POS MALAYSIA ONLINE APPOINTMENT : CARA BUAT TEMU JANJI PEJABAT POS ONLINE UNTUK RENEW LESEN DAN ROADTAX.
Pihak JPJ telah mengumumkan bahawa tempoh moratorium lesen dan roadtax akan tamat dan anda dikehendaki renew lesen dan roadtax supaya tidak berlaku sebarang saman atau hal lain selepas tempoh moratorium tamat. Jadi bermula 9 Ogos 2021, anda perlu membuat temujanji online Pejabat Pos bagi urusan yang melibatkan urusniaga JPJ contohnya pembaharuan lesen dan cukai jalan (roadtax) kenderaan. Hal ini telah diumumkan oleh pihak Pos Malaysia dalam satu kenyataan kepada semua pengguna mereka. Hal ini disebabkan bagi mengelak berlaku sebarang kesesakan yang terjadi semasa tempoh pandemik ini.
Di bawah ini adalah cara bagaimana anda boleh membuat Pos Malaysia Online Appointment atau temu janji online :
Sebelum itu jika anda tiada masa dan tidak berani untuk keluar rumah bagi urusan renew lesen kenderaan anda boleh buat hanya berada di rumah dan lesen tersebut akan dihantar ke rumah anda tanpa anda perlu keluar. Caranya adalah seperti berikut : Cara Renew Lesen Guna MYEG
CARA BUAT POS MALAYSIA ONLINE APPOINTMENT
Berikut merupakan cara buat temu janji online Pos Malaysia :
- Masuk ke laman web Pos Malaysia : https://www.pos.com.my/ atau
- Download Apps Pos Malaysia
- Selepas masuk ke web Pos Malaysia sila tekan ” Outlet Finder”
- Jika menggunakan Apps pun sama cari sahaja “Outlet Finder”
- Pilih Negeri
- Pilih Cawangan Pejabat Pos
- Klik pada pilihan Pejabat Pos yang berdekatan dengan anda
- Tekan “Book Your JPJ Service Appointment”
- Sila pilih tarikh yang “Available” atau yang anda inginkan jika terdapat kekosongan pada tarikh tersebut jika tiada kekosongan pada tarikh yang anda inginkan sila pilih tarikh yang ada kekosongan.
- Sila masukkan Nama anda
- Sila masukkan E-mail anda
- Sila masukkan Nombor Telefon anda
- Jika dah selesai sila Hantar atau Submit temu janji online anda
- Sila simpan slip temujanji / tangkap layar (screenshot) untuk dibawa ketika waktu temujanji.
- Siap! Done! dan;
- Jika anda ingin cancel atau nak ubah balik Pos Malaysia Online Appointment itu tadi sila tekan butang Cancel atau Reschedule.
Pastikan anda menjaga SOP semasa menghadiri temu janji di Pejabat Pos. Hal ini untuk mengelakkan berlaku sebarang penyebaran wabak Covid19 yang masih lagi belum pulih sepenuhnya. Kita jaga sesama kita untuk memudahkan urusan semua pengguna.
SOALAN LAZIM
Boleh dilakukan melalui website atau apps Pos Malaysia. Sila masuk ke artikel untuk dapatkan caranya.
Boleh. Anda boleh sahaja cancel dan ubah ke tarikh yang anda available.
Tidak boleh. Sebarang urusan Pos Malaysia mestilah membuat temu janji online dahulu bagi mengelakkan berlaku kesesakan akibat dari pertambahan pelanggan dalam waktu yang sama.
MAKLUMAT LANJUT
Jika terdapat sebarang kekeliruan atau masalah boleh rujuk pihak Pos Malaysia di bawah :
Laman web rasmi Pos Malaysia : https://www.pos.com.my/
Facebook rasmi Pos Malaysia : https://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad/posts/4170305489743431
Rujukan asal Pos Malaysia : https://www.pos.com.my/news-info/renewal-of-lesen-kenderaan-motor-road-tax-and-lesen-memandu-malaysia-driving-licence.html?fbclid=IwAR13Hrlzpc9qTKvNnMOTVnP8ebpC2LYSCCArBZNbh0UZP19csFpzFR-kawU
Need to renew Rotex
Hello. u can read this article : https://kerajaanonline.com/cara-renew-roadtax-insurans-kereta-online-melalui-myeg/
Road tex WCY 1871
Road tex tamat pada 27/8/2021
I made an appointment to renew my driving license at 2.30 pm on Thursday 2nd September 20221 but wish to cancel it. There doesn’t seem to be any provision to do so. TQ