MYMANJUNG : CARA SEMAKAN ATAU PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN & KOMPAUN KENDERAAN MPM
Untuk makluman penduduk di daerah Seri Manjung, pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah melancarkan satu laman web dan juga aplikasi yang diberi nama MYMANJUNG. Menerusi pelancaran aplikasi dan laman web ini adalah untuk memudahkan pelanggan atau penduduk di daerah Manjung untuk membuat semakan dan bayaran yang berkaitan dengan MPM.
Baca juga : CARA BUKA AKAUN PERNIAGAAN MAYBANK TANPA INTRODUCER
mymanjung.mpm.gov.my
mymanjung.mpm.gov.my adalah laman web yang akan memudahkan urusan yang melibatkan Majlis Perbandaran Manjung seperti E-Semak (Semakan lesen, kompaun pelbagai, cukai taksiran dan bil air gerai milik Majlis Perbandaran Manjung), E-Billing, Pembayaran Dalam Talian dan Sejarah Pembayaran. Anda hanya perlu akses di pautan ini menerusi pautan seperti yang dinyatakan dan anda boleh menyelesaikan urusan berkaitan tersebut hanya menerusi online.
Baca juga : Cara Guna Kit Ujian Kendiri atau Covid Test Kit Di Rumah
MYMANJUNG APP
MYMANJUNG app adalah aplikasi yang telah diperkenalkan oleh pihak MPM untuk memudahkan lagi para pengguna membuat urusan di dalam E-Semak hanya menerusi telefon bimbit anda. Anda sebagai pengguna boleh membuat semakan dan juga boleh terus membuat pembayaran tanpa perlu ke pejabat MPM. Semua perkhidmatan yang disediakan di dalam mymanjung app boleh dibuat menerusi aplikasi tersebut. Di bawah ini kami sediakan pautan untuk anda muat turun atau download app.
- Pengguna Android boleh muat turun di sini : https://play.google.com/store/apps/details?id=gov.mpm.mymanjung
- Pengguna IOS boleh muat turun di sini : https://apps.apple.com/my/app/mymanjung/id1578650583
SENARAI PERKHIDMATAN ONLINE APP MPM
Untuk makluman, di bawah ini adalah perkhidmatan yang disediakan di dalam aplikasi atau app dan laman web online MPM terbaru ini. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan e-semak untuk membuat semakan dan juga e-billing untuk membuat pembayaran.
eSEMAK & eBilling
- Cukai Taksiran
- Lesen
- Kompaun Kenderaan/Saman Parking MPM
- Kompaun Pelbagai
- Lesen
- Sewa Gerai
- Bil Air Premis MPM
- Bil Pelbagai
- Pendaftaran Permit
Di bawah ini adalah panduan lengkap cara daftar pengguna baru.
CARA DAFTAR MYMANJUNG
Berikut adalah cara membuat pendaftaran pengguna baru aplikasi dan laman web MPM.
- Sila masuk ke pautan rasmi MYMANJUNG di sini : https://mymanjung.mpm.gov.my/.
- Tekan “Daftar Pengguna Baru” di bawah paparan utama.
- Pilih Jenis Akaun sama ada Individu/Syarikat.
Jika anda ingin membuat semakan dan bayaran untuk diri anda sendiri sila pilih individu.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Isi Nama Penuh anda.
- Masukkan Emel anda.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Cipta Kata Laluan/Password anda.
- Pengesahan Kata Laluan/Password anda sekali lagi.
- Tick Saya Setuju Dengan Terma & Syarat.
- Tick reCAPTCHA.
- Tekan HANTAR.
- Selepas anda hantar, anda perlu masukkan Nombor PIN yang dihantar ke email atau nombor telefon anda.
- Isi Nombor PIN yang dihantar dan buat pengesahan.
- Selesai.
- Anda sudah boleh login ke portal untuk membuat semakan dan bayaran.
