TEMUJANJI ONLINE PTPTN : CARA BUAT APPOINTMENT DAN BOOKING SLOT E-JANJITEMU

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

TEMUJANJI ONLINE PTPTN : CARA BUAT APPOINTMENT DAN BOOKING SLOT E-JANJITEMU

Untuk pengetahuan pihak pelanggan PTPTN, jika anda mempunyai sebarang urusan yang dikehendaki ke kaunter atau cawangan, pihak anda dikehendaki membuat tempahan temujanji online PTPTN terlebih dahulu sebelum walk in ke kaunter atau cawangan yang berdekatan.

Tempahan appointment online PTPTN boleh dibuat menerusi laman web rasmi iaitu ejanjitemu.ptptn.gov.my. Anda dikehendaki membuat booking temujanji PTPTN untuk mengurangkan kadar jangkitan semasa pandemik ini serta memudahkan urusan pihak PTPTN dan juga pihak anda.

Pihak anda tidak lagi perlu menunggu waktu yang lama di dalam kaunter sebaliknya dengan adanya e-janjitemu ini akan memudahkan dan mempercepatkan lagi proses urusan anda.

Baca juga : Cara Semak Baki Akaun BSN Secara Online dan SMS

ejanjitemu.ptptn.gov.my

ejanjitemu.ptptn.gov.my adalah laman web untuk anda membuat tempahan secara online dengan menetapkan tarikh dan juga masa yang anda inginkan jika anda mempunyai hasrat untuk berjumpa dengan pegawai PTPTN di kaunter Pejabat PTPTN Negeri atau Cawangan yang berdekatan. Anda dikehendaki membuat tempahan terlebih dahulu menerusi laman web ini sebelum anda hadir ke kaunter PTPTN untuk membuat urusan dan perkhidmatan yang disediakan.

MASA OPERASI KAUNTER TEMUJANJI PTPTN

Unuk pengetahuan anda, masa operasi bagi perkhidmatan kaunter PTPTN adalah bermula pada 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan sebelum anda hadir pastikan anda membuat booking appointment online PTPTN terlebih dahulu dan pastikan anda menetapi tarikh dan masa yang telah anda tetapkan semasa booking.

SENARAI PERKHIDMATAN KAUNTER PTPTN

Berikut adalah senarai jenis perkhidmatan atau urusan yang terdapat di kaunter PTPTN. Sebagai makluman, hanya senarai servis PTPTN di bawah ini sahaja yang disediakan sekarang.

  • Rundingan penstrukturan pinjaman.
  • Pendaftaran penama SSPN.
  • Permohonan penangguhan disebabkan masih belajar.
  • Penghantaran cek potongan gaji majikan/cek bendahari (pinjaman/simpanan).
  • Penghantaran borang pembatalan/ pertukaran alamat/ kemaskini nombor akaun.
  • Tuntutan takaful pinjaman/ SSPN dan pembatalan direct debit.

APPOINTMENT ONLINE PTPTN

Di bawah ini adalah cara booking atau cara tempah slot untuk membuat appointment online PTPTN bagi urusan di kaunter dan juga di cawangan. Sila ikuti panduan lengkap dibawah ini untuk memudahkan anda membuat tempahan temujanji online PTPTN.

Baca juga : Cara Guna Covid Test Kit atau Kit Ujian Kendiri Covid Di Rumah

TEMUJANJI ONLINE PTPTN

Cara buat/Cara booking temujanji online PTPTN adalah seperti di bawah ini :

  1. Sila masuk ke portal rasmi temujanji online PTPTN di sini : https://ejanjitemu.ptptn.gov.my/.

  2. Klik butang warna kuning yang bertulis “Tempah Slot Anda”.

  3. Sila isi Maklumat Janji Temu.

  4. Pilih Negeri yang anda ingin berurusan.

  5. Sila Pilih Cawangan yang anda kehendaki atau berdekatan dengan anda.

  6. Kemudian, pilih Tarikh Janji Temu anda mahukan.

  7. Pilih Sesi yang anda mahukan iaitu Masa yang anda inginkan.

    Jika pilihan menunjukkan Penuh sila pilih masa yang lain.

  8. Tekan Seterusnya.

  9. Isi butiran Peribadi atau Maklumat Diri anda.

  10. Sila masukkan Nama Penuh anda.

  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  12. Nombor Telefon dan Emel anda.

  13. Klik Seterusnya.

  14. Buat Pengesahan semua maklumat yang anda isi adalah benar dan lengkap.

  15. Klik Hantar.

  16. Terpapar Slip Janji Temu PTPTN anda.

  17. Sila Cetak atau Screenshot Slip Booking Slot Temujanji anda tadi untuk ditunjuk semasa hadir di kaunter pada tarikh dan masa yang anda pilih.

  18. Selesai.

Boleh ke saya membuat tempahan temujanji PTPTN di Kelantan tetapi saya kini berada di Perak?

Untuk pengetahuan anda, Slip tempahan e-JanjiTemu tidak boleh digunakan untuk tujuan merentas daerah/negeri. Pejabat PTPTN berhak untuk tidak menerima pelanggan yang hadir dari luar daerah/negeri.

Bagaimana cara buat temujanji online PTPTN?

Caranya adalah anda ke laman web rasmi untuk membuat tempahan temujanji PTPTN iaitu ejanjitemu.ptptn.gov.my. Jika anda masih lagi tidak faham boleh masuk ke artikel ini dan kami sediakan panduan lengkap untuk anda ikuti dengan mudah dan cepat.

Macam mana jika saya tidak hadir selepas membuat tempahan janjitemu PTPTN?

Sekiranya tuan/puan tidak dapat menghadiri janji temu pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, janji temu ini terbatal dan perlu membuat tempahan baru.

Jika saya dari kawasan PKPD, boleh ke saya membuat urusan PTPTN jika saya sudah membuat booking temujanji?

Pelanggan yang telah mempunyai janji temu namun dari kawasan yang sedang dikuatkuasakan PKPD adalah tidak dibenarkan berurusan di PTPTN.

Jika saya tidak dapat hadir semasa hari tempahan janji temu PTPTN, boleh ke saya wakilkan bagi pihak saya?

Untuk makluman tuan/puan, wakil adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

MAKLUMAT LANJUT

Bagi sebarang pertanyaan dan juga persoalan yang berkaitan, pihak anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03 – 2193 3000
Website: www.ptptn.gov.my

1 thought on “TEMUJANJI ONLINE PTPTN : CARA BUAT APPOINTMENT DAN BOOKING SLOT E-JANJITEMU”

Leave a Comment