MORATORIUM RHB : CARA MEMOHON MORATORIUM RHB BAHASA MELAYU 2021 (PINJAMAN KERETA/PINJAMAN PERIBADI/PINJAMAN ASB/PINJAMAN RUMAH)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

MORATORIUM RHB : CARA MEMOHON MORATORIUM RHB BAHASA MELAYU 2021 (PINJAMAN KERETA/PINJAMAN PERIBADI/PINJAMAN ASB/PINJAMAN RUMAH).

Program Bantuan Pembayaran Pinjaman ini adalah program bantuan sementara yang menawarkan bantuan pembayaran kepada pelanggan yang telah terjejas dalam pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Program ini tersedia dari 7 Julai 2021 sehingga masa di mana sekatan kawalan pergerakan masih dikenakan. Pilihan yang disediakan untuk para pelanggan di bawah Program Bantuan Pembayaran Pinjaman adalah seperti berikut. Sila pilih dan hantarkan permohonan Program Bantuan Pembayaran Pinjaman yang dinyatakan di bawah melalui e-Form.

Baca juga : CARA MEMOHON LANJUTAN MORATORIUM CIMB BAHASA MELAYU

  1. Penangguhan Pembayaran selama enam (6) bulan / moratorium (terpakai untuk semua produk); atau
  2. Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama enam (6) bulan; atau
  3. Pengurangan ansuran bulanan yang disesuaikan dengan lanjutan tempoh pinjaman / pembiayaan.

(Nota: Pilihan 2 dan pilihan 3 tidak terpakai untuk akaun yang bawah pengeluaran secara progresif.)

Faedah atau keuntungan biasa akan terus dikenakan dan terakru dalam tempoh penangguhan atau moratorium. Ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman atau pembiayaan anda dilanjutkan dan peningkatan jumlah pembayaran. Pelanjutan tempoh pinjaman atau kemudahan pembiayaan anda akan mengurangkan ansuran bulanan anda. Walau bagaimanapun, jumlah pembayaran balik akan meningkat bergantung pada tempoh pelanjutan.

Untuk Gadai Janji Hartanah (Kediaman & Harta Komersial), Sewa Beli/-i, Pinjaman / Pembiayaan ASB dan Pinjaman / Pembiayaan Peribadi yang mempunyai bayaran pendahuluan dalam akaun, sila mengemukakan permohonan program Bantuan Pembayaran Pinjaman satu (1) bulan sebelum bayaran pendahuluan habis melalui e-Borang.

Sebagai tambahan kepada perkara di atas, sila ambil perhatian bahawa:

  1. Kelulusan adalah tertakluk kepada Polisi program Bantuan Pembayaran Pinjaman yang telah ditetapkan oleh pihak Bank.
  2. Bank boleh membatalkan dan merundingkan semula Program Bantuan Pembayaran Pinjaman yang diberikan pada awalnya sekiranya bank mendapati bahawa anda telah memberikan maklumat palsu atau mengelirukan dalam permohonan anda.
  3. Bagi pelanggan yang telah memperolehi penangguhan ansuran / moratorium selama 3 bulan dan masih dalam tempoh penangguhan / moratorium pada bulan Julai 2021, tambahan 3 bulan penangguhan ansuran / moratorium akan diberikan setelah tamat tempoh penangguhan ansuran / moratorium sedia ada. Oleh itu, penangguhan ansuran / moratorium adalah 6 bulan secara keseluruhan (Contoh: Sekiranya penangguhan 3 bulan anda yang sedia ada berakhir pada bulan Ogos 2021, maka tambahan 3 bulan penangguhan ansuran / moratorium akan diberikan dan dengan ini, jumlah bulan penangguhan adalah 6 bulan secara keseluruhan).

