Program Subsidi Upah Tambahan : Cara Memohon PSU 4.0 Dan Semakan Status Permohonan
Pakej Bantuan Perlindungan Rakyat dan Perlindungan Ekonomi (PEMULIH) telah dilancarkan pada 28 Jun yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan lanjutan Program Subsidi Upah Tambahan iaitu PSU 4.0 dengan beberapa penambahbaikan. Program PSU 4.0 ini mensasarkan kepada 242,000 majikan dan 2.5 juta pekerja.
Baca juga : SEMAKAN KELULUSAN BPR TAMBAHAN
Program Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan untuk setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
PSU 4.0 untuk membantu mengurangkan tekanan kos yang dihadapi oleh premis perniagaan bagi tempoh 4 bulan.
RM600 bagi setiap pekerja.
Tiada had gaji pekerja untuk program ini. Terhad kepada 500 pekerja. Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM 4,000, namun kali ini di bawah Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji ditetapkan. Ini bermakna, majikan boleh memohon Program Subsidi Upah 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000.
Bermula 1 Ogos 2021.
Tarikh tutup permohonan adalah 31 Oktober 2021.
Tempoh Pembayaran PSU 4.0
Pembayaran kadar RM600 ini akan dibuat selama tempoh 4 bulan iaitu:
- 2 bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan
- 2 bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.
Cara Memohon Program Subsidi Upah Tambahan
Cara memohon Program Subsidi Upah Tambahan adalah seperti di bawah :
- Masuk ke portal : https://psu.perkeso.gov.my/home
- Tekan Permohonan PSU 4.0
- Sila Tekan Senarai Sektor dan Aktiviti Industri
Sila pilih jenis perniagaan dan tekan Cari dan tekan pilihan aktiviti yang bersesuaian dengan perniagaan anda.
- Jawab Soalan Adakah Anda Pernah Memohon PSU Sebelum Ini?
Pilih sama ada Ya atau Tidak dan tekan Seterusnya. Jika Ya sila masukkan Nombor Rujukan dan Email semasa permohonan sebelum ini. Jika Tidak sila isikan maklumat Pilih Negeri Operasi dan Kod Majikan dan tekan Seterusnya.
- Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan Yang Diminta
- Klik Hantar Jika Sudah Berpuas Hati Dengan Maklumat Yang Diberikan
Semakan Status Permohonan PSU 4.0
- Masuk ke portal : https://psu.perkeso.gov.my/home
- Tekan Semakan iaitu Semakan Status Permohonan
- Pilih Program Subsidi Upah 4.0
- Masukkan Nombor Rujukan PSU 4.0 dan Email Semasa Pendaftaran
- Tekan Seterusnya
- Status Permohonan Anda Akan Dipaparkan
Semoga perkongsian memberi manfaat kepada anda dan jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang Program Subsidi Upah ini sila layari laman web rasmi di sini : https://psu.perkeso.gov.my/home