BELANJAWAN 2022 : SENARAI BANTUAN BAJET UNTUK RAKYAT 29 OKTOBER 2021
Untuk makluman anda, bagi Pembentangan Belanjawan 2022 akan dibuat pada hari Jumaat iaitu 29 Oktober 2021 yang akan dibentang secara live atau secara langsung oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.
Untuk pengetahuan anda, Belanjawan 2022 kali ini dirangka mengikut senario negara yang sedang beralih ke fasa pemulihan daripada wabak pandemik dan mengikut keperluan utama yang akan dapat memulih kembali negara.
Menteri Kewangan Malaysia memberi jaminan program bantuan dan sokongan akan diteruskan untuk pemulihan daripada kesan jangka panjang pandemik terhadap kesihatan awam dan struktur ekonomi negara.
Di bawah ini kami kongsikan serba sedikit kepada anda tentang perangkaan Bajet 2022 dan antara bantuan yang menjadi perhatian dalam pembentangan nanti.
Baca juga : BELANJAWAN 2022 MALAYSIA PDF : DOWNLOAD INTIPATI DAN MANFAAT PENJAWAT AWAM DAN BELIA
INTIPATI ATAU KELEBIHAN BELANJAWAN 2022
Intipati Belanjawan 2022 kali ini akan tekankan dan fokus kepada 3 fous utama iaitu :
- RECOVERY : Agenda Pemulihan Ekonomi.
- RESILIENCE : Membina Semula Daya Ketahanan Negara.
- REFORM : Memangkin Pembaharuan.
SENARAI BANTUAN BAJET 2022
Berikut merupakan senarai bantuan yang menjadi tumpuan utama untuk Bajet 2022 kali ini.
- Memulihkan sektor terjejas.
- Meningkat keupayaan sistem kesihatan awam serta skop perlindungan sosial.
- Merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal melalui Belanjawan 2022 dan bantuan tunai ini ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelumnya agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.
Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:
KATEGORI 1
- Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
- Lebih 3 anak
- Bantuan RM2000
KATEGORI 2
- Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
- 1-2 anak : Bantuan RM1500
- Tiada anak: RM1,000
KATEGORI 3
- Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
- Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
- Bantuan RM500
KATEGORI 4
- Bantuan RM300 untuk warga emas
KELAYAKAN PENDAPATAN PENERIMA JKM DINAIKKAN
Syarat Kelayakan Kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terkini, dinaikkan kepada RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.
Mereka yang mempunyai pendapatan di bawah jumlah RM1169 ini layak membuat permohonan bagi mendapat bantuan melalui 11 Skim Kebajikan JKM.
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
- Bantuan Awal Persekolahan kanak-kanak sebanyak RM150 dinaikkan daripada RM100 tahun lalu.
DISKAUN PINJAMAN PTPTN
Intipati bajet 2022 yang diumumkan juga antaranya mengembalikan diskaun bayaran balik PTPTN iaitu :
- Diskaun 15% baki hutang penyelesaian penuh.
- Diskaun 12% bayaran > 50% baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 10% bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual.
Diskaun ini akan mula diberikan mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
INSENTIF KHAS ALAT BANTUAN MENGAJAR
Buat pertama kalinya bajet ini menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah KPM.
BONUS PENJAWAT AWAM
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.
Selain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini.
SENARAI BANTUAN DAN INSENTIF YANG LAIN-LAIN
- Pengedaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40
- Kerajaan sediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia beri perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman KWSP dan Perkeso
- Untuk meningkatkan wang dalam tangan bagi rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% ke 9% sehingga Jun 2022.
- Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah.
- RM11 juta Subsidi ujian mammogram dan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.
- RM30 Juta turut diperuntukkan untuk memperluaskan i-Saraan dalam menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk persaraan, memanfaatkan 100,000 peserta.
- RM300 juta bagi Program e-Start – Kredit RM150 one-off kedalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa di IPT.
Belanjawan 2022 akan dibentang pada 29 Oktober 2021 (Jumaat).
Akan dibentang secara live oleh Menteri Kewangan YB Datuk Seri Utama Zafrul.