CARA TUKAR NAMA KERETA SECARA ONLINE TANPA KE JPJ
Sekarang semuanya di hujung jari, paling penting kena register MySikap JPJ dulu supaya boleh buat macam-macam urusan JPJ secara online. Bagaimana cara daftar MySikap JPJ dan Panduan tukar hak milik melalui MySikap? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
Baca juga : CARA DAFTAR SSM ONLINE
APA ITU PORTAL MYSIKAP?
Portal MySikap adalah Platform Digital Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakan bagi memudahkan pelanggan membuat urusan secara online seperti berikut:
- Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM) / roadtax
- Pindah milik sukarela
- Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa,
- Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh,
- Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.
Baca juga : CARA DAFTAR VAKSIN MYSEJAHTERA
CARA DAFTAR MYSIKAP
Buat kali pertama, pendaftaran perlu dilakukan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan yang terdekat dengan membawa MyKad / MyPR / Paspot. Nombor Rujukan akan diberikan sejurus proses pendaftaran selesai. Nombor rujukan ini akan digunakan untuk proses daftar masuk kali pertama.
Selepas anda mendapat nombor rujukan, berikut adalah cara daftar masuk kali pertama MySikap:
- Layari pautan MySikap: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Klik pada Daftar/Log Masuk Kali Pertama
- Isikan butiran dalam ruangan yang tertera.
- Pastikan pada ruangan No. Rujukan ini hanya perlu diisikan sekiranya menerima no. rujukan semasa membuat permohonan pendaftaran di kaunter JPJ. Nombor rujukan ini akan tamat tempoh dalam masa tujuh (7) hari daripada tarikh dikeluarkan.
- Sekiranya pendaftaran anda berjaya, ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
- Log masuk menggunakan Kata laluan sementara dan ikut langkah seterusnya untuk selesaikan proses pendaftaran.
CARA TUKAR NAMA KERETA SECARA ONLINE
Berikut dikongsikan panduan cara tukar hak milik kenderaan bagi Pemilik Kenderaan dan Pemilik kenderaan baharu, pastikan kedua-dua pihak telah berdaftar dengan MySikap terlebih dahulu.
Pemilik Kenderaan Berdaftar
Berikut dikongsikan panduan tukar nama kenderaan bagi pemilik kenderaan:
- Layari pautan MySikap: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Log Masuk akaun anda
- Pada Menu utama, pilih KENDERAAN
- Pilih PERMOHONAN PERTUKARAN HAK MILIK KENDERAAN (PEMILIK BERDAFTAR)
- Masukkan NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN, Klik Teruskan
- Klik Sah & Teruskan
- Masukkan maklumat EMAIL PENDAFTAR DAN PEMILIK BAHARU, klik Seterusnya
- Cetak Resit sebagai rujukan
- Selesai
Pemilik Kenderaan Baharu
Berikut dikongsikan panduan tukar nama kenderaan bagi pemilik kenderaan:
- Layari pautan MySikap: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Log Masuk akaun anda
- Pada Menu utama, pilih KENDERAAN
- Pilih PERMOHONAN PERTUKARAN HAK MILIK KENDERAAN (PEMILIK BAHARU)
- Masukkan nombor pendaftaran kenderaan, klik Seterusnya
- Pengisytiharaan Kenderaan – Pilih Semenanjung
- Klik Setuju
- Masukkan maklumat pembayaran (Kad Kredit / Debit), klik Bayar
- Buat pengesahan pembayaran
- Cetak resit dan bawa ke pejabat JPJ berhampiran.
SOALAN LAZIM
Adakah pengguna yang mendaftarkan diri sebagai pengguna peribadi boleh mendaftarkan diri sebagai wakil agensi?
Boleh, kerana ID pengguna peribadi tidak sama dengan ID pengguna syarikat walaupun pengguna peribadi telah mendaftarkan diri sebagai wakil syarikat. No. MyKad yang telah digunakan oleh pengguna peribadi semasa pendaftaran syarikat hanyalah untuk tujuan pengesahan sahaja.
Apakah syarat-syarat untuk saya mewujudkan akaun di portal mySIKAP?
- Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah atau
- Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau
- Pemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP;
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun; dan
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.
Bagaimanakan caranya untuk melindungi ID Pengguna dan Kata Laluan saya?
- Anda dinasihatkan agar tidak mendedahkan ID Pengguna dan Kata Laluan kepada orang lain termasuklah melalui emel atau telefon.
- Pastikan anda Daftar Keluar setelah selesai segala urusan online dengan JPJ.
- Tukar Kata Laluan anda secara berkala atau sekiranya anda merasakan Kata Laluan anda diketahui orang lain.
- Gunakan Kata Laluan yang unik.
- Jangan klik atau aktifkan “Remember Password”.