CARA GUNA COVID TEST KIT DAN SENARAI KIT UJIAN KENDIRI SALIVA DAN NASAL SWAB LULUS MDA

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA GUNA COVID TEST KIT DAN SENARAI KIT UJIAN KENDIRI SALIVA DAN NASAL SWAB LULUS MDA

Untuk pengetahuan anda, kerajaan Malaysia telah mengumumkan kepada seluruh rakyat Malaysia, bahawasanya pihak kerajaan telah meluluskan penjualan covid test kit kendiri. Berikutan daripada pengumuman ini, orang ramai boleh mendapatkan kit ujian kendiri ini untuk membuat sendiri ujian Covid19 jika anda mengalami gejala jangkitan. Tidak lagi perlu ke klinik atau hospital untuk swab test. Hanya lakukan di rumah sahaja.

Baca juga : Cara Baca Oximeter

APA ITU COVID TEST KIT

KIT UJIAN KENDIRI COVID19

Covid Test Kit adalah alat atau kit ujian kendiri yang digunakan untuk membuat ujian saringan Covid19 yang dilakukan sendiri oleh individu iaitu yang boleh anda gunakan sendiri untuk diri sendiri ataupun keluarga anda tanpa perlu hadir ke hospital ataupun klinik.

Kit Ujian Kendiri ini membolehkan anda mengesan dengan cepat dan mudah. Covid test kit ini tidak berbahaya dan sangat mesra pengguna. Untuk pengetahuan anda, pastikan anda memiliki test kit yang diluluskan oleh pihak Medical Device Authority Malaysia (MDA) supaya anda tidak tersalah beli yang tiruan.

Di bawah ini adalah dimana anda boleh beli kit ujian kendiri Covid 19.

CARA BELI KIT UJIAN KENDIRI COVID19

Untuk makluman anda, anda boleh beli Covid Test Kit ini di farmasi atau di fasiliti yang berdaftar. Selain itu juga, anda boleh dapatkan melalui MySejahtera. Cara beli Covid Test Kit di MySejahtera seperti di bawah ini.

  1. Sila buka aplikasi MySejahtera anda.
  2. Tekan butang CLOSE di sebelah kanan paling atas.
  3. Di paparan utama MySejahtera, sila tekan COVID-19 SELF TEST (icon pin merah)
  4. Terdapat 4 pilihan yang anda boleh beli.
  5. Sila pilih salah satu.
  6. Tekan pilihan anda, contohnya, Salixium Covid-19 Rapid Antigen Test Kit.
  7. Tekan Purchase Online.
  8. Anda akan dibawa ke laman web https://www.pharma2u.co
  9. Pilih jenis Kit Ujian Kendiri yang mana anda inginkan, kesemuanya berkesan.
  10. Tekan View Product untuk baca detail tentang jenis kit ujian kendiri setiap satu.
  11. Tekan BUY IT NOW jika anda ingin membeli terus.
  12. Pastikan anda membuat pembayaran secara online banking.
  13. Pembayaran anda berjaya dan tunggu kit ujian kendiri covid19 tersebut sampai.
  14. Untuk makluman, permintaan sangat tinggi menyebabkan kebanyakan stok sudah habis. Jadi pastikan anda buat pembelian jika stok masih lagi ada atau available.

Jika anda sudah memiliki kit ujian kendiri Covid19 dan ingin tahu cara guna Covid Test Kit tersebut boleh rujuk perkongsian kami di bawah ini.

CARA GUNA COVID TEST KIT

Jika anda adalah individu yang kontak rapat atau bergejala Covid-19 sila ikuti panduan lengkap di bawah untuk cara guna Covid Test Kit newgene.

  1. Lihat VIDEO LENGKAP KKM CARA GUNA COVID TEST KIT di bawah.

    Video boleh dilihat dibawah panduan ini.

  2. Sila periksa di dalam Covid Test Kit anda mengandungi beberapa alat.

    Antaranya adalah Panduan Pengguna, Bekas Reagen, Corong, Penutup dan Kit Ujian.

