SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT : CARA CHECK WTD DAN DAFTAR EGUMIS ISI BORANG ATAS TALIAN
Untuk makluman, anda kini boleh membuat semakan wang yang tidak dituntut seperti yang dihebahkan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Orang ramai boleh membuat semakan menerusi atas talian atau online.
Sebelum itu, jika anda tidak tahu apa itu wang tidak dituntut boleh baca penerangan di bawah ini.
Baca juga : SEMAKAN KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT
APA ITU WANG TIDAK DITUNTUT (WTD)
Wang tidak dituntut atau singkatannya adalah WTD ialah sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya. Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan anda, sehingga 31 Oktober 2019, sebanyak RM10.862 bilion wang yang tidak dituntut diterima oleh pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Menurut Seksyen 13(1) Akta WTD 1965, bayaran WTD hendaklah dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas WTD dan apabila Pegawai WTD berpuas hati bahawa penerima ialah empunya yang berhak. Oleh itu, Individu dan syarikat dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara atas talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat. Untuk membuat semakan boleh dibuat menerusi eGumis.
eGUMIS
eGUMIS adalah Electronic Government Unclaimed Money Information System yang telah dilancarkan bagi memudahkan dan melajukan proses semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) secara atas talian online. WTD yang kena dibayar di sisi undang-undang diklafikasikan kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam tempoh masa tidak kurang dari satu 1 tahun.
Sistem eGUMIS boleh diakses terus di portal rasmi Jabatan Akauantan Negara Malaysia (JANM) bermula suku kedua tahun 2018. Dalam satu sidang media, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun 2018 dengan jumlah 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja.
Jika anda ingin check wang tidak dituntut menerusi eGUMIS boleh ikuti panduan lengkap di bawah ini.
Baca juga : CARA SEMAK BAKI LOAN KERETA
SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT
Untuk makluman anda, di bawah ini adalah panduan lengkap cara untuk anda membuat semakan wang tidak dituntut secara atas talian.
CARA CHECK WTD eGUMIS
- Layari pautan portal rasmi eGUMIS di sini : https://egumis.anm.gov.my/
- Buat pendaftaran pengguna secara atas talian boleh ikuti panduan daftar eGUMIS di bawah ini.
- Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.
- Kemaskini maklumat pengguna.
- Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
- Klik “Cetak”, jika perlu.
Jika anda tidak menerima emel kata laluan selepas pendaftaran pengguna, anda boleh ikuti panduan di bawah.
- Sila masuk ke pautan portal di sini : https://egumis.anm.gov.my/
- Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
- Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
- Kemaskini maklumat pengguna
- Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat.
CARA DAFTAR eGUMIS
Ini merupakan cara isi borang wang tak dituntut online melalui pendaftaran eGUMIS.
- Sila masuk ke pautan borang pendaftaran di sini : https://egumis.anm.gov.my/register/refunduser.
- Paparan menunjukkan Pendaftaran Pengguna.
- Sila isi Nama Penuh anda.
- Pilih Jenis Kad Pengenalan anda.
- Masuk Nombor Kad Pengenalan anda.
- Taip Emel anda.
- Cipta Nama Pengguna atau Username anda untuk tujuan log masuk.
- Cipta Kata Laluan atau Password anda.
- Ulang Kata Laluan atau Password anda tadi.
- Tick SAYA MENGAKUI TELAH MEMBACA,MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN SYARAT DAN TERMA YANG DITETAPKAN.
- Tick Saya Bukan Robot.
- Tekan DAFTAR.
- Anda akan terima email pendaftaran dan password anda.
- Selesai pendaftaran anda boleh login masuk menerusi panduan di bawah.
eGUMIS LOGIN
Jika anda sudah membuat eGUMIS Daftar, sila ikuti panduan ini untuk login masuk ke bahagian semakan WTD.
- Login eGUMIS di sini : https://egumis.anm.gov.my/.
- Masukkan Nama Pengguna yang anda cipta dibahagian pendaftaran.
- Isi Kata Laluan atau Password anda semasa proses daftar.
- Tekan Log Masuk.
- Sekarang anda sudah berjaya login masuk.
- Anda boleh mula membuat semakan berpandukan panduan di atas untuk semak wang anda yang tidak dituntut.
CARA DAPATKAN KATA LALUAN ATAU PASSWORD egumis.anm.gov.my
Jika anda lupa kata laluan atau password di egumis.anm.gov.my anda boleh dapatkan kembali menerusi perkongsian di bawah ini.
- Masuk ke pautan log masuk : https://egumis.anm.gov.my/login.
- Lihat “Lupa Kata Laluan?”.
- Tekan “di sini”.
- Sila masukkan emel anda semasa membuat pendaftaran sebelum ini.
- Tekan Hantar.
- Kata laluan atau password baru akan dihantar ke email anda (Sila semak email anda).
- Lepas itu, anda boleh login kembali.
- Selesai.
Tuan/Puan boleh membuat semakan wang tidak dituntut menerusi portal rasmi eGUMIS. eGUMIS ini adalah laman web khas yang disediakan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk membuat semakan WTD. Tuan/Puan boleh dapatkan panduan lengkap di dalam artikel ini untuk pendaftaran dan semakan WTD.
Individu dan syarikat dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara atas talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat. Cara semakan boleh diikuti di dalam artikel ini.
Bermasud sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya. Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.