CARA NAK TUKAR NOMBOR TELEFON DI MYSEJAHTERA 2021
MySejahtera merupakan aplikasi yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melakukan penilaian kesihatan kendiri. Selain itu, MySejahtera juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat serta lebih berkesan.
Dengan adanya MySejahtera, terdapat beberapa kelebihan daripada penggunaan apps ini antaranya adalah pihak anda boleh mendaftar vaksin Covid19 melalui aplikasi tersebut dan juga boleh mendaftar tanggungan anda di dalam aplikasi ini. Selain itu, dapat membantu pihak Kerajaan Malaysia dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak Covid19. Dapat membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak Covid19. Serta membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti dan dapat membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan Covid19.
Sekarang ramai juga yang mengadu bahawasanya mereka ingin tukar nombor telefon tetapi tidak boleh dan di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara bagaimana nak tukar nombor telefon di dalam MySejahtera anda. Anda dinasihatkan tidak melakukan sebarang penukaran jika tiada apa-apa masalah. Hanya kepada mereka yang mengalami masalah sahaja yang dibenarkan. Ini bagi memastikan data untuk penerimaan vaksin Covid19 anda tidak terjejas.
Baca juga : CARA RENEW ROADTAX & INSURANS KERETA ONLINE MELALUI MYEG
CARA NAK TUKAR NOMBOR TELEFON DI MYSEJAHTERA
Berikut adalah cara nak tukar nombor telefon di MySejahtera :
- Buka aplikasi MySejahtera anda
Jika anda masih lagi belum mempunyai aplikasi MySejahtera di dalam telefon anda anda boleh muat turun di pautan bawah ini.
Untuk Android – https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera.
Untuk IOS – https://apps.apple.com/us/app/mysejahtera/id1504055630?ls=1.
Untuk Huawei – https://appgallery.huawei.com/#/app/C101930603 appId=C101930603&source=appshare&subsource=C101930603 - Di dalam aplikasi MySejahtera sila tekan CLOSE pada bahagian atas kanan apps
- Terdapat banyak Perkhidmatan yang di sediakan di bahagian ini
- Sila pilih Helpdesk dan tekan
- Sila pilih Bahasa
Sama ada anda ingin tukar ke Bahasa Malaysia atau kekal di English.
- Tekan Start
- Di bahagian Soalan Lazim ini terdapat beberapa soalan dari A sampai ke M
- Tekan pilihan soalan C
Saya ingin mengemas kini Nama, Nombor Kad Pengenalan/Passport, ID Pengguna atau memadam akaun saya.
- Baca Peringatan di bawah ini
Untuk peringatan,jika ID MySejahtera anda adalah nombor telefon, anda tidak boleh menukar nombor telefon tersebut. Jika ID MySejahtera anda adalah email, anda boleh tukar nombor telefon tersebut.
- Sila Klik MyUser ID
Terdapat 4 ruangan kosong untuk diisi iaitu Nombor lama, Nombor Baru, Emel dan Pengesahan Emel.
- Klik Submit
- Terima Emel daripada MySejahtera
Anda akan menerima Emel daripada pihak MySejahtera memaklumkan proses penukaran nombor telefon anda telah berjaya.
SOALAN LAZIM
Tidak Perlu. Aplikasi ini adalah Percuma.
Sila ikuti panduan yang dikongsikan di dalam artikel ini.
Anda BOLEH mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga atau individu lain yang tidak mempunyai nombor telefon atau akses kepada telefon pintar melalui fungsi “Urus Tanggungan” di dalam aplikasi ini. Aplikasi ini akan turut membantu anda memantau tahap kesihatan mereka.
Anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi “MySejahtera Helpdesk” dalam aplikasi MySejahtera.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda ada masalah ataupun pertanyaan boleh hubungi pihak berwajib di bawah :
Laman web rasmi MySejahtera : https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
Helpline MySejahtera : https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
Status vaksin saya masih pergi ke gmail yang lama.Kini saya menggunakan gmail baru