BUKA AKAUN PERNIAGAAN MAYBANK TANPA INTRODUCER

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BUKA AKAUN PERNIAGAAN MAYBANK TANPA INTRODUCER

Jika anda mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebenarnya anda dikehendaki membuka akaun perniagaan untuk urusan urusniaga serta urusan cukai pendapatan.

Segala transaksi perniagaan yang dijalankan sepatutnya menerusi akaun perniagaan bukannya akaun peribadi anda. Hal ini disebabkan, dengan pengasingan akaun peribadi dan akaun perniagaan akan memudahkan anda memastikan transaksi yang masuk keluar hanya untuk kegunaan perniagaan anda.

Selain itu, jika perniagaan anda mencapai jualan yang melebihi untuk dikenakan cukai pendapatan atau cukai perniagaan, dengan adanya akaun perniagaan ini menyenangkan anda untuk membuat semakan akaun untuk membayar cukai apabila dikenakan. Segala butiran pembelian dan jualan boleh diperolehi melalui statement bank dari akaun perniagaan anda.

Baca juga : CARA SEMAK BAKI LOAN KERETA (PUBLIC BANK/MAYBANK/CIMB/RHB/AMBANK/AFFIN BANK/HONG LEONG BANK)

AKAUN SYARIKAT

Akaun Syarikat adalah akaun yang anda buka di mana-mana bank menggunakan SSM anda. Akaun syarikat digunakan untuk tujuan perniagaan iaitu wang keluar masuk melalui akaun syarikat. Jika akaun peribadi, semasa anda login di akaun anda akan terpapar nama anda. Dan jika untuk akaun syarikat, apabila anda login masuk ke bank anda, akan terpapar nama syarikat anda. Jadi untuk membuka akaun syarikat ini anda semestilah mempunyai SSM yang aktif serta perniagaan yang masih lagi berjalan.

AKAUN SEMASA

Akaun semasa adalah sama juga dengan akaun syarikat dimana hanya panggilan sahaja yang berbeza. Di Malaysia, untuk akaun syarikat juga dipanggil akaun semasa. Jika anda perasan semasa menggunakan ATM di mesin ATM, anda dikehendaki memilih samada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa. Kebiasaan mereka yang tidak memiliki akaun semasa ini akan memilih akaun simpanan. Dan jika anda mempunyai kad ATM akaun semasa, di mesin ATM anda dikehendaki memilih akaun semasa dan andaikata anda tersilap pilih akaun simpanan bank akan tolak balik kad ATM anda.

KELEBIHAN BUKA AKAUN SYARIKAT

Untuk pengetahuan anda, jika anda seorang ahli perniagaan atau peniaga banyak kelebihan yang anda boleh dapat jika mempunyai akaun syarikat. Antaranya adalah seperti di bawah.

  • Membantu peniaga membuat penyata akaun dengan lebih sistematik kerana dapat mengasingkan akaun peribadi dengan akaun syarikat.
  • Menikmai Transaksi tanpa had.
  • Mempunyai kelebihan untuk mendapatkan pinjaman daripada bank
  • Merupakan syarat utama untuk mendapat geran dana daripada kerajaan.
  • Dapat meyakinkan pelabur luar negara atau dalam negara.
  • Syarat utama untuk memperoleh kontrak kerajaan dan swasta.
  • Banyak lagi kelebihan anda boleh bertanya kepada pihak bank masing-masing.

CARA NAK BUKA AKAUN SEMASA MAYBANK

Sebagai makluman kepada anda, sebelum ini jika ingin membuka akaun semasa di Maybank, anda dikehendaki mendapat sokongan daripada introducer. Introducer ini adalah orang yang telah memiliki akaun semasa Maybank. Jadi kebanyakan mereka yang ingin buka akaun semasa di Maybank tergendala dan susah kerana kena mencari inroducer yang boleh memberi sokongan kepada individu yang ingin membuka akaun semasa di Maybank.

Perhatian kepada anda yang ingin membuka akaun semasa Maybank, kini anda TIDAK PERLU INTRODUCER lagi untuk membuka akaun semasa di Maybank. Berita gembira ingin membuatkan ramai pelanggan yang setia bersama Maybank untuk membuat akaun semasa di bank tersebut.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda panduan lengkap cara buka akaun perniagaan maybank tanpa introducer. Sebelum itu, ketahui dahulu syarat buka akaun syarikat maybank.

