TUKAR AKAUN DEWASA TABUNG HAJI ELAK AKAUN ANDA DIBEKUKAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

TUKAR AKAUN DEWASA TABUNG HAJI ELAK AKAUN ANDA DIBEKUKAN

Untuk makluman kepada ibu bapa atau penjaga, Tabung Haji sarankan tukar kepada akaun dewasa untuk elak gangguan perkhidmatan.

Pada 26 Ogos 2021, Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan kepada para pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa.

Pengarah Eksekutif Operasi, Mustakim Mohamad berkata, “Hampir 700 ribu pemegang Akaun Kanak-Kanak di TH yang melebihi umur 18 tahun telah dikenal pasti. Bermula 1 Disember 2021, pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya.

Akaun tersebut akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran. Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, akaun tersebut masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform JomPay dan THiJARI.”

Baca juga : Cara Buka Akaun Tabung Haji Online

Sehubungan itu, TH ingin menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas untuk datang bersama anak tersebut ke cawangan TH yang berdekatan bagi menukar status akaun ke Akaun Dewasa agar tidak timbul kesulitan di masa akan datang.

TH mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.

Selain itu, adalah penting supaya para pendeposit memastikan akaun TH masing-masing dan dalam jagaan kekal berstatus aktif, untuk terus menikmati manfaat menyimpan di TH seperti, simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, zakat ditunaikan, patuh syariah, dikecualikan cukai pendapatan dan boleh juga turut serta dalam pelbagai kempen yang dijalankan TH. Pendeposit hanya perlu melakukan hanya satu transaksi simpanan atau pengeluaran bagi memastikan akaun TH anda kekal berstatus aktif.

Kenapa perlu tukar ke akaun dewasa?

Akaun tersebut akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran. Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

Jika anak saya masih belajar di Universiti adakah perlu tukar?

Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan kepada para pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan TH, orang ramai boleh merujuk di laman web rasmi, https://www.tabunghaji.gov.my/ms atau terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919.

Sumber rujukan : Kenyataan Akhbar Tabung Haji

Leave a Comment