAHTERA
PUTIH | JINGGA |
Anda masih lagi belum lengkap Dos dan masih lagi tidak cukup tarikh matang kebiasaannya 14 hari selepas Dos ke 2 untuk vaksin jenis Pfizer dan Sinovac. | Anda sudah menerima 2 Dos Dan Tarikh Sudah Matang. |
BEZA STATUS VAKSINASI MYSEJAHTERA
PARTIALLY VACCINATED | FULLY VACCINATED |
Telah menerima sekurang-kurangnya 1 Dos dan Sudah menerima 2 Dos tetapi masih tidak cukup tarikh matang iaitu 14 hari untuk penerima vaksin Sinovac dan Pfizer. | Sudah menerima 2 Dos dan Tarikh Sudah Matang. Anda sudah boleh menikmati kemudahan yang diberikan kepada penerima 2 Dos dan capai Tarikh Matang. |
CARA UPDATE MYSEJAHTERA TERBARU 2021
Panduan Lengkap Cara Update MySejahtera Terbaru 2021 Yang Diumumkan Oleh YB KJ.
- Buka Aplikasi MySejahtera anda di telefon bimbit.
- Tekan CLOSE sebelah atas kanan anda.
- Pergi laman Check In.
- Sila lihat sama ada paparan Check In anda masih sama seperti sebelum ini atau sudah berubah. Rujuk gambar di bawah ini.
- Jika masih lagi belum bertukar seperti gambar di atas, sila ke PLAYSTORE (Pengguna Android) Atau APP STORE (Pengguna IOS) di telefon anda untuk UPDATE.
- Taip MySejahtera, dan tekan UPDATE. Jika masih lagi tidak keluar butang UPDATE dan hanya Open sila tunggu atau cuba check in di QR Code di mana-mana dan tunggu nanti akan keluar butang Update di PLAYSTORE DAN APPSTORE.
- Jika selesai update, buka aplikasi MySejahtera anda dan lihat fungsi tambahan sudah berjaya di update.
- Anda boleh Semak Status terbaru Sijil Vaksinasi dan Status Vaksinasi anda di ruangan Profile bawah sebelah kanan anda.
- Di halaman Profile anda boleh lihat perbezaan warna Sijil anda dan Status Vaksinasi. Sama ada berwarna Putih atau warna Jingga dan sama ada status Partially Vaccinated atau Fully Vaccinated.
- Untuk fungsi terbaru ini juga anda akan nampak perbezaan di bahagian Check In. Di sini selepas anda Check In di mana-mana akan keluar fungsi Check Out. Anda boleh tekan Check Out jika sudah selesai urusan di tempat yang anda Check In.
- Selesai. Mudah kan.
Anda boleh lihat video di bawah ini untuk lebih jelas lagi fungsi terbaru di MySejahtera ini.
Tuan/Puan boleh semak dahulu sama ada MySejahtera anda sudah diupdate automatik atau perlu buat manual. Jika masih lagi sama, anda boleh ke artikel ini untuk panduan lengkap cara untuk update fungsi terbaru yang diumumkan YB KJ ini.
Tiada masalah kerana apabila anda check in di tempat lain akan automatik check out di tempat sebelum ini.
Wajib. Ini kerana status Sijil Digital vaksinasi anda akan ditunjukkan berdasarkan warna yang berlainan. Jadi jika anda masih lagi belum lengkap 2 dos atau masih lagi belum sampai tempoh matang 14 hari status warna Sijil Vaksinasi anda akan berwarna putih. Mereka yang Sijil Vaksinasi berwarna Jingga sahaja yang sudah lengkap dos dan capai tarikh matang.