Baca juga : Cara Daftar SSM Online PKP

SYARAT BUKA AKAUN SYARIKAT MAYBANK TANPA INTRODUCER

Berikut adalah syarat untuk anda buka akaun syarikat di Maybank.

  • Pastikan anda mempunyai salinan SSM.
  • Anda dikehendaki membuat minimum deposit RM1000 selepas permohonan diterima dan anda boleh keluarkan wang tersebut selepas permohonan anda berjaya.
  • Anda mestilah mempunyai cop syarikat.

BUKA AKAUN PERNIAGAAN MAYBANK TANPA INTRODUCER

Di bawah ini adalah cara buka akaun perniagaan Maybank tanpa introducer.

  1. Sila masuk ke laman web rasmi business MAYBANK2U di sini : https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/business/index.page

  2. Di bahagian BUSINESS ini, sila lihat di bawah bahagian OPEN AN ACCOUNT sebelah kiri anda.

  3. Sila pilih SME First Account-i atau SME First Account.

    SME First Account-i adalah untuk akaun islamic.

  4. Tekan SME First Account.

  5. Bahagian ini anda boleh baca untuk lebih faham.

  6. Jika sudah sedia, anda boleh tekan APPLY NOW.

  7. Sila masukkan Jumlah Pekerja anda.

  8. Pilih Jenis Perniagaan anda.

  9. Pilih Tempat Business di daftarkan.

  10. Tekan LET’S BEGIN.

  11. Di paparan ini sila tekan I WANT TO APPLY NOW.

  12. Sila isi semua butiran yang dikehendaki di bahagian SME FIRST ACCOUNT APPLICATION.

  13. Bermula dengan isi maklumat COMPANY DETAILS dan seterusnya.

  14. Tekan SAVE & NEXT.

  15. Lengkap segala maklumat yang dikehendaki dan SUBMIT.

  16. Jika anda sudah selesai SUBMIT ATAU APPLY, anda akan diberikan Nombor Akaun Semasa Maybank.

  17. Anda dikehendaki membuat pengaktifan akaun semasa di cawangan Maybank dalam masa 10 hari. Pembayaran deposit RM1000 dikenakan (boleh dikeluarkan semula) berserta dokumen sokongan yang diminta.

  18. Jika anda tidak membuat pengaktifan akaun perniagaan tadi dari 10 hari permohonan dibuat, akaun perniagaan anda akan di tutup serta merta.

  19. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN BUKA AKAUN PERNIAGAAN MAYBANK TANPA INTRODUCER

Berikut adalah senarai dokumen sokongan untuk anda bawa ke cawangan MAYBANK selepas selesai membuat permohonan buka akaun perniagaan atau akaun semasa.

  • Kad pengenalan atau passport (wajib).
  • Lesen Memandu (sokongan).
  • Bil utiliti (elektrik/air/telefon/sewa rumah atas nama dan alamat anda (sokongan).
  • Letter of employment (sokongan).
Adakah saya perlu mencari INTRODUCER jika ingin membuka akaun syarikat di MAYBANK?

TIDAK PERLU. Sekarang Tuan/Puan boleh buka akaun semasa atau akaun syarikat tanpa introducer. Untuk panduan lengkap boleh lihat dalam artikel ini pihak kami kongsikan kepada anda cara buka akaun syarikat di Maybank tanpa introducer.

Bagaimana cara buka akaun syarikat atau akaun perniagaan secara online?

Tuan/Puan boleh membuat permohonan online melalui laman web Maybank Business. Anda boleh dapatkan link laman web Maybank Business dan toturial daftar online akaun syarikat di dalam artikel ini.

Saya tidak faham kenapa perlu buka akaun syarikat, akaun semasa, akaun perniagaan?

Untuk pengetahuan Tuan/Puan, jika anda menjalankan perniagaan sama ada kecil mahupun besar anda dikehendaki membuka akaun syarikat yang juga dipanggil akaun semasa dan juga dipanggil akaun perniagaan bagi memudahkan membezakan aliran tunai keluar masuk duit perniagaan dan duit peribadi anda.

Leave a Comment