PORTAL RASMI BKP HASIL GOV MY : CARA MOHON DAN SEMAK STATUS BANTUAN KEHILANGAN PEKERJAAN RM500 MELALUI ONLINE 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PORTAL RASMI BKP HASIL GOV MY : CARA MOHON DAN SEMAK STATUS BANTUAN KEHILANGAN PEKERJAAN RM500 MELALUI ONLINE 2021

Untuk makluman anda, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa pemberian bantuan khas kepada mereka yang kehilangan pekerjaan menerusi Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) mulai 26 Oktober 2021.

Anda boleh mula membuat semakan status atau cek status lulus atau tidak. Mereka yang layak akan menerima sebanyak RM500 secara one off dimana wang tersebut akan dikredit masuk ke akaun penerima yang lulus secara beperingkat bagi mereka yang mempunyai akaun. Dan untuk mereka yang tidak mempunyai akaun boleh ke BSN dan membuat penunaian di sana.

Dianggarkan lebih 800 000 yang akan menerima manfaat daripada bantuan BKP ini.

Baca juga : Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online Tanpa Ke Pejabat Pos atau Bank

BKP HASIL GOV MY

BKP HASIL GOV MY merupakan pautan yang dilancarkan oleh kerajaan menerusi LHDN untuk membuat semakan status mengenai Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP). Portal ini memudahkan orang ramai untuk check status kelulusan BKP mereka sama ada telah lulus atau tidak berjaya.

APA ITU BANTUAN KEHILANGAN PEKERJAAN (BKP)

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah bantuan tunai yang disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.

CARA MOHON BANTUAN KEHILANGAN PEKERJAAN BKP ONLINE

Untuk makluman anda, cara mohon Bantuan Kehilangan Pekerjaan BKP Online adalah seperti yang dinyatakan oleh pihak LHDN di bawah ini :

Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

SYARAT KELAYAKAN BKP

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti di bawah :

  1. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020.
  2. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).

CARA BAYARAN BKP

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti yang dinyatakan di bawah ini :

  1. Pengkreditan ke akaun bank. Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

CARA SEMAK STATUS DI PORTAL RASMI BKP HASIL GOV MY

PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK DI PORTAL RASMI BKP HASIL GOV MY.

  1. Sila layari Portal Rasmi BKP di pautan ini : https://bkp.hasil.gov.my/#.

  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan Semakan Status.

  3. Tekan Icon/Butang Carian.

  4. Masukkan Kod CapTcha.

  5. Kemudian, tekan butang [Anak Panah Warna Jingga/Kuning].

  6. Paparan akan menunjukkan Status Kelulusan BKP sama ada LULUS atau TIDAK BERJAYA

  7. Anda akan dipaparkan Status Kelulusan BKP. Jika anda LULUS menerima BKP anda akan dipaparkan pada Status : Penerima BKP 2021. Dan anda akan dipaparkan juga Kaedah Bayaran iaitu Kredit Ke Akaun.

  8. Jika permohonan anda TIDAK LULUS atau TIDAK BERJAYA akan dipaparkan sepeti ini “Semakan mendapati nombor MyKad yang dimasukkan tiada rekod sebagai penerima BKP 2021”.

  9. Jika Status BKP anda LULUS, anda boleh mula semak bayaran yang akan dibuat ke akaun anda jika anda mempunyai rekod di LHDN.

  10. Selesai.

Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah bantuan tunai yang disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.

Berapakah bayaran BKP yang akan diterima?

Bayaran BKP yang akan diterima adalah sebanyak RM500 secara oneoff.

Bagaimana cara Semak Status Lulus atau Tidak BKP secara online?

Anda boleh membuat semakan menerusi Portal Rasmi BKP.HASIL.GOV.MY dan untuk panduan semakan boleh masuk ke artikel ini untuk lebih terperinci.

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan dan persoalan berkaitan dengan Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) ini boleh rujuk kepada pihak di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat dan informasi berdasarkan laman rasmi LHDN. Perkongsian ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai untuk mencari informasi seperti ini dan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan info seperti ini. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Hasil Care Line Bantuan Khas Kerajaan /Bantuan Prihatin Rakyat : 1800-88-2747

Sekiranya tuan/puan mengalami masalah menghubungi Hasil Care Line, tuan/puan juga boleh menghubungi atau kunjungi mana-mana Cawangan LHDNM terdekat untuk mendapatkan bantuan.

4 thoughts on “PORTAL RASMI BKP HASIL GOV MY : CARA MOHON DAN SEMAK STATUS BANTUAN KEHILANGAN PEKERJAAN RM500 MELALUI ONLINE 2021”

Leave a Comment