SEMAK BAKI AKAUN BANK ISLAM MELALUI ONLINE
Di sini pihak kami ingin kongsikan kepada anda Panduan Lengkap cara untuk semak baki Bank Islam secara online. Melalui perkongsian ini, anda akan dapat menyemak duit masuk ke akaun anda tanpa perlu ke cawangan Bank Islam. Hanya dilakukan di rumah sahaja.
Semoga perkongsian panduan ini dapat memberi serba sedikit manfaat kepada anda. Pastikan anda ikuti panduan ini satu persatu untuk memudahkan anda menyemak baki akaun anda.
Baca juga : CARA SEMAK BAKI TABUNG HAJI BANK ISLAM SECARA ONLINE
SEMAK BAKI AKAUN BANK ISLAM MELALUI ONLINE
Ini merupakan panduan lengkap cara membuat semakan baki akaun Bank Islam secara online.
- Sila masuk ke portal rasmi online Bank Islam di sini : https://www.bankislam.biz/.
- Di Paparan Utama sila tekan “INTERNET BANKING LOGIN”.
- Isi USER ID anda.
- Tekan Login.
- Kemudian, masukkan Password anda.
- Sahkan Private Image yang tertera, sama ada milik akaun anda ataupun tidak.
- Tekan Login.
- Sekarang, anda berada di paparan utama selepas login masuk tadi.
- Klik pada My Accounts untuk teruskan semak baki akaun Bank Islam secara online.
- Seterusnya, pilih Account Summary.
- Anda akan mendapat paparan penuh semua akaun Bank Islam anda.
- Paparan ini mengandungi jenis akaun anda, nombor akaun anda serta baki semasa akaun tersebut.
- Selesai.
CHECK BAKI
Anda boleh menyemak baki pada semua jenis akaun Bank Islam milik anda, termasuk akaun simpanan anda secara online dengan Bank Islam IB tanpa anda perlu pergi ke mesin ATM. Caranya mudah sahaja untuk semak baki duit dalam Bank Islam. Untuk makluman, pastikan anda telah mempunyai akaun online banking Bank Islam IB yang di daftarkan dengan nama anda. Pastikan anda membuat akaun ini terlebih dahulu jika anda masih lagi tidak membuat pendaftaran. Bagi anda yang telah mempunyai akaun ini, login dahulu ke akaun online banking anda. Ikuti langkah di bawah.
- Layari laman web Bank Islam IB https://www.bankislam.biz
- Pada laman utama Bank Islam IB ini, tekan butang INTERNET BANKING LOGIN.
- Pada laman seterusnya, masukkan username anda pada ruangan USER ID.
- Tekan butang Login.
- Kemudian, masukkan password anda pada ruangan Password dan sahkan Private Image yang tertera, sama ada milik akaun anda ataupun tidak.
- Tekan Login.
- Login ke akaun anda berjaya. Anda akan tiba di paparan utama laman akaun online banking
- Ada beberapa pilihan menu di bahagian atas seperti:
- My Accounts
- Terms Deposit & Investment
- Funds Transfer
- Payments / Services
- Klik pada My Accounts.
- Seterusnya, pilih Account Summary.
- Anda akan mendapat paparan penuh semua akaun Bank Islam anda.
- Paparan ini mengandungi jenis akaun anda, nombor akaun anda serta baki semasa akaun tersebut.
- Klik pada setiap transaksi untuk melihat butiran lanjut.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai soalan dan masalah boleh terus berhubung dengan pihak yang berwajib di bawah ini.
Bank Islam Malaysia Berhad
Level 32, Menara Bank Islam
No. 22, Jalan Perak
50450 Kuala Lumpur.
Hotline : +603 2088 8000/+603 26 900 900.