Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online Dengan Penambahan Had Pengeluaran RM1000

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online Dengan Cepat

Mungkin ramai di antara kita masih belum mengetahui bahawa bermula pada 20 April 2020, pemegang unit ASB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online.

Dahulu punya cara memang legend. Bawa buku pelaburan ke mana-mana cawangan yang berdekatan. Jikalau hilang buku pelaburan lagi parah. Perlu mohon semula, tunggu giliran jangan cakaplah cukup main lama lagi.

cara keluarkan duit asb

Untuk makluman, pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan kenaikan had pengeluaran ASB online daripada RM500 kepada RM1000 sebulan.

Baca Juga : CARA MOHON MORATORIUM PUBLIC BANK JULAI 2021: (LINK FORM CARA MOHON UNTUK PINJAMAN KERETA)

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Di bawah adalah cara untuk buat keluarkan ASB secara online:

  1. Klik laman web rasmi www.myasnb.com.my
  2. Ada dua pilihan bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan English
  3. Pilih BM iaitu Bahasa Melayu
  4. Klik Log Masuk di bahagian kanan atas
  5. Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna
  6. Klik Teruskan
  7. Akan keluar satu frasa keselamatan. Jika ini bukan frasa keselamatan yang anda pilih, jangan teruskan urusniaga. Klik Tidak.
  8. Jika ini ialah frasa keselamatan yang anda piliah, klik Ya.
  9. Masukkan Kata Laluan
  10. Klik menu Portfolio
    Akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang anda langgan
  11. Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera, ada butang Transaksi
  12. Klik butang Transaksi
  13. Pilih Jualan Balik
  14. Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
  15. Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum
    sebelum meneruskan transaksi.
  16. Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan
  17. Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua
    notis dalam semua perkara di atas.
  18. Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
  19. Maklumat ini akan terpapar secara automatik:
  20. Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
  21. Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat
  22. Akan keluar satu popup yang menatakan Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun
    bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  23. Jika bersetuju, klik Teruskan
  24. Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
  25. Klik Permintaan TAC
  26. Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang
    didaftarkan
  27. Klik Seterusnya
  28. Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya
  29. Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah masuk

Anda sebagai pemegang unit boleh keluarkan duit ASB secara percuma.

Semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna myASNB, tidak boleh menggunakan perkhidmatan
ini. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu di portal myASNB di
www.myASNB.com.my.

Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat
demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

SOALAN LAZIM ASB ONLINE

Berapakah had maksimum pengeluaran duit ASB online yang dibenarkan?

Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalah RM500 sebulan

Berapakah had minimum pengeluaran duit ASB online yang dibenarkan?

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.

Apakah jenis unit amanah ASNB yang dibenarkan?

Berikut adalah akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi. Semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuiali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2

Berapa jumlah transaksi yang dibenarkan setiap bulan?

Jumlah transaksi dibenarkan hanyalah sebanyak 3 kali sebulan.

Berapakah caj perkhidmatan yang dikenakan?

Anda sebagai pemegang untuk boleh keluarkan duit ASNB secara percuma

 

Leave a Reply