CARA BUAT POLL KEHADIRAN DI TELEGRAM UNTUK GURU DAN PENSYARAH DI MALAYSIA SENANG DAN SANGAT MUDAH (VERSI BAHASA MELAYU)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA BUAT POLL KEHADIRAN DI TELEGRAM UNTUK GURU DAN PENSYARAH DI MALAYSIA SENANG DAN SANGAT MUDAH (VERSI BAHASA MELAYU).

Aplikasi Telegram sekarang memberikan kemudahan kepada para penggunanya untuk membuat polling.
Sekadar maklumat bahawa juga ada di aplikasi yang lain. Namun pihak Telegram termasuk salah satu di antara beberapa aplikasi dengan menghasilkan filter polling.

Berikut merupakan beberapa langkah yang kami sediakan kepada anda sebagai cikgu terutamanya untuk membuat poll kehadiran murid di telegram.

Baca juga : CARA DAFTAR DARJAH 1 SESI 2023/2022

Cara Buat Poll Kehadiran Di Telegram

Berikut merupakan cara bagaimana membuat Poll Kehadiran Murid atau Pelajar di Telegram menggunakan @PollrBot :

  1. Buka Aplikasi Telegram

    Jika anda belum lagi muat turun aplikasi Telegram boleh masuk ke portal ini : https://telegram.org/apps

  2. Masuk Group Yang Anda Mahukan

  3. Pergi Ke Ruangan Message atau Typing Message

  4. Sila Taip @PollrBot

    Biasanya apabila taip @PollrBot di ruangan message tadi akan keluar pilihan di atasnya dan sila klik bot tersebut.

  5. Klik @PollrBot Dan Tekan Create New Poll

    Jika anda belum pernah lagi membuat sebarang poll atau sebagai pengguna baru anda dikehendaki membuat create new poll dahulu. Jika anda pernah menggunakan Bot ini akan keluar pilihan poll yang pernah anda buat. Jadi hanya pilih sahaja pilihan bot yang anda mahu gunakan.

  6. Bot Akan Menghantar Message Pertama Di Ruangan Chat Tadi

    Bot akan menghantar mesej seperti : I can help you create, send and manage polls. What do you want to do?

  7. Klik Poll Di Bawah Soalan Bot Tadi

  8. Sila Buat Soalan Anda

    Contohnya : Anda ingin membuat soalan kehadiran kelas pdpr. Sila taip “Kehadiran Kelas PDPR 1 Bestari 31 Ogos 2021”.

  9. Klik Send

    Jika soalan yang anda buat tadi sudah siap sila klik send.

  10. Sila Buat Jawapan Bagi Soalan Anda Tadi Dan Klik Send

    Bot akan menghantar mesej supaya anda membuat jawapan untuk soalan anda tadi. Contohnya tadi anda membuat soalan berkaitan kehadiran jadi di bahagian jawapan anda masukkan HADIR dan klik Send. Dan masukkan lagi satu jawapan TIDAK HADIR dan klik Send. Nanti akan ada 2 pilihan jawapan di mesej iaitu HADIR dan TIDAK HADIR. Jika ada pilihan lain untuk jawapan soalan anda tadi anda boleh sahaja taip dan klik send seperti sebelum ini dan pilihan jawapan anda akan bertambah.

  11. Klik Done

    Sila klik Done di bawah mesej bot tadi jika anda tiada sebarang penambahan jawapan.

  12. Bot Akan Menghantar Message Finish Creating New Poll

    Jika bot menghantar message seperti di atas bermakna Poll yang anda buat tadi sudah siap.

  13. Klik Share Poll

    Klik Share Poll dan akan sudah boleh share ke group kelas mana yang anda mahukan untuk mencatat kehadiran pelajar anda.

  14. Test Share Poll

    Anda boleh test dahulu sebelum share ke group yang anda mahukan. Klik HADIR atau TIDAK HADIR dan bilangan akan keluar di bahagian bawah untuk melihat jumlah yang hadir dan juga tidak hadir. Jika tiada sebarang masalah anda boleh teruskan Share Poll yang anda buat tadi terus ke group yang anda mahukan.

  15. Finish

    Jika anda ingin membuat poll berkaitan lain boleh ikuti langkah seperti di atas.

Semoga panduan yang dikongsi ini memberi manfaat kepada anda dan sila kongsikan artikel ini kepada semua kawan anda yang sedang mencari solusi untuk membuat kehadiran dengan senang dan mudah.

Kredit kepada pemilik video : Cikgu Syawal Channel

Leave a Comment