Buka Akaun Tabung Haji Online : Cara Daftar Akaun THiJARI

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

Buka Akaun Tabung Haji Online : Cara Daftar Akaun THiJARI

Untuk pengetahuan anda, sekarang pihak Tabung Haji kini menawarkan perkhidmatan Pembukaan Akaun Secara Maya (VAO). Mudah sahaja! Sila ikuti langkah-langkah yang dikongsi untuk membuka akaun TH sekarang. Fikirkan kena tunggu lama di kaunter? Jangan risau, keutamaan nombor giliran akan diberikan dan pihak cawangan TH akan membantu proses pengaktifan akaun pemohon dengan segera.

Pembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) boleh dilakukan melalui pautan dan aplikasi THiJARI. Pendeposit hanya perlu melengkapkan butiran secara dalam talian online. Kemudian anda boleh hadir ke mana-mana cawangan TH yang terdekat dengan membawa Kad Pengenalan dan amaun deposit permulaan bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan dengan diberi keutamaan layanan hanya sekejap sahaja.

Baca juga : Cara Memohon Moratorium Public Bank, Maybank, CIMB, Bank Rakyat DLL 2021

Panduan Buka Akaun Tabung Haji Online Atau Cara Daftar Akaun THiJARI

Caranya adalah seperti di bawah :

buka akaun tabung haji online

  1. Layari laman web : https://www.thijari.com.my/
  2. Klik pada ‘Tiada akaun TH? Buka Sekarang’ di bawah butang Daftar.
  3. Isikan maklumat anda di semua ruangan yang disediakan.
  4. Setelah selesai mengisi semua maklumat, taip semula kod pengesahan di ruangan yang disediakan.
  5. Tekan butang ‘Berikutnya’
  6. Hadir ke kaunter TH berhampiran untuk pengaktifan akaun.
  7. Anda akan mendapat keutamaan layanan di kaunter dengan masa singkat seminit sahaja (ini disahkan dari pihak TH sendiri.
  8. Berjaya

Soalan Lazim Cara Nak Buka Akaun

Dokumen apakah yang perlu dibawa sebelum buka akaun?

Kad Pengenalan dan Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid dan salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pengaktifan Akaun Kanak-kanak.

Berapa jumlah minimum deposit Tabung Haji?

Wang deposit sekurang-kurangnya RM10 untuk pembukaan akaun TH.

Adakah perlu buat temujanji untuk daftar akaun online?

Tidak. Anda hanya perlu daftar secara online di rumah hanya ikut sahaja langkah yang dikongsi di atas.

Jika menggunakan THiJARI adakah boleh buat semakan simpanan dan baki akaun?

Boleh. Semua transaksi mempunyai rekod di dalam pautan online.

Adakah perlu hadir ke cawangan TH jika buka akaun secara online?

Ya. Kerana anda dikehendaki sahkan biometrik dan dokumen pengenalan. Jangan risau layanan istimewa untuk anda yang dijamin hanya seminit sahaja untuk selesaikan. (Boleh rujuk gambar yang di kongsi oleh pihak Tabung Haji).

 

Leave a Comment