CARA MEMOHON MORATORIUM RHB BAHASA MELAYU

  1. Masuk ke portal : E-BORANG Moratorium RHB
  2. Masukkan Nama Anda
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda
  4. Masukkan Nombor Telefon Anda
  5. Masukkan Email Anda
  6. Masukkan Nombor Akaun Pinjaman Anda
  7. Pilih Jenis Pinjaman Yang Anda Ingin Mohon
  8. Pilih Pakej Yang Ditawarkan sama ada : Penangguhan pembayaran (Moratorium) selama 6 bulan, 50% pengurangan ansuran bulanan pinjaman selama 6 bulan, Pengurangan ansuran bulanan dengan lanjutan tempoh pinjaman
  9. Pastikan anda pilih salah satu pilihan sahaja
  10. Tick Semua Agreement Jika Anda Sudah Pasti Untuk Teruskan Permohonan
  11. Masukkan Perkataan Dalam Kotak Putih
  12. Tekan Submit

Baca juga : CARA MEMBUAT PERMOHONAN MORATORIUM PUBLIC BANK

Rujuk sumber panduan di sini : FAQ RHB

SOALAN LAZIM

Siapakah yang layak untuk menyertai program moratorium ini?

Program ini tersedia untuk semua pelanggan (termasuk B40, M40 dan T20) yang memerlukan bantuan pembayaran balik. Namun, Program ini tidak merangkumi kepada mereka yang :

  • Pinjaman / Pembiayaan yang mempunyai tunggakan melebihi 90 hari
  • Pinjaman / Pembiayaan yang diluluskan pada/selepas 1 Julai 2021
  • Individu di bawah caj kebankrapan

Bagaimanakah saya boleh mengetahui status permohonan saya?

Anda akan menerima SMS/panggilan telefon untuk memberitahu anda mengenai status permohonan anda berserta arahan selanjutnya dalam masa lima (5) hari daripada tarikh permohonan dihantar. Sekiranya anda menukar nombor telefon bimbit anda baru-baru ini, sila lawati cawangan RHB terdekat anda untuk mengemas kini rekod anda. Kami juga mengesyorkan agar anda memuat turun aplikasi QMS (dari Play Store untuk Android atau App Store untuk iPhone) untuk membuat janji temu untuk mengurangkan masa menunggu di cawangan.

Sekiranya permohonan anda diluluskan, Surat Makluman atau Surat Variasi yang menyatakan syarat pembayaran baru akan kemudiannya dihantar melalui e-mel kepada anda dalam masa satu (1) minggu selepas kelulusan;

  • Sekiranya anda menerima Surat Makluman (bagi Penangguhan Pembayaran / moratorium), tiada tindakan selanjutnya yang perlu diambil.
  • Sekiranya anda menerima Surat Variasi (untuk Pengurangan Ansuran Bulanan dengan lanjutan tempoh pinjaman / pembiayaan), anda diminta untuk mengikuti arahan yang dinyatakan di dalam Surat Variasi tersebut. Sekiranya kami tidak mendapat maklum balas dari anda dalam masa lima (5) hari kalendar, permohonan anda akan dianggap sebagai terbatal.

Bagi pelanggan dengan kemudahan Sewa Beli/-i

  • Untuk Penangguhan Pembayaran / Moratorium, anda akan menerima SMS dalam masa lima (5) hari calendar, tiada tindakan selanjutnya yang perlu diambil.
  • Untuk Pengurangan Ansuran Bulanan, anda akan menerima SMS dan e-mel dengan Surat Tawaran yang telah disemak semula dan Perjanjian Variasi dalam masa lima (5) hari kalendar untuk penerimaan anda. Terma baru hanya dapat dilaksanakan setelah anda menerima tawaran tersebut

Email & Nombor Customer Service RHB

  • Gadai janji (Harta Kediaman & Komersial) dan Pinjaman / Pembiayaan ASB: 03-2610 6000
  • Pembiayaan Peribadi dan Sewa Beli: 03-2776 3111
  • Emai : customer.service@rhbgroup.com

Penafian : Pihak kami menulis artikel ini merujuk kepada laman web rasmi pihak RHB dan untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila rujuk pihak RHB untuk penerangan lebih jelas atau terus ke cawangan untuk kepastian. Semoga mendapat manfaat dari perkongsian kami ini.

Sumber rujukan : https://www.rhbgroup.com/my/TPARetailFAQ/index.html

Leave a Comment