SEMAKAN KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT KPM DAN KKM

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT KPM DAN KKM

Untuk pengetahuan kepada mereka yang bekerja di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuat semakan keputusan kenaikan pangkat kini boleh dibuat menerusi online. Semakan secara online ini adalah untuk memudahkan Guru dan Kakitangan KKM untuk membuat semakan urusan naik pangkat dengan mudah dan cepat. Kerajaan telah memperkenalkan sistem semakan secara dalam talian untuk kegunaan para Guru dan juga Kakitangan KKM.

Untuk makluman, keputusan urusan kenaikan pangkat untuk Guru boleh disemak melalui naikpangkat.moe.gov.my manakala untuk Kakitangan KKM boleh disemak menerusi epangkatbsm.moh.gov.my.

Baca juga : Cara Semak Tarikh Luput Lesen Memandu Online

SEMAKAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT

Semakan urusan kenaikan pangkat adalah perkhidmatan di dalam talian atau online atau dikelai sebagai epangkat yang diperkenalkan kepada para Guru dan juga kakitangan KKM yang ingin membuat semakan kenaikan pangkat mereka. Guru dan kakitangan KKM boleh membuat semakan status urusan kenaikan pangkat mereka menerusi online sahaja dan ketahui keputusan dengan cepat.

Bayar Cukai Taksiran Guna MYMANJUNG untuk penduduk Manjung

SEMAKAN KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT

SEMAKAN KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT GURU KPM

Di bawah ini adalah cara untuk semak keputusan urusan kenaikan pangkat bagi Guru di bawah KPM.

  1. Layari laman web rasmi naikpangkat Guru KPM di sini : https://naikpangkat.moe.gov.my/
  2. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan kosong.
  3. Tekan Semak.
  4. Paparan akan menunjukkan keputusan.
  5. Selesai.

Perhatian :

  • Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
  • Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan Nombor Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
  • Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan.
  • Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang TELAH BERJAYA bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak STATUS SURAT PENYIARAN KENAIKAN PANGKAT DENGAN KETUA JABATAN/BAHAGIAN MASING-MASING SELEPAS 30 HARI BEKERJA dari TARIKH MUAT NAIK DATA.
  • Sebarang masalah semakan secara online bolehlah dialamatkan kepada pihak KPM.

PENGUMUNAN TAMBAHAN

Kepada calon yang tiada di dalam rekod, boleh hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing untuk tujuan semakan status.

SEMAKAN KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT PERKHIDMATAN KKM

Berikut adalah cara untuk semak keputusan kenaikan pangkat bagi Kakitangan KKM.

  1. Layari laman web rasmi epangkatbsm KKM di sini : http://epangkatbsm.moh.gov.my/epangkatbsm/
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan disediakan.
  3. Tekan Semak.
  4. Keputusan anda akan dipaparkan sama ada berjaya atau tidak berjaya.
  5. Selesai.

Nota :

  • Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional (bukan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi).
  • Urusan Pemangkuan, Time-Based dan Kenaikan Pangkat bagi Kumpulan Pelaksana KKM.
  • Surat Penyiaran Rasmi hanya akan diedarkan kepada calon yang BERJAYA dalam urusan pemangkuan, Time-Based dan Kenaikan Pangkat (Pengesahan Kenaikan Pangkat).
Bagaimana cara untuk semak kenaikan pangkat Guru KPM secara online?

Caranya adalah sila masuk ke pautan rasmi naikpangkat.moe.gov.my. Jika tidak jelas, Tuan/Puan boleh masuk ke artikel ini untuk dapatkan pautan rasmi epangkat untuk semakan kenaikan pangkat Tuan/Puan.

Bagaimana cara untuk semak kenaikan pangkat bagi Kakitangan KKM?

Untuk semak keputusan kenaikan pangkat untuk Kakitangan KKM menerusi pautan rasmi semakan epangkatbsm.moh.gov.my. Untuk lebih jelas dan terus buat semakan boleh ke artikel ini dengan segera.

Leave a Comment