SEMAKAN KELULUSAN BPR TAMBAHAN DAN CARA MEMOHON RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN KELULUSAN BPR TAMBAHAN DAN CARA MEMOHON RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021. Perdana menteri telah mengumumkan bahawa bayaran BPR Tambahan akan dikreditkan ke akaun mulai 29 Jun 2021 iaitu hari Selasa. Semakan status bayaran boleh dibuat melalui laman web Bantuan Prihatin Rakyat secara atas talian. Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan Tambahan BPR 2021.

Baca juga : CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN BARANG DAPUR RM300

Apa itu BPR Tambahan?

BPR Tambahan adalah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pakej stimulus Pemerkasa Plus bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0. RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambahan kadar program BPR. Ia adalah bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat dari pandemik COVID19 yang telah melanda seluruh negara. Dengan adanya bantuan seperti ini serba sedikit akan meringankan bebanan mereka yang kehilangan punca pencarian sepanjang tempoh pandemik ini.

Berapa Jumlah Bayaran BPR Tambahan ini?

Jumlah bayaran yang diumumkan adalah :

  1. Tambahan RM500 : Bagi Isi rumah bawah RM2500
  2. Tambahan RM300 : Untuk Isi Rumah Bawah RM5000
  3. Tambahan RM100 : Untuk Individu Bujang

Untuk makluman anda, bayaran ini merupakan tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR Fasa 3 pada bulan September nanti.

Tarikh Semakan Kelulusan Dan Bayaran Bantuan BPR

Perdana Menteri telah mengumumkan pembayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada 29 Jun 2021 iaitu hari Selasa. Bayaran ini adalah bayaran tambahan daripada keseluruhan bayaran berfasa yang sedang berlangsung.

Semakan Kelulusan BPR Tambahan

Berikut merupakan cara membuat semakan kelulusan BPR Tambahan :

  1. Sila masuk ke pautan : https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Tekan Log Masuk
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Password
  4. Tekan Semak
  5. Semak status bayaran pada menu yang tersedia
  6. Status pembayaran akan dipaparkan kepada anda

Perhatian : Jika anda terlupa password atau kata laluan untuk log masuk semakan sila ikuti langkah seperti di bawah.

Cara Dapatkan Kata Laluan BPR

Berikut merupakan cara dapatkan password BPR jika anda terlupa :

  1. Masuk ke pautan : https://bpr.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx
  2. Di bahagian Soalan Keselamatan sila masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Masukkan alamat E-Mail yang anda daftar sebelum ini
  4. Tekan Seterusnya
  5. Tekan YA atau TIDAK untuk pertanyaan adakah ini kata kunci keselamatan anda
  6. Jika YA anda akan dibawa ke soalan keselamatan sila jawab soalan yang diberikan dan simpan jawapan tersebut
  7. Selepas itu, masukkan Kata Laluan Baru dan Sahkan Kata Laluan tersebut
  8. Tekan Tukar Kata Laluan
  9. Jika Berjaya
  10. Sila login semula ke Log Masuk untuk semakan kelulusan seperti panduan di atas

Pesanan : Jika anda tidak berjaya dalam permohonan BPR ini anda juga boleh memohon rayuan dan permohonan rayuan bantuan ini boleh di buat seperti di bawah.

Cara Memohon Rayuan BPR

  1. Klik Log Masuk dan masukkan No. MyKad serta Kata laluan yang telah didaftarkan
  2. Setelah Berjaya log masuk sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna. Klik butang Permohonan Rayuan
  3. Maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan maklumat Permohonan BPR yang lepas.
  4. Pemohon boleh mengemaskini maklumat-maklumat tersebut
  5. Pemohon boleh memuat naik dokumen sokongan berdasarkan keperluan atau alasan tidak lulus permohonan. Terhad kepada 5 dokumen sahaja.
  6. Pemohon klik butang Teruskan bagi meneruskan proses rayuan
  7. Pemohon dikehendaki mengisi Captcha dan klik butang Sahkan Captcha bagi meneruskan proses rayuan
  8. Seterusnya baca dan tandakan “Tick” pengakuan untuk ke paparan bahagian Hantar
  9. Klik butang Hantar. Jika permohonan berjaya dihantar. Popup “Permohonan Rayuan telah berjaya disimpan” akan dipaparkan
  10. Pemohon boleh klik butang Cetak untuk mencetak maklumat permohonan rayuan atau klik
    butang Keluar untuk keluar dari permohonan

Perhatian : Jika anda tidak jelas sila muat turun fail PDF Permohonan Rayuan BPR di sini : PDF PANDUAN PENGGUNA BPR

Nombor Customer Service atau Hotline BPR Untuk Semakan Kelulusan BPR Tambahan

Berikut merupakan nombor customer service BPR jika anda mempunyai sebarang pertanyaan bagi setiap masalah yang dihadapi :

Hotline BPR : 1-800-88-2747

 

1 thought on “SEMAKAN KELULUSAN BPR TAMBAHAN DAN CARA MEMOHON RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021”

Leave a Comment