Cara Daftar Vaksin MySejahtera Untuk Program Vaksinasi Negara 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

Cara Daftar Vaksin MySejahtera Untuk Program Vaksinasi Negara 2021

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Baca juga : CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN BARANG DAPUR RM300

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Jika anda belum memiliki apps MySejahtera sila ikut langkah di bawah ok :

Muat Turun Atau Download Serta Daftar Pengguna MySejahtera Apps

Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery
  2. Langkah 2: Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu
  3. Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
  4. Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
  5. Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
  6. Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”
  7. Langkah 7: Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
  8. Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”
  9. Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.

Cara Daftar Vaksin MySejahtera

  1. Klik “Tutup” untuk ke Menu utama
  2. Klik “Vaksinasi COVID19 untuk pendaftaran baharu
  3. Klik pada “Maklumat Anda” untuk langkah seterusnya
  4. Pastikan butiran peribadi anda betul dan klik “Sahkan”. Jika terdapat kesilapan klik “Edit” untuk kemaskini
  5. Klik “OK” untuk langkah berikutnya
  6. Klik “Seterusnya” untuk mengetahui samaada anda tergolong dalam kalangan Fasa 1
  7. Klik “Di Sini” untuk penambahan maklumat bagi pendaftaran
  8. Sila “Jawab” setiap soalan yang diberikan. Kemudian klik “Hantar”
  9. Klik “OK” pendaftaran anda telah dikemaskini

Rujukan gambar di bawah :

cara daftar vaksin mysejahtera

Rujukan Video di bawah :

Cara Daftar Untuk Tanggungan

Anda BOLEH mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga atau individu lain yang tidak mempunyai nombor telefon atau akses kepada telefon pintar melalui fungsi “Urus Tanggungan” di dalam aplikasi ini. Aplikasi ini akan turut membantu anda memantau tahap kesihatan mereka.

Sila lihat langkah yang disediakan di dalam video dibawah :

Panduan Daftar Vaksin Untuk Kanak Kanak Di MySejahtera

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran vaksin bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas di aplikasi MySejahtera.

  1. Buka aplikasi MySejahtera.
  2. Tekan butang COVID19 Vaccination.
  3. Tekan menu Add Vaccine Dependent.
  4. Tekan pada nama anak / tanggungan yang ingin didaftarkan vaksin COVID19.
  5. Tekan butang Proceed.
  6. Sahkan maklumat nama dan nombor IC yang dipaparkan dengan menandakan tick pada pengesahan.
  7. Selesai. Kini anak anda sudah didaftarkan sila tunggu tarikh temu janji yang akan diberitahu melalui MySejahtera.

Sumber rujukan :

  1. https://mysejahtera.malaysia.gov.my/FAQ/
  2. https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/feb/panduan-daftar-vaksin-melalui-mysejahtera

 

 

Leave a Comment