Moratorium MAYBANK Pinjaman Kereta : Cara Sambung Moratorium MAYBANK 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

Moratorium MAYBANK Pinjaman Kereta : Cara Sambung Moratorium MAYBANK 2021

Permohonan Moratorium MAYBANK bagi pakej pemulih mula dibuka pada 7 Julai 2021. Pakej Moratorium kali ini akan memberikan kemudahan pelepasan pinjaman sehingga 6 bulan. Moratorium ini akan memberikan banyak kelegaan buat peminjam tidak kiralah peminjam perumahan, kenderaan mahupun perniagaan. Ianya juga boleh dipohon oleh semua lapisan msayrakat termasuklah B40, M40 dan T20. Di sini kami senaraikan pautan setiap bank untuk anda membuat permohonan secara online.

Baca juga : Cara Mohon Moratorium Public Bank Pinjaman Kereta/Hire Purchase

Cara Mohon Moratorium MAYBANK Pinjaman Kereta

moratorium maybank pinjaman kereta

Cara sambung moratorium MAYBANK adalah :

  1. Masuk ke portal permohonan : Maybank’s Covid-19 Financial Relief Scheme
  2. Pilih pilihan (Repayment Assistance Plan for Individual Customers (under Pemulih)
  3. Login masuk
  4. Pilih pilihan Hire Purchase Loan/Financing-i
  5. Pilih pilihan sama ada 6 bulan moratorium atau 50% potongan bulanan selama 6 bulan
  6. Tick semua agreement yang diberikan
  7. Submit
  8. Tunggu SMS atau Email dari pihak MAYBANK untuk mengetahui permohonan anda lulus atau tidak

Soalan Lazim Lanjutan Moratorium Maybank

Apakah Bantuan Bayaran Balik Pinjaman (RA) yang ditawarkan oleh Maybank sejajar
dengan pakej Pemulih?

Sejajar dengan pakej Pemulih, Maybank menawarkan pelan RA Pemulih
untuk pelanggan kami yang mengalami kesulitan akibat pandemik seperti
berikut:

Pilihan 1 :

Moratorium ansuran bulanan selama 6 bulan

Pilihan 2:

Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan
Tertakluk kepada:

  • Pinjaman / Pembiayaan Gadai Janji
  • Pinjaman / Pembiayaan Peribadi
  • Pinjaman / Pembiayaan ASB
  • Pinjaman / Pembiayaan Pendidikan
  • Pinjaman / Pembiayaan Sewa Beli
  • Overdraf / Cashline-i (Pilihan 1 sahaja)

Sila hubungi kami jika anda ingin mengetahui lebih lanjut pelan RA lain
yang mungkin lebih menepati keadaan/situasi kewangan anda.

Nota :
Bagi Pinjaman / Pembiayaan Sewa Beli, pelanggan akan ditawarkan jadual
pembayaran yang disemak semula selaras dengan peruntukan Akta Sewa
Beli 1967.

Siapakah yang layak memohon moratorium/RA?

Semua pelanggan individu dengan pinjaman / pembiayaan konvensional &
Islamik layak untuk memohon moratorium / RA.

Nota:

  1. Termasuk pinjaman / pembiayaan dalam denominasi Ringgit Malaysia dan mata wang asing yang diluluskan pada atau sebelum 30
    Jun 2021
  2. Pinjaman / pembiayaan tidak boleh tertunggak lebih dari 90 hari
  3. Pelanggan tidak boleh diisytihar muflis atau dalam prosiding
    muflis

Adakah saya perlu memohon untuk mendapat moratorium/RA?

Ya, anda perlu membuat permohonan selaras dengan pengumuman pakej
Pemulih.

Bilakah saya boleh memohon moratorium/RA?

Anda boleh membuat permohonan mulai 7 Julai 2021.

Sumber artikel dan rujukan : ANNOUNCEMENT MAYBANK

 

Leave a Comment