MPM LOGIN
Ini adalah cara untuk anda login masuk ke app atau laman web. Sila ikuti panduan di bawah ini jika anda adalah pengguna pertama selepas membuat pendaftaran.
- Layari pautan : https://mymanjung.mpm.gov.my/.
- Jika anda guna apps sila download dulu dan login masuk.
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- Isi Kata Laluan/Password anda semasa pendaftaran di atas.
- Tekan Daftar Masuk.
- Sekarang anda sudah berjaya login masuk ke Laman Utama.
CARA BUAT SEMAKAN GUNA E BAYARAN MPM
Di bawah ini adalah cara untuk anda membuat semakan guna e bayaran MPM.
- Pastikan anda sudah login masuk ke pautan mymanjung seperti panduan di atas.
- Jika anda menggunakan apps pastikan anda login masuk di aplikasi.
- Klik eSemak sebelah kiri anda.
- Di bahagian Carian sila pilih Jenis Carian anda.
- Jika untuk semak saman kenderaan MPM sila pilih KOMPAUN KENDERAAN.
- Jika anda ingin semak jumlah cukai taksiran anda sila pilih CUKAI TAKSIRAN.
- Siap pilih, masukkan Nombor Rujukan.
- Jika kenderaan masukkan Nombor Kenderaan anda.
- Jika Cukai Taksiran masukkan Nombor Rujukan Cukai Taksiran di Surat MPM.
- Lihat di Hasil Carian akan memaparkan hasil semakan anda.
- Jika anda sudah selesai membuat semakan, dan ingin teruskan membuat pembayaran anda boleh ikuti panduan di bawah untuk cara bayar.
CARA BAYAR ONLINE MANJUNG MPM GOV MY EPAY
Setelah anda selesai membuat semakan anda boleh terus membuat pembayaran secara online. Ikuti panduan lengkap di bawah ini untuk anda membayar menerusi aplikasi mymanjung.
- Klik eSEMAK.
- Pilih Jenis Carian anda.
- Jika anda ingin membuat bayaran untuk Cukai Taksiran pilih CUKAI TAKSIRAN.
- Masukkan Nombor Rujukan atau Nombor Cukai Taksiran anda.
- Tekan Carian.
- Lihat di Hasil Carian di bawah paparan eSemak.
- Paparan Hasil Carian akan menunjukkan butiran Cukai Taksiran anda.
- Paparan Hasil Carian menunjukkan Caj Kompauan atau Jumlah Cukai Taksiran.
- Tick Icon kotak kecil untuk membuat pembayaran.
- Tekan BAYAR.
- Paparan akan menunjukkan Jumalah Bayaran yang dikenakan di bahagian Ringkasan Bayaran.
- Tekan BAYAR.
- Sila tunggu sehingga keluar UPay.
- Terdapat 3 pilihan pembayaran iaitu Card, Online Banking dan E-Wallet.
- Sila pilih salah satu.
- Kebiasaannya pengguna akan memilih Online Banking.
- Jika anda pilih Online Banking FPX, sila pilih bank yang anda ingin gunakan di bahagian Select Bank.
- Contoh Maybank, sila pilih Maybank2u.
- Tekan PAY RM.
- Selesaikan pembayaran anda.
- Jika pembayaran anda sudah selesai sila Cetak atau Screenshot slip bayaran untuk rujukan.
- Anda juga boleh lihat Sejarah Bayaran yang anda telah buat tadi di bahagian utama MYMANJUNG.
- Pilih Sejarah Bayaran di sebelah kiri anda.
- Paparan di Bahagian Sejarah Bayaran akan menunjukkan pembayaran anda sebelum ini, di sini juga anda boleh Cetak resit untuk tujuan rujukan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai pertanyaan dan persoalan anda boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini.
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK DARUL RIDZUAN.
LAMAN WEB RASMI : https://www.mpm.gov.my/
TALIAN AM : 05-6898 800
FAKS : 05-6882 102
HOTLINE ADUAN : 05-6898 833
E-MEL : webmaster[at]mpm[dot]gov[dot]my