CARA RENEW ROADTAX & INSURANS KERETA ONLINE MELALUI MYEG (DI HANTAR TERUS KE RUMAH ANDA)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA RENEW ROADTAX & INSURANS KERETA ONLINE MELALUI MYEG (DI HANTAR TERUS KE RUMAH ANDA)

Berikutan pengumuman daripada Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyatakan bahawasanya tempoh moratorium lanjutan bagi roadtax akan tamat 31 September 2021 nanti. Jadi sebagai pemilik kenderaan dinasihatkan untuk perbaharui roadtax dan insurans sebelum tarikh tamat. Akibat daripada pengumuman ini dijangkakan pertambahan jumlah pelanggan yang akan hadir ke Pejabat Pos ataupun ke Pejabat JPJ untuk renew roadtax dan insurans. Oleh itu, pihak kami nasihatkan anda lakukan sahaja melalui online bagi mengelakkan berlaku kesesakan dan kelewatan sewaktu menunggu.

Untuk pengetahuan anda semua, sekarang anda tidak lagi perlu ke Pejabat Pos atau JPJ untuk renew roadtax dan insurans kereta anda. Hanya menggunakan MYEG anda boleh renew roadtax dan insurans hanya berada di rumah dan tunggu sahaja akan di hantar terus ke alamat rumah anda.

Pihak kami akan kongsikan bagaimana untuk renew roadtax & insurans kereta secara online melalui MYEG. Boleh lihat panduan di bawah :

CARA RENEW ROADTAX & INSURANS KERETA ONLINE MELALUI MYEG

Panduan Renew Roadtax & Insurans Kereta/Motor Melalui MYEG

  1. Sila ke laman web rasmi MYEG di bawah.

    Klik laman web MYEG di sini : https://www.myeg.com.my/

  2. Tekan tukar ke Bahasa Malaysia

    Jika anda ingin tukar ke Bahasa Malaysia sila tekan Tukar Ke Bahasa Malaysia di atas sekali sebelah kiri anda.

  3. Pergi ke Log Masuk

    Sila ke Log Masuk untuk teruskan.

  4. Sila masukkan ID Pengguna

    Jika anda sudah mendaftar sebagai pengguna anda boleh masukkan ID pengguna anda. Dan jika anda belum lagi daftar sebagai pengguna sila buat pendaftaran dahulu untuk membolehkan anda Log Masuk ke sistem MYEG. Ikuti panduan ini untuk daftar pengguna MYEG pertama kali : Cara Daftar Pengguna Kali Pertama MYEG.

  5. Isi Password/Kata Laluan anda

  6. Tekan Log Masuk

  7. Klik di Icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

  8. Sila pilih pilihan Perkhidmatan yang anda inginkan

    Jika anda ingin renew roadtax kereta sila pilih Perbaharui Cukai Jalan dan jika ingin renew insurans kereta anda sila pilih Perbaharui Auto Insurans (Kereta).

  9. Jika anda pilih untuk Perbaharui Auto Insurans, Sekali lagi, ubah ke Bahasa Malaysia

    Jika anda ingin ubah ke Bahasa Malaysia sila klik bahagian atas sekali sebelah kiri Tukar Ke Bahasa Malaysia.

  10. Anda berada di bahagian Bandingkan Insurans Untuk Harga Yang Terbaik

  11. Sila tekan Dapatkan Sebut Harga untuk setiap pilihan Insurans

    Anda juga boleh tekan Bandingkan Sekarang jika ingin lihat perbezaan setiap insurans yang anda mahukan.

  12. Masukkan Nombor Pendaftaran Kereta Anda

    Contohnya : DCR9143

  13. Tekan Seterusnya

  14. Pastikan anda semak Butiran Kenderaan dengan betul

  15. Sila tick di ruangan saya mengaku kenyataan di atas adalah benar dan tepat

  16. Tekan Seterusnya

  17. Sila pilih sama ada Kereta Persendirian atau Syarikat

    Jika kereta itu milik anda sila pilih Kereta Persendirian dan jika kereta itu kepunyaan Syarikat sila pilih Syarikat.

  18. Masukkan Jenis ID anda

    Untuk individu biasa sila pilih NRIC/MyKad.

  19. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda jika anda pilih NRIC/MyKad

  20. Masukkan Tarikh Lahir anda

  21. Sila pilih Jantina anda

    Sama ada Lelaki atau Perempuan.

  22. Buat Pilihan Status anda

    Jika sudah berkahwin sila pilih Berkahwin dan anda isi mengikut status sebenar anda.

  23. Sila masukkan Poskod anda

  24. Tekan Seterusnya

  25. Jumlah Insurans Kereta anda

    Di bahagian ini, akan keluar anggaran nilai kereta anda. Anda boleh pilih dengan hanya tarik sahaja nilai yang anda ingin insuranskan ke atas kereta milik anda.

  26. Tekan Seterusnya

  27. Sila tick Pilihan Insurans mana yang anda ingin bandingkan

  28. Tekan Hantar

  29. Sila Tekan Seterusnya pada pilihan Insurans yang anda inginkan

    Sila buat pilihan insurans berdasarkan apa yang anda ingin cover terhadap kereta anda. Di sini anda boleh melihat kelebihan dan kekurangan setiap insurans. Buat pilihan yang memuaskan hati anda dan berbaloi untuk cover nilai kereta anda.

  30. Sila buat Pembayaran untuk pilihan Insurans anda

    Untuk buat pembayaran, boleh pilih sama ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Maybank2u, RHB Online dan Public Bank Online.

  31. Jika selesai Pembayaran sila muat turun/download Cover Note Insurans anda

  32. Apabila sudah Renew Insurans barulah anda boleh teruskan Renew Roadtax anda

    Jika anda ingin renew Roadtax kereta/motor anda melalui MYEG sila ikuti panduan ini : Cara Renew Roadtax Online MYEG.

SOALAN LAZIM

Perlukah saya ke JPJ jika renew roadtax dan insurans melalui MYEG?

Tidak perlu. Cover Note Insurans anda akan terus dapat dan boleh print terus. Dan Roadtax anda akan dihantar terus ke rumah/alamat yang anda berikan.

Bagaimanakah cara untuk saya semak status penghantaran Roadtax Kereta ke rumah saya?

Jangan risau. MYEG ada menyediakan sistem Semak Status Penghantaran. Anda hanya pilih servis yang anda mahukan dan masukkan Nombor Kad Pengenalan anda serta isi maklumat yang diminta dan tekan Semak. Status Penghantaran anda akan dipaparkan.

Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan guna MYEG jika saya mempunyai saman trafik tertunggak?

Semasa proses pembaharuan, sistem Jabatan Pengangkutan Jalan akan menyemak semua tunggakan saman dan rekod senarai hitam dari rekod di JPJ dan PDRM. Untuk meneruskan pembaharuan ini, anda di kehendaki untuk menyelesaikan semua kesalahan lalulintas yang di rekodkan.

Bagaimanakah anda boleh dapatkan butiran kenderaan & insurans sekiranya maklumat yang saya ada tidak mencukupi?

Pihak MYEG akan mengesahkan semua maklumat yang diberi dengan pihak JPJ. Jika maklumat yang diberikan tidak tepat atau tidak lengkap, kami akan terus menghubungi anda semula untuk melengkapkan proses permohonan.

Leave a Comment