  3. Bilas Mulut anda dengan air 30 minit sebelum menjalankan ujian kendiri.

  4. Pastikan anda tidak makan/minum/minum minuman alkohol/merokok sebelum menjalankan ujian.

  5. Buka penutup bekas Reagen.

  6. Cantumkan Corong dengan bekas Reagen.

  7. Ludahkan air liur anda sehingga mencapai 1/4 bekas Reagen.

  8. Jika air liur ada melebihi 1/4 bekas Reagen tidak mengapa tiada masalah.

  9. Keluarkan Corong dari bekas Reagen.

  10. Pasangkan Penutup bekas Reagen tadi.

  11. Tekan Sebanyak 20 kali.

  12. Kemudian, goncangkan 20 kali.

  13. Keluarkan Ujian Kit dari bungkusan.

  14. Sila Titiskan 4 TITISAN dalam Covid Test Kit anda.

  15. Tunggu sehingga 15 Minit.

  16. Bandingkan Keputusan Ujian Kit di dalam Panduan Pengguna.

  17. Sekiranya POSITIF, 2 jalur berwarna akan muncul iaitu 1 warna di garisan kawalan C. Dan 1 lagi di garisan ujian T.

  18. Perhatikan GARIS T dengan teliti.

  19. Jika anda lihat di GARIS T mempunyai sebarang garis SAMAR atau KELIHATAN GARIS JELAS ia menunjukkan anda POSITIF untuk jangkitan COVID-19.

  20. Jika anda positif apa yang anda perlu lakukan? Sila lihat panduan di bawah video jika anda disahkan positif melalui ujian kendiri ini.

Video Cara Guna Ujian Kendiri Covid19

SENARAI KIT UJIAN KENDIRI COVID19 LULUS MDA

Di bawah ini adalah Senarai Kit Ujian Kendiri Covid19 lulus MDA atau dalam english version Covid Test Kit Approved MDA. Untuk pengetahuan anda sumber yang kami perolehi ini adalah dari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Terdapat 2 jenis kit ujian kendiri iaitu salah satunya adalah jenis menggunakan Saliva (Air Liur). Dan satu lagi adalah guna Nasal (Hidung).

  1. BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid)
  2. ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
  3. JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
  4. Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test
  5. Gmate COVID-19 Ag Saliva
  6. Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography)
  7. Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay
  8. Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing)
  9. STANDARD Q COVID-19 Ag Saliva Home Test
  10. ProDetect ™ COVID-19 Antigen Rapid Test (Saliva)
  11. NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit
Apa itu Kit Ujian Kendiri dan apa itu Covid Test Kit?

Kit Ujian Kendiri dan Covid Test Kit adalah alat ujian Covid19 atau Swab Test yang anda boleh gunakan sendiri di rumah untuk melakukan ujian jika anda merupakan kontak rapat atau mempunyai gejala jangkitan Covid19.

Dimana saya boleh beli Kit Ujian Kendiri Covid19 ini?

Jika anda ingin membeli Kit Ujian ini boleh dapatkan di farmasi atau klinik yang berdaftar. Anda juga boleh beli melalui MySejahtera dimana aprroved by atau lulus MDA. Sila masuk ke artikel ini untuk cara beli ujian kendiri Covid19 melalui MySejahtera.

Adakah Kit Ujian Kendiri ini diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?

Ya. Pihak KKM telah membuat pengumuman sesiapa yang ingin mendapatkan Covid Test Kit ini sila pastikan ianya berdaftar dengan MDA iaitu Medical Device Authority. Jika anda nak tahu senarai Kit Ujian Kendiri yang diluluskan oleh MDA atau KKM sila masuk ke artikel ini. Pihak kami sudah senaraikan semua Kit Ujian Kendiri yang mendapatkan kelulusan MDA.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai persoalan atau masalah boleh hubungi pihak berwajib di bawah untuk membantu anda.

Laman web rasmi KKM : https://covid-19.moh.gov.my/

Nombor Hotline KKM Setiap Negeri : https://covid-19.moh.gov.my/hotline

Leave a Comment