CARA RENEW ROADTAX ONLINE MYEG TANPA PERLU KE JPJ SEMASA PKP 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA RENEW ROADTAX ONLINE MYEG TANPA PERLU KE JPJ SEMASA PKP 2021

Berikutan pengumuman daripada JPJ bahawasanya tempoh moratorium lanjutan untuk roadtax akan tamat pada 31 September 2021. Jadi semua pemilik kenderaan yang belum lagi membuat pembaharuan roadtax boleh segera memperbaharui sebelum tarikh tamat tempoh moratorium lanjutan untuk urusan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ).

Pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk renew roadtax sama ada melalui perkhidmatan ejen, di Pejabat Pos, dan lain-lain. Di sini kami ingin kongsikan kepada anda cara renew roadtax tanpa anda keluar rumah hanya melalui online sahaja.

Tambahan pula, sekarang kes Covid 19 masih lagi meningkat jadi kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab dinasihatkan untuk buat urusan hanya melalui online dan dengan ini dapat kurangkan kes jangkitan serta risiko kepada diri sendiri.

CARA RENEW ROADTAX ONLINE MYEG

Di sini kami ingin kongsikan kepada anda bagaiman cara untuk anda renew roadtax secara online menggunakan MYEG. Caranya sangat mudah dan senang. Selepas ini anda tidak perlu lagi keluar atau menghabiskan masa untuk pergi ke mana-mana untuk renew roadtax. Hanya buat di rumah sahaja dan siap semuanya.

Jika anda merupakan pengguna baru atau pertama kali menggunakan MYEG sila daftar pengguna dahulu seperti di bawah :

CARA DAFTAR PENGGUNA PERTAMA KALI MYEG

  1. Masuk ke laman web MYEG : https://www.myeg.com.my/register
  2. Bahagian Account Type sila pilih Individual
  3. Di bahagian Account Information sila cipta Username anda (Pastikan anda ingat untuk login nanti)
  4. Selepas itu, cipta Password (Pastikan yang anda mudah ingat untuk login masuk)
  5. Tulis sekali lagi Password yang anda cipta tadi
  6. Masukkan Emel anda
  7. Di bahagian Personal Information sila masukkan First Name dan Last Name anda (Contohnya : Nama penuh anda : Umar Haziq Bin Ahmad Syakir jadi untuk First Name taip Umar Haziq dan Last Name taip Bin Ahmad Syakir)
  8. Tick bahagian Gender sama ada kalau Lelaki (Male) atau Perempuan (Female)
  9. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di bahagian NRIC/Army/Police No
  10. Sila masukkan Tarikh Lahir anda di bahagian Date of Birth
  11. Masukkan Alamat anda di bahagian Address
  12. Di bahagian City isikan Bandar yang anda berada
  13. Masukkan Poskod di bahagian Posscode
  14. Dan pilih Negeri di bahagian State
  15. Country biarkan Malaysia
  16. Bahagian Contact No sila masukkan Nombor Telefon anda
  17. Sila pilih status sama ada anda sudah Berkahwin atau Belum atau Bercerai di bahagian Marital Status
  18. Lepas itu, tick i’m not a robot dan tick di Privacy Policy
  19. Dan sila tekan Submit
  20. Anda telah Berjaya untuk mendaftar sebagai pengguna dan sekarang anda boleh ikuti langkah di bawah untuk login masuk ke MYEG bagi meneruskan urusan renew roadtax anda

CARA RENEW ROADTAX GUNA MYEG

Di bawah ini adalah cara renew roadtax guna MYEG dan jika anda belum lagi renew insurans kereta/motor anda juga sebenarnya boleh buat hanya menggunakan MYEG. Sebelum anda renew roadtax pastikan anda renew dahulu insurans motor/kereta anda. Panduannya di sini : Cara Renew Insurans Kereta/Motor Melalui MYEG

  1. Masuk ke laman web ini setelah mendaftar pengguna di atas : https://www.myeg.com.my/
  2. Sila masukkan Username dan Password yang anda register pengguna sebelum ini.
  3. Tekan Login.
  4. Pilih Icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  5. Lepas itu, pilih Road Tax Renewal/Perbaharui Cukai Jalan.
  6. Sila pilih sama ada Car Road Tax Renewal/Perbaharuan Cukai Jalan Kereta atau Motorcycle Road Tax Renewal/Perbaharuan Cukai Jalan Motosikal.
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan di bahagian Owner IC/Passport No.
  8. Sila pilih Owner Category yang sesuai untuk anda.
  9. Sila masukkan Nama Penuh anda di bahagian Owner’s Name.
  10. Masukkan Nombor Plat Motor/Kereta anda di bahagian Vehicle Registration No.
  11. Lepas itu, masukkan Nombor Telefon anda.
  12. Dan masukkan Emel anda.
  13. Di bahagian Renewal Period sila pilih sama ada untuk 6 bulan(6 months) atau 12 bulan (12 months)
  14. Di bahagian Collection Method ini, anda boleh pilih mana-mana yang senang untuk anda tetapi pihak kami syorkan kepada anda untuk pilih Home/Office Delivery iaitu pihak MYEG akan hantar terus ke rumah atau pejabat anda tanpa anda keluar untuk mengambilnya.
  15. Jika anda pilih Home/Office Delivery sila masukkan Alamat Penghantaran (Delivery Address) anda. Pastikan alamat yang anda masukkan adalah alamat yang anda tinggal sekarang.
  16. Masukkan Poskod anda.
  17. Pilih Negeri (State) anda berada.
  18. Sila tick I agree to receive calls from MyEG Services for other related products.
  19. Masukkan Keyword di dalam kotak putih yang disediakan.
  20. Dan di bawah itu adalah caj penghantaran kepada anda serta tempoh masa penghantaran sama ada 2,3 hingga 5 hari bekerja untuk sampai ke rumah anda.
  21. Dan akhir sekali sila tekan Proceed dan;
  22. Kalau setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk membuat Pembayaran dengan klik butang Confirm & Pay.
  23. Untuk membuat pembayaran, anda boleh pilih sama ada hendak gunakan Kad Kredit, Perbankan Internet atau Akaun Prabayar MyEG.
  24. Sila muat turun Resit Pembayaran untuk tujuan rujukan anda dan simpanan anda apabila selesai pembayaran.
  25. Okey sekarang Sudah Selesai. Anda hanya perlua tunggu sahaja roadtax anda dihantar ke rumah anda dalam beberapa hari bekerja. Senang kan!
  26. Untuk pengetahuan anda, anda boleh print sendiri slip sementara jika perlu ke mana-mana dalam masa terdekat sebagai bukti yang anda sudah renew roadtax.

Untuk pengetahuan anda, pihak anda boleh membuat semakan status penghantaran roadtax tadi di bawah ini :

SEMAK STATUS PENGHANTARAN RENEW ROADTAX MYEG

  1. Masuk ke lama web : https://www.myeg.com.my/delivery_status
  2. Sila pilih Jenis Servis sama ada cukai jalan kereta, cukai jalan motosikal dan pilihan lain.
  3. Jika pilihan tadi adalah Cukai Jalan Motor sila masukkan Nombor Plat Motor dan Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan Semak Status
  5. Status anda dipamerkan dan Nama Pegawai MYEG yang akan hantar ke rumah anda.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan dan masalah sila hubungi pihak MYEG di bawah :

Laman web rasmi MYEG : https://www.myeg.com.my/

Twitter MYEG : https://twitter.com/myegclub

Leave a Comment