Cara Memohon Moratorium Public Bank, Maybank, CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam, Ambank, BSN, Hong Leong, Agrobank, RHB, HSBS dan Alliance Bank. Selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, semua kumpulan B40; M40 dan T20; perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro boleh memohon moratorium selama enam bulan.
Baca Juga : CARA MOHON MORATORIUM MAYBANK PINJAMAN KERETA
Cara Memohon Moratorium Terkini 2021
Berikut merupakan panduan terkini bagi setiap bank di Malaysia :
Sila klik pilihan di bawah :
Anda juga boleh menonton video rujukan permohonan moratorium di bawah :
Bilakah permohonan moratorium 2021 dibuka?
Permohonan ini dibuka bermula 7 Julai 2021
Siapakah yang layak memohon moratorium?
Semua pelanggan individu dengan pinjaman atau pembiayaan konvensional dan Islamik layak untuk memohon moratorium.
Nota:
- Termasuk pinjaman atau pembiayaan dalam denominasi Ringgit Malaysia dan mata wang asing yang diluluskan pada atau sebelum 30 Jun 2021
- Pinjaman atau pembiayaan tidak boleh tertunggak lebih dari 90 hari
- Pelanggan tidak boleh diisytihar muflis atau dalam prosiding muflis
Semua perusahaan mikro dan pelanggan PKS dengan pinjaman pembiayaan konvensional dan Islamik yang menghadapi kesulitan akibat pandemik layak untuk memohon moratorium dengan pendapatan kurang dari RM300,000 atau kurang daripada 5 orang pekerja.
Nota:
- Termasuk pinjaman atau pembiayaan dalam denominasi Ringgit Malaysia dan mata wang asing yang diluluskan pada atau sebelum 30 Jun 2021
- Pinjaman atau pembiayaan tidak boleh tertunggak lebih dari 90 hari
- Pelanggan tidak boleh diisytiharkan sebagai digulungkan atau muflis atau dalam prosiding penggulungan atau muflis