SEMAK STATUS TELEFON PINTAR PERCUMA B40 2021
Untuk makluman anda, permohonan bantuan telefon pintar percuma B40 2021 YTL Foundation bekerjasama dengan YES dan FrogAsia untuk melancarkan bantuan telefon pintar percuma khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kumpulan B40. Pihak kami akan berkongsi kepada anda cara untuk memohon dan membuat semakan status permohonan sama ada lulus atau tidak.
Ini adalah berita baik untuk pelajar dari keluarga B40. Anda boleh memohon telefon pintar B40 atau telefon pintar dengan data internet 120GB secara percuma.
Baca juga : Semak Baki Akaun Bank Islam Melalui Online
SEMAK STATUS TELEFON PINTAR PERCUMA B40 2021
Berikut adalah cara buat semakan status telefon pintar percuma sama ada lulus ataupun tidak.
- Layari laman web rasmi Semakan Status Telefon Pintar B40 di sini : https://lcs.yes.my/.
- Sila pilih “Pilih Inisiatif”.
- Isi Nombor Kad Pengenalan ibu bapa yang digunakan semasa membuat pendaftaran sebelum ini.
- Kemudian, isi Nombor Telefon anda yang berdaftar.
- Tekan Hantar.
- Paparan permohonan anda dipaparkan Lulus atau Tidak.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR B40
YTL Foundation bekerjasama dengan YES dan FrogAsia untuk Melancarkan Sokongan Telefon B40 Percuma untuk Membantu Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah yang Tidak Mempunyai Peralatan dan Internet untuk Belajar di rumah.
Guru juga boleh mencalonkan pelajar yang berkelayakan, terutamanya pelajar berada didalam kumpulan B40. Ibu bapa juga boleh memohon bantuan telefon pintar sendiri.
Maklumat yang diperlukan adalah:
- Nombor MyKid atau MyKad murid
- Nombor MyKad Ibubapa
- Status B40 ibu bapa daripada
(*) Untuk mendapatkan status B40 ibu bapa anda, sila semak di sini : https://bpn.hasil.gov.my/.
CARA MOHON TELEFON PINTAR PERCUMA B40
Untuk makluman anda, borang percalonan di bawah perlu diisi bagi para guru yang mewakili pelajar. Sebelum mendaftar, sila bersedia dengan maklumat berikut :
- Nama dan Nombor Kad Pengenalan pelajar.
- Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad anda.
- Nama dan Nombor Kad Pengenalan ibu bapa.
Sila layari pautan rasmi ini untuk buat permohonan : https://appform.prod.frogdev.asia/.
Untuk menerima bantuan telefon dan handphone untuk pelajar percuma dengan data yes, hanya guru sahaja yang boleh mencalonkan para pelajar yang berhak dan layak.
Tuan/Puan boleh membuat semakan status kelulusan menerusi online di sini https://lcs.yes.my/. Jika anda kurang jelas boleh ke artikel ini untuk panduan lengkap cara semakan status.
Tidak perlu, telefon pintar ini telah diberikan kepada anak anda, ia akan menjadi hak milik anda sepenuhnya.
Permohonan saya telah di lulus kan tetapi sampai saya masih tidak menerima penghantaran tersebut
Kepada siapa harus saya rujuk permohonan sudah diluluskan penghantaran sudah dibuat tetapi saya tidak menerima penghantaran tersebut sedangkan anak saya memerlukan HP percuma ini untuk pembelajaran beliau harap ada pihak yang dapat membantu terima kasih
Saya dah dapat handfon yes tapi handfon yes Yang saya dapat nak rosak dhh saya harap saya dapat handfon Yang berjenama
Saya sudah membuat permohonan untuk mendapatkan telefon pintar tetapi sampai sekarang masih belum terima apa-apa.
Saya nak mohon telefon Yes
Sya haritu ada memohon untuk telefon yes tapi sampai sekarang masih belum sampai juga boleh bagi sebab tak
Permohonan sy dh d luluskn, tapi smpai skarang blum smpai lagi, lpastu smpai masej
alamat x lengkap, mcmmn nk kemaskini alamat