PROGRAM SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN : CARA DAFTAR SEMAK DAN TEBUS CELCOM/MAXIS/DIGI/UMOBILE DLL

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PROGRAM SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN : CARA DAFTAR SEMAK DAN TEBUS CELCOM/MAXIS/DIGI/UMOBILE DLL

Sebagai makluman untuk anda, program ini telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 untuk langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.

Menerusi program ini, kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi seperti Maxis,Celcom,U Mobile dan Digi. Digi, Maxis dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, pihak SKMM telah mengumumkan bahawasanya program ini akan disambungkan lagi sehingga tarikh 30 September 2021.

Baca juga : SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT : CARA CHECK WTD DAN DAFTAR EGUMIS ISI BORANG ATAS TALIAN

PROGRAM SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN

Program ini telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal RM1.5 bilion untuk membantu sekitar 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.

Mengambil kira jumlah keluarga B40 yang mempunyai anak, terutamanya yang bersekolah, RM500 juta telah ditambah di bawah pakej bantuan PEMERKASA yang diumumkan Mac lalu, menjadikan nilai program ini RM2.0 bilion. Selain itu, syarikat- syarikat telekomunikasi juga akan menawarkan faedah tambahan terutamanya data tambahan percuma bernilai RM1.5 bilion. Ini menjadikan faedah keseluruhan program ini berjumlah RM3.5 bilion kepada penerima-penerima BPR.

Program Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas (12) syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.

SEMAKAN KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN

Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan Prihatin.

Jika anda penerima yang layak, anda boleh melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini. Pelan komunikasi dan pakej peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh Kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini.

Baca juga: CARA BUKA AKAUN SEMASA/SYARIKAT/PERNIAGAAN MAYBANK TANPA INTRODUCER

NILAI BANTUAN JARINGAN PRIHATIN 2021

Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan, iaitu :

  1. Subsidi pelan data bulanan.
  2. Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.

Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi :

  1. RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  2. RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

Sementara itu, penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi :

  1. RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  2. RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

TARIKH PERMOHONAN

Anda boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi terpilih dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021.

CARA NAK TEBUS PROGRAM SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN RM180/RM300

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara nak tebus.

  1. Semak kelayakan anda melalui laman sesawang Bantuan Prihatin Rakyat di sini : https://bpr.hasil.gov.my/, atau melalui syarikat telekomunikasi.
  2. Jika anda layak sila buat Pendaftaran dengan syarikat komunikasi pilihan anda.
  3. Sila tentukan pilihan anda jika anda layak iaitu pembelian telefon baru atau pembelian data internet bulanan.
  4. Nikmati Data Percuma dengan data tambahan yang ditawarkan.

Di bawah ini adalah senarai syarikat telekomunikasi untuk anda daftar tebus semak.

  1. Digi : https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm
  2. Maxis : https://www.maxis.com.my/en/campaigns/jaringan-prihatin/
  3. Celcom : https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
  4. Unifi : https://unifi.com.my/jaringanprihatin
  5. Tune Talk : https://www.tunetalk.com/my/ms/jaringanprihatin
  6. redONE : https://www.redone.com.my/promotion/jaringan_prihatin
  7. XOX : https://xox.com.my/jaringan-prihatin-bm
  8. YES : https://prihatin.yes.my/
  9. Yoodo : https://www.yoodo.com.my/jaringanprihatin/
  10. Mcalls : https://mcalls.asia/ePrihatin/apply/prihatin-package-index
  11. speakOUT : https://speakout.asia/ePrihatin/apply/prihatin-package-index

Syarikat Komunikasi Utama Yang Terlibat Dalam Program Jaringan Prihatin B40

Anda boleh membuat semakan dan pendaftaran permohonan di syarikat komunikasi di bawah ini.

1. Celcom

SEMAK, DAFTAR DAN TEBUS : Celcom Jaringan Prihatin

2. Maxis

SEMAK, DAFTAR DAN TEBUS : Maxis Jaringan Prihatin

3. UMobile

SEMAK, DAFTAR DAN TEBUS : UMobile Jaringan Prihatin

4. Digi

SEMAK, DAFTAR DAN TEBUS : Digi Jaringan Prihatin

5. Unifi

SEMAK, DAFTAR DAN TEBUS : Unifi Jaringan Prihatin

Saya tidak faham apa sebenarnya Program Subsidi Jaringan Prihatin yang diwar-warkan?

Okey Tuan/Puan. Program Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta 12 syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo. Dengan menawarkan subsidi pelan data bulanan dan subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.

Macam mana kalau saya nak semak adakah saya layak atau tidak untuk dapatkan Jaringan Prihatin?

Untuk makluman, semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan Prihatin. Anda juga boleh membuat semakan menerusi syarikat telekomunikasi pilihan anda. Jika anda masih lagi tidak tahu cara nak semak boleh ke artikel ini untuk panduan lengkap semakan program ini.

Bilakah tarikh tamat akhir pendaftaran Subsidi Jaringan Prihatin ini?

Anda boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi terpilih dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021.

Berapakah jumlah subsidi yang saya akan terima jika saya layak?

Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti atau RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan. Sementara itu, penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti atau RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

Leave